
Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu, selamat dikahwinkan bersama pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa, yang merupakan seorang Penerbit Eksekutif di stesen televisyen tempatan.
Majlis akad nikah tersebut diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dan dihadiri keluarga kedua belah pihak, rakan rapat dan pihak media.
Mas Idayu dan Muhamad Sufian Isa saling mengenali sejak tahun 2008 semasa program Mentor 3 dan baru mula menjalinkan hubungan yang ‘serius’ pada tahun ini.
Sebelum ini, Ratu Dangdut Malaysia pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aman Graseka, pada tahun 1997 dan bercerai pada tahun 2006. Mereka berdua dikurniakan anak dara, Nur Dayina Asyiqa, yang kini berumur 25 tahun.
Kami di Keluarga mengucapkan tahniah kepada Mas Idayu dan suaminya, Muhamad Sufian Isa. Semoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia. Kami juga berharap artikel ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana.
Sumber: Astro Gempak
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bajet 2023 Dibentangkan Bulan Depan Akan Dibaik Pulih

Bajet 2023 Dibentangkan Bulan Depan Akan Dibaik Pulih
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Menerusi sidang media pertama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tahu bahawa Kerajaan dijangka akan membentangkan Bajet 2023 bulan depan.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Beliau menjelaskan, bajet yang dibentangkan itu mungkin akan ditambah baik daripada yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Kerajaan akan bentangkan bajet bulan depan yang akan ditambah baik.
“Namun dalam Persidangan Parlimen pertama pada 19 Disember depan akan membentangkan bajet mini untuk emolumen bagi membolehkan gaji penjawat awam diluluskan,” katanya dalam sidang media khas di Rumah Kelab Sungai Long semalam.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan barisan kabinet yang dipilih kelak akan diperincikan bersama ketua gabungan parti dalam kerajaan.
Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) jelas tidak akan melantik mana-mana Ahli Parlimennya yang berdepan pendakwaan di mahkamah.
Namun, memandangkan kerajaan perpaduan membabitkan gabungan parti lain, keputusan lantikan Jemaah Kabinet akan diperhalusi dalam kalangan mereka terlebih dulu.
“PH jelas tidak akan melantik mereka yang berdepan kes mahkamah namun gabungan lain terpulang kepada mereka untuk memutuskan perkara itu,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Bila Isteri Suruh Suami Beli Tuala Wanita. Ini Jadinya!

Bila perintah kawalan pergerakaan hadkan hanya seorang sahaja ahli keluarga keluar membeli barang keperluan.
Situasi ini turut dirasai oleh lelaki ini. Ikuti perkongsiannya.
BILA SUAMI BELI TUALA WANITA
Bila Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, hanya ketua keluarga je boleh keluar.
Masalah datang apabila ketua keluarga sampai di bahagian ini. 15 minit saya kat depan tu belek-belek dan baca label semua. Bermacam-macam yang bermain di fikiran saya.
Banyaknya brand? Brand mana yang bagus? Kenapa satu brand tapi ada dua tiga warna pack dia? Banyaknya jenis? Wing dan tak wing? Kepak apa? Slim dan normal? Maxi tu maximize ke? 22cm? 23cm? 32cm? 35cm? Macam mana kalau beli yang 22cm tapi dia nak yang 23cm? 1cm tu banyak ke beza rasa dia? Rasa apa? Saya mula panik.
Macam mana kalau beli yang 35cm tapi dia rasa panjang sangat? Kat cover ade tulis 28cm tapi kat rak ni kenapa takde 28cm? Kenapa yang overnight tu 35cm tapi sebelah dia overnight 29cm? Ade malam lain-lain keperluan ke? Dia nak yang overnight ke yang siang punye? Aritu ade beli yang paling besar tapi kenapa bulan lepas dia nak yang slim?
Yang mana lagi berbaloi? 14 keping ke 16 keping? Ke valuepack berpuluh-puluh keping? Berapa keping nak beli ni? Berbaloi ke beli banyak? Kalau salah beli macam mana? Kenapa yang ni lagi murah dari yang tu? Extra dry tu maksud dia kering sangat ke? Odorfree tu takde bau ape? Gel tu macam mana? Macam sanitizer ke ada yang gel ade yang liquid?
Kenapa terlalu detail dan terlalu banyak pilihan yang perlu dibuat? Kenapa tak macam pampers anak? Senang je kalau nak beli. Yang XL memang XL. Yang M memang M. Takde pakai sentimeter. Takde kepak boleh terbang, takde siang malam pagi petang. Haaa..
DAH KAHWIN KENA BELI
Dulu masa mula – mula kahwin memang malu masa beli ni. Tapi sekarang tak malu dah. Cuma kena berdiri termenung depan rak tu lame sikit. Tak peduli pun orang lalu ke tersengih-sengih ke. Janji saya dapat beli yang terbaik untuk isteri. Harap-harap la tak silap.
Sampai rumah dengan bangganya bagi kat isteri dengan penuh harapan dia suka apa yang saya pilih untuk dia. Ade bulan tu dia puji. Ade bulan tu dia takde respon. Ade bulan tu kene beli tambah sebab tak cukup.
Orang kata perempuan selalu overthink, terlebih fikir. Tapi dalam bab memilih benda ni sebenarnya lelaki ada bermacam-macam soalan dalam kepala dia.
Betul ke kalau salah beli boleh menyebabkan kemurungan? Ada juga yang kata yang penting “suami kena ikut arahan”. Bukannya tak nak ikut, cuma bila yang diberitahu tu takde atau packaging dia dah tukar, dari tenang terus jadi panik tau tak?
Demimu isteri. Biar suamimu panik berpeluh termenung depan rak tu. Asalkan dapat membantumu pada waktu itu.
Yang penting, #dudukrumah.
JANGAN PANIK WAHAI SUAMI
Cadangan untuk atasi panic buying jenis ni :
– Video Call.
– Awal-awal isteri bagi gambar hasil carian Google.
– Bagi suami bawak plastik yang bulan lepas kalau ada simpan lagi.
Apa korang punya cara supaya suami tak salah beli?
Share post ni sebagai tanda #soladiriti kepada para suami yang panik. Haha..
Ingat, kalau salah beli, jangan mengeluh. Pakai sanitizer, pakai mask, keluar dari rumah, pergi tukar dengan seberapa segera. Kerana semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kalau isteri masam muka, alamatnya tak makan la. Jangan main-main tau..
Saya faham ramai isteri lalui situasi seperti di bawah :
“Abang, beli brand kotex, warna purple, 32cm, takde wing, odorfree, tak nak yang gel tau, gatal nanti. Tak nak salin ke?”
“Abang ingat semua, jangan risau. Bulan lepas kan dah beli?”
Bila balik…
“Okey, abang dah beli brand Libresse sebab dia ada offer RM2. Warna biru pack dia sebab cantik, abang tau sayang suka warna biru. 28cm cukup kot, nak panjang-panjang buat apa, yang ada wing bagus kan? Lebar sikit. Siap abang beli yang ade bau wangi dengan gel bagi sayang selesa. Pandai kan abang? Suami mithali kan?”
Apa perasaan korang bila jadi macam ni?
Jangan serius sangat ye. Ini hanya penulisan santai buat mengisi masa #dudukrumah kita.
Kredit: Akhtar Syamir
“Hanya Doa Mampu Mengiringi Babah.” Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser. Al-Fatihah!

Pelakon, Liyana Jasmay berkongsi berita duka apabila ayahnya, Datuk Jasmay Md. Shah, 68, meninggal dunia selepas lebih setahun berjuang melawan kanser paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan pelakon filem Papadom itu menerusi Instagramnya yang dimuatnaik bersama dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapanya.
Menurut Liyana, ayahnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 pagi tadi di kediaman keluarga di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.
“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.
“You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.
“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” ujar nya menerusi kapsyennya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsikan berita tersebut di insta stories.
“THANK YOU YA ALLAH SWT FOR ALLOWING ME TO BE WITH MY FATHER ON HIS LAST BREATH. TO BE ABLE TO HOLD HIM, LOOKING INTO HIS FACE. HE WAS CALM. I COUNT BE THANKFUL ENOUGH.
“THANKFUL BECAUSE HE PASSED ON A FRIDAY. I WAS WITH HIM. THANK YOU YA ALLAH SWT,” tulisnya lagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak iaitu Juzaili Jasmay, Faradilla Jasmay, Adriana Jasmay dan Liyana.