Mas Idayu Bakal Melansungkan Perkahwinan September Ini, Tak Sangka Dapat Tajaan 7 Juta, Bakal Buat Tema ‘Fairytale’

Share

Bukan mudah memegang status ibu tunggal selama tempoh 15 tahun, Namun terpancar keterujaan di wajah penyanyi dangdut Mas Idayu bakal menjadi isteri orang semula.

Sebelum ini pernah dikatakan bahawa beliau berkenalan sejak program Mentor 3 pada tahun 2008, bersama penerbit tv3, Sufian Isa.

‘Malu-malu kucing’ Mas Idayu apabila Sufian Isa menyerahkan tanda ikatan pada hari merisik beliau. 

Memetik portal Harian Metro, Mas Idayu mengumumkan akan bernikah pada 16 september 2022  pada 9 pagi, disusuli dengan resepsi bertempatkan Magica Quill City dengan bertemakan fairytale pada belah malam. Ujarnya, Tarikh tersebut dipilih sendiri oleh bakal suami tercinta, selian itu katanya tarikh tersebut mudah diingati sempena Hari Malaysia.

Difahamkan, penyabyi popular yang biasa digelarkan dengan panggilan Mummy itu sekalipun tidak menyangka bahawa majlis beliau nanti dapat tajaan sehingga RM7 jugta dari banyak pihak. Tajaan itu merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

 

“Jadi, tarikh 16 September nanti, ssemua orang akan cuti kerana Hari Malaysia dan mudah juga saya nak ingat. Sebabnya, saya ini susah nak ingat tatrikh. Tapi saya setuju bila Sufia bagi tarikh ini sebab senang nak ingat saja.” Ujarnya

 

“Saya memang tak snagka ia tular sebegini. Hingga saya dan Sufian ada terfikir juga, siapalah kami sehinggakan berita kami ingin berkahwin itu tular dan menyebabkan banyak oihak yang nak memberikan tajaan.” Tambahnya lagi.

Tapi lebih difikirkan bagaimana nak melalui kehidupan bersama pasangan setelah sekian lama.

Mengulas lagi, beliau amat bersyukur sepanjangn proses perkahwinan beliau ni banyak dikurniakan rezki dan segalanya dipermudahkan. Namun fokus beliau lebih memikirkan bagaimana nak lalui kehidupan bersama pasangan setelah sekian lama menjadi ibu tunggal. Seperti bakal pengantin yang lain, hanya berharapkan perkahwinannya bahagia berkekalan hingga akhir hayat.

sumber : Harian Metro