Mas Idayu Sudah ‘Diikat’, Rakan Artis Dan Peminat Ucap Tahniah!

Share

Tahniah di ucapkan kepada penyanyi, Mas Idayu yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, September ini sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, baru-baru ini.

Menerusi muat naik video di Instagram milik penyanyi itu, memaparkan majlis menghantar tanda itu.

Memetik sumber dari Harian Metro, Sufian bersama keluarganya hadir ke rumah keluarga Mas di Kota Tinggi, Johor

“Ujian sangat kuat. Saya tak percaya ikatan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah. Selesai saja majlis, kami bermasam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik.

“Ini ujian paling besar yang kami lalui. Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pujuk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlaku.

 

“Pengikat janji sudah terpatri
Dari kekanda buat adinda
Hanya tinggal menunggu hari
Untuk kita hidup bersama….

Terima kasih kekanda @sufianisapws”

 

RAKAN ARTIS DAN PEMINAT UCAP TAHNIAH DAN TITIP DOA

Menerusi video berkenaan, rakan artis dan para peminatnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dan mendoakan kebahagiaan menuju ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

 

Sumber: masidayu1001