
Tahniah di ucapkan kepada penyanyi, Mas Idayu yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, September ini sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, baru-baru ini.
Menerusi muat naik video di Instagram milik penyanyi itu, memaparkan majlis menghantar tanda itu.
Memetik sumber dari Harian Metro, Sufian bersama keluarganya hadir ke rumah keluarga Mas di Kota Tinggi, Johor
“Ujian sangat kuat. Saya tak percaya ikatan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah. Selesai saja majlis, kami bermasam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik.
“Ini ujian paling besar yang kami lalui. Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pujuk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlaku.“
“Pengikat janji sudah terpatri
Dari kekanda buat adinda
Hanya tinggal menunggu hari
Untuk kita hidup bersama….
Terima kasih kekanda @sufianisapws”
RAKAN ARTIS DAN PEMINAT UCAP TAHNIAH DAN TITIP DOA
Menerusi video berkenaan, rakan artis dan para peminatnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dan mendoakan kebahagiaan menuju ke jinjang pelamin tidak lama lagi.
Sumber: masidayu1001
Tanam Kesum Guna Teknik Ni. Kalau Balik Kampung Berhari-hari Pun, Pokok Kekal Segar!

Kalau ikutkan banyak sahaja jenis tanaman yang boleh kita tanam untuk dijadikan bahan-bahan dalam masakan dan salah satunya yang sering ingin dicuba untuk ditanama laman rumah adalah pokok kesum.
Daunnya bukan sahaja jadi pelengkap untuk menyediakan menu kuah laksa mahu pun asam pedas, malah enak jika dijadikan ramuan untuk menyedapkan rasa kerabu atau sebagainya.
Jadi bagi yang telah mencuba menanam pokok kesum ini namun usaha belum berjaya, apa kata gunakan teknik yang dikongsikan oleh Johari Alfa. Menurutnya menanam dengan kaedah ini, kebarangkalian untuk pokok kesum hidup adalah 99.9%.
Ni abam payung teknik paling simple tanam kesum. Success rate 99.9%. Kalau tak hidup juga…PTA (please try again)
Gambar abam dah lampirkan siap-siap kat bawah ni. Korang follow je step by step.
Langkah 1
Ambil botol minyak masak dan potong 2. pastikan korang potong betul-betul tengah dan cuci dengan sabun untuk hilangkan kesan minyak.
Lepastu potong di hujung botol macam anak panah dalam 6 side. Kena potong untuk memudahkan sambungan botol nanti.
Langkah 2
Korang penuhkan tanah dalam botol macam dalam gambar. Tanah mana-mana jenis pun ok. Tanah 8 in 1 dari nurseri terbaik sebab siap baja kompos. Lepastu cucuk PUCUK kesum yang korang baru beli kat pasar tani berukuran dalam 10cm @ setengah jengkal dalam tanah tu.
Langkah 3
Gabungkan kedua botol tadi macam dalam gambar di bawah. Siram air bagi penuh dan tinggalkan seminggu. Jangan tengok hari-hari, nanti kesum malu nak tumbuh. Lepas dah tumbuh dengan jayanya, korang boleh la letak baja. Macam abam selesa guna baja kopi beli kat pasar tani. Kalau nampak kesum meninggi je sebab korang tak guna, korang kerat dan cucuk dalam tanah lagi. Biar banyak lagi pucuk baru tumbuh.
Ok, siap dah tanam kesum. Lepas ni takda alasan nak buat asam pedas ikan Mayong sebab daun kesum takda. Nak balik kampung cuti seminggu pun tak risau, cuma pastikan air penuh dalam pasu sebelum tinggalkan.
sumber: Johari Alfa
“Pesanan Ustazah, Orang Perempuan Allah Pilih Duduk Rumah, Dia Perlu Bersyukur, Allah Pilih Nak Beri Pahala Tanpa Perlu Bersusah Keluar Rumah.” Perkongsian Isteri Ini Sungguh Deep

Sesungguhnya menjadi isteri terbaik buat suami bukannya mudah. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluan, menjaga perasaannya serta tutur katanya. Bahkan isteri juga perlu mempunyai sikap bersabar dan redha dengan kehidupannya.
Bagi wanita yang bergelar surirumahtangga, pasti ada cabarannya. Begitulah perkongsian puan Intan Dzulkefli mengenai peranan isteri yang harus memberi kedamaian hati buat suami. Cara inilah yang akan menyantuni kebahagiaan buat keluarga.
_____________________________________________________________________
Suatu hari, suami pulang agak lewat dari kerja. Kemudian selepas dia menyantuni kami dan anak-anak selepas solat, dia minta izin untuk keluar berjoging. Katanya untuk ‘warming up’ sempena charity run yang dia akan dia sertai pada hujung minggu.
“30 minit je…” janjinya.
Saya hargai dia bertanya, tanda dia menghormati isterinya. Walau sebenarnya selaku suami, dia tak perlu pun izin saya.
Setelah suami pergi, saya sambung semula buat kerja bisnes di workstation, sambil memantau anak-anak mewarna menggunakan water color.
Namun, terhenti taipan di papan kekunci. Tiba-tiba sahaja hati rasa tersentuh.
“Arghh… seronoknyalah jadi orang lelaki. Bebas sebebas burung. Aku jugalah yang seperti gajah yang dirantai besi. Kalau dibukakan rantai kaki pun tak reti nak ke mana..” bisik hati kecil.
Yelah, apabila suami beri masa keluar untuk ME-TIME, ada masanya (bukan setiap kali) hati asyik teringat pada anak. Rasa tak tahu pula nak ke mana. Rasa sunyi tanpa usikan suami dan keletah anak-anak. Sudahnya beberapa minit dah terpacul semula depan pintu rumah.
Ya Allah.. wanita.. wanita.. sungguh complicated! Terus teringat lagu Ragaman. Huhu. Wanita ni, kadang dia pun tak faham kenapa dia rasa dan bertindak begitu.

Dengar bunyi pintu rumah dibuka, suami sudah pulang. Dia terus naik mendapatkan saya. Secepatnya dia perasan perubahan riak wajah ini. Bertahun-tahun hidup bersama, dia sudah masak dengan segala perubahan reaksi wajah isterinya.
“Kenapa ni? Marah ke?” Soalnya prihatin. Saya menggeleng. “Taklah.”
“Habis tu?” Saya melepas nafas. Pandang muka suami.
“SAYA CEMBURU, CEMBURU DENGAN KEBEBASAN ABANG,” luah saya. Jujur.
Suami saya senyum. Fahamlah dia gelojak hati saya.
“Terima kasih yang.. atas segala pengorbanan. Jaga anak-anak, jaga abang.” Katanya perlahan. Mungkin untuk menyejukkan hati ini.
Alhamdulillah. Terpujuk juga hati ini. Walau kadang rasa sebak dan menitis juga air mata bila singgah perasaan kacau sebegini, tanpa tahu kenapa.
Pesanan ustazah, “orang perempuan yang Allah pilih duduk rumah, dia perlu bersyukur, Allah pilih nak beri dia pahala tanpa perlu bersusah pun keluar dari rumah. Dia redha ‘lepaskan’ suami buat jihad, dakwah, cari nafkah halal, pahala tersebut dia pun dapat.”
MasyaAllah. Mudah bunyinya. Namun, selalu ada masanya emosi seperti roller coaster.
Nak pujuk hati, nak redha itu sangat payah. Tak pernah pun cemburu dengan wanita lain tentang hidup mereka. It’s their life. We woman are not in competing with each other. We should empower each other.
Namun setelah berkahwin, disebabkan hanya suami best friend forever (BFF) yang ada. Maka, dialah sasaran rasa cemburu itu. Cemburu dia boleh bebas ke mana tanpa perlu risau pada anak-anak, sebab ada isteri di rumah menjaga mereka.
Hati bapa tak seperti hati ibu, itu kata orang tua-tua.
Saya tahu, ada juga wanita lain rasa seperti ini. Bukan tak redha, tetapi inilah cabaran yang kadangkala singgah menguji hati.
Ada suatu masa, bila dengar radio ikimfm, berkumandang lagu ‘Jangan Menangis Habibah’. Sampai korus, suami turut ikut menyanyi,
“Solat lima waktu..
Puasa di Ramadhan..
Taati suamimu..
Maruah dipertahan..
Sabdanya pilihlah..
Syurga mana..
Pintu mana..
Yang kau suka”
Suami pandang pada saya sambil senyum. Beria dia menyanyi. Saya tahu dia maksudkan lirik itu untuk menguatkan saya. Dulu semasa sebelum nikah, dengar khutbah baitul muslim, asatizah bacakan hadis betapa mudahnya isteri nak masuk syurga.
Rupanya lepas kahwin, I have to admit, this journey is tougher than what I was thought before.
Everyday is a battle. Sometimes I win. Sometimes I lose. But as Muslim, I never give up.
“I am not a bad mom, it’s just a bad day.” Reset semula esok, insyaAllah. Syukur alhamdulillah, masih waras lagi.
Bercerita pada ibu kadang ibu hanya gelakkan sahaja. Ya, mungkin cabaran ibu bahkan lebih sukar lagi kerana kesibukan ayah bahkan lebih berganda. Terima kasih ibu, atas segala pengorbanan untuk kami anak-anakmu.
Suami teman rapat

Medan rumahtangga nampak kecil. Sekecil dalam rumah, bahkan cuma menangani anak-anak kecil, “it’s not a big deal.” Sesetengah memang akan fikir begini. Namun, di sebalik dinding batu itu, ramai wanita telah tewas menangani emosi sendiri. Ramai yang ‘lost’ kerana depresi.
Maka, sangat penting suami memainkan peranan sebagai supporter nombor satu isteri, teman paling baik dan paling rapat kepada isteri.
Jangan biarkan isteri sendirian. Selalulah bertanya perasaannya dan berbual dengannya. Selalulah ambil tahu segala gelojak rasanya yang dipendam. Peluk dirinya. Buka pintu rumah, dapatkanlah dia dahulu.
Mehnah dan tribulasi dalam rumahtangga adalah ujian berdua suami dan isteri, maka tangani ujian itu bersama, galasi beban itu bersama.
Support isteri selayaknya dialah ketua penghulu bidadari kalian di syurga. insyaAllah.
Semoga Allah merahmati semua suami dan isteri yang sentiasa berusaha membahagiakan, menyokong dan memahami pasangan masing-masing sebaiknya. Amiin
Hidup ini adalah untuk menggapai redha Ilahi. Semoga dapat lagi berkumpul bersama dalam syurgaNya. InsyaAllah.
Ketua Pengarah Terengganu Dedah Lima Kluster Tidak Patuh SOP. Kes Makin Naik Warganet Titip Doa.

Sana sini kes peninkatan jangkitan covid 19 berlaku. Negeri Terengganu tidak terkecuali menghadapi impak pandemik ini.
Terbaru menerusi facebook milik Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi binti Yunus, mendedah penyebab berlakunya peningkatan kluster di negeri berkenaan.
____________________________
KHAS UNTUK WARGA TERENGGANU
DUA HARI berturut2 Terengganu melaporkan TIGA DIGIT kes harian Covid 19. Esok mungkin tiga digit lagi. Seramai 14 orang sedang dirawat di ICU HSNZ buat masa ini.
Apapun kami tidak terkejut langsung. Ini kerana tatakelakuan rakyat Terengganu sendiri yang memberi ruang dan peluang Covid 19 bersuka ria di Terengganu.
Saya kongsi kisah kisah Kluster yang mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP yang menyebabkan penularan jangkitan Covid 19 di Terengganu berlaku dengan pantas.
Kisah 1
Lepak lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.
Kisah 2
Seorang dikesan positif untuk saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan.
Rupanya ada beberapa buah rumah dalam pagar yang sama. Turun naik rumah itu biasa. PPALUT MOLEK
Kisah 3
Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat.
Merebak pula ke KT bila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya 2 kawan dikesan positif.
Kisah 4
Masak ramai2 buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam2 aktiviti dibuat sebelum raya. Sukaan sungguh semua orang. Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.
Kisah 5
Pergi mesyuarat di KL. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 disahkan positif. Akhirnya ribuan kontak terpaksa disaring
Berpuloh puloh kisah boleh dishare untuk diambik iktibar untuk mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP. SOP semua KELAUT. Sebab apa kelaut. Sebab mereka tak cakna, sambil lewa dan perlekehkan PEMATUHAN SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.
Kita tak tahu status kawan kita masa majlis sosial di atas. Kita hanya tahu bila mereka disahkan positif. Akhirnya kita menjadi kontak rapat. Nasib tak baik kita pula disahkan positif.
IKTIBAR NYA. Jangan ambik mudah kebolehjangkitan Virus Covid 19 ni seperti berdiskusi untuk marking paper exam, akhirnya 3 guru disahkan positif.
Semua pemimpin masyarakat dari semua peringkat termasuk semua Ketua Jabatan sila pastikan PEMATUHAN SOP dikalangan semua rakyat dan anggota di kawasan/Jabatan masing2.
TANGGUHKAN semua majlis perkumpulan. Semua kena DUDUK RUMAH. Tidak ada guna peraturan PKP kalau masih ada yang bersukaria.
Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid 19 teruskan aktiviti suka ria kalian.
Tiada paksaan untuk anda membaca tulisan ini. Boleh abaikan. Kalau ada manafaat sebarkan nasihat ini kepada semua orang.
Sumber: Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu