Sedangkan duduk serumah pun, bila pergi kerja atau bercuti tinggalkan orang tua kita boleh terbit rasa rindu. Apatah lagi yang tinggal berjauhan dengan mak dan ayah. Semestinya rasa sayu bila terkenangkan orang yang jauh dari mata.
Itulah yang dirasai oleh pempengaruh sosial media dan usahawan, Maryam yang telah bermastautin di Malaysia sejak berkahwin 3 tahun lalu.
Menerusi perkongsian Maryam di laman Instagram, dia mengakui berasa hiba sewaktu menghantar ibunya untuk kembali pulang ke Korea Selatan selepas beberapa waktu berada di Malaysia.
Menurut isteri kepada Ryzal Ibrahim itu, sejak tiga tahun berada di Malaysia dan menjadi seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, dia akui lebih banyak menghabiskan masa serta mencurahkan kasih sayang kepada anak.
Ads
Namun, dia baru menyedari bahawa dia sebagai anak perempuan tunggal turut rindukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, kehadiran ibu ke Malaysia sedikit sebanyak membuatkan dia berasa disayangi.
Dalam pada itu, yang menjadi tumpuan dalam perkongsian Maryam itu juga layanan Maryam yang turut membawa ibunya solat di masjid dan menghadiahkan telekung kepada wanita itu.
Menurutnya lagi, ibu tersayang mahu membawa telekung tersebut pulang dan mahu perlahan-lahan belajar solat di Korea nanti.
Ads
“Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi, Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulisnya sambil mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan ibunya yang telah pun berangkat untuk pulang ke negara asal.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqomah dalam perubahannya nanti.
Ads
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Sumber: Instagram maryamyunrrr
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya di dalam keluarga anda memang telah menjadi rutin harian menikmati buah-buahan dan antara buah yang digemari adalah avokado. Ini memang bagus dan terbaik sekali jika terus diamalkan untuk makan avokado.
Sebab apa?
Ya, terbukti avokado antara makanan terbaik untuk otak dan sewajarnya terus diambil dipelbagai peringkat umur. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kita yang sedang belajar dan tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR pada bulan September, PT3 pada bulan Oktober, manakala SPM pula pada bulan November ini.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh para peneliti Frontiers in Aging Neuroscience, mengukur aktiviti otak dan level lutein (karotenoid yang membantu melindungi otak) dari 60 orang berusia antara 25-45 tahun saat melakukan tugas berat.
Hasil kajian mendapati bahawa avokado, telur dan sayuran berdaun hijau punya kandungan lutein yang bertindak sebagai anti-inflamasi atau radang di otak sehingga membantu meningkatkan fungsi otak. Bahkan untuk orang tua yang mengambil makanan berlutein tinggi ini, akan menjadikan fungsi otak sama baiknya dengan otak anak muda dengan kadar lutein rendah.
Cara pengambilan
Selain avokado boleh dimakan begitu sahaja terdapat pelbagai cara lain yang boleh menjadikan buah avokado ini lebih enak dan menyelerakan untuk dimakan dan seterusnya diamalkan.
Melalui perkongsian Suri Kitchen di facebook umpamanya adalah dengan menyediakan Jus Avokado.
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
1 gelas ais
Sedikit gula jika mahu. ( Saya tak letak gula )
Cara penyediaan :
1. Blend hingga hancur.
2. Lilitkan coklat pada gelas. Tuang jus yang di blend. Jika mahu tabur milo pun boleh.
Manakala perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar pula berkongsi menu paling ringkas untuk bersarapan dengan avokado.
“Jom powerkan otak dengan breakfast OCOC. Avocado on wholemeal dan telur hancur. Mudah. Bernutrisi tinggi. Kenyang sampai tengahari. Sihat itu Jihad. Makan untuk sihat. Makanan sebagai ubat bukan ubat sebagai makanan.“-DrRizal
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila raya memang tak keruan apabila ada anak-anak yang mengamuk. Memang kalut dibuatnya termasuk buat tumpah air atau buat hal rumah orang. Wanita ini berkongsi tip handle anak musim perayaan. Boleh jadi panduan bersama. Ikuti perkongsian puan Ashikin Hashim.
Tip Handle Anak Masa Raya | Jika anak mengamuk | Adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, mertua semua sila baca
*Mohon jangan salah anggap. Status ini fokus kepada ANAK MENGAMUK SEMASA RAYA. Bukan post ‘ KENAPA ANAK KAU, AKU YANG KENA JAGA. ‘ atau ‘ KENAPA KAU TAK MASUK DAPUR, ASYIK GENTEL ANAK’. Saya bercerita perihal anak mengamuk ya 🙂
Raya sudah semakin dekat. Maka ramailah orang yang akan kita jumpa. Ada ibu yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.
Don’t be jungemental.
ANAK SEORANG TAK SAMA DENGAN 2 ORANG
Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.
Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki.
Don’t ever compare.
Jika nampak anak orang lain mengamuk contohnya, apa yang kita boleh bantu?
1. Jangan nak provok lagi – eh…kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis.
2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.
3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had.
4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, org lain pula tolong – tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ‘ anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ‘, ‘ anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ‘ ‘ anak ko tu kembung agaknya.’ – jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh?
Kepada para ibu pula: 6 TIP KENA ALERT
1. Be positive – jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau.
2. Selalu ingatkan anak to be behave – dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main – selalu ulang, adik kena jadi anak yg baik, main elok-elok, main sama-sama.
3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko – risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk.
4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.
5. Sediakan barang yang cukup – busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak.
6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.
Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.
Anak memang begitu.
Suka main.
Merajuk.
Menjerit.
Bergaduh.
Tumpahkan air.
Sekejap ok, sekejap tak ok.
Itu normal.
Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia 🙂
Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu.
Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.
Sekali lagi, tolonglah!
Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.
Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.
Kita happy-happy je raya ni.
Jangan stress-stress ok? 😉
Itu sahaja dari saya.
Selamat berhari raya.
Selamat mendidik dengan kasih sayang 🙂
Ashikin Hashim
#icanteachmychild
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sesebuah rumah tangga, pasti akan timbul ketidak puasan hati. Maklum sajalah dia insan berbeza yang hidup sebumbung. Punya pilihan dan pendapat yang berbeza. Namun itu tidak bermakna, tidak boleh bersatu di bawah satu bumbung.
Sebab tu komunikasi dalam sesebuah rumah tangga penting. Apa jua rasa tidak puas hati mahupun keinginan boleh terus disampaikan tanpa perlu ada pihak yang makan hati. Mungkin nampak luaran seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun sebenarnya ada yang terpendam di hati.
Baca perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini. Jika ada tanda-tanda ini anda kena cepat selesaikan supaya ia tidak menjadi barah dalam rumah tangga yang boleh mengundang konflik lebih buruk.
#5 Tanda Pasangan Kita Ada Pendam Perasaan Tak Puas Hati Walaupun Dia Selalu Tersenyum
1 – Suka Berdiam Diri Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.
Sebenarnya pasangan kita luahkan masalah dia pada kita bukan nak suruh kita selesaikan tapi dia nak tengok samaada kita ni ambil berat tentang dia atau tidak.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Bila isteri rasa macam cakap dengan tembok masa tu la dia mula rasa sakit hati.
p/s : Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting. Komunikasi bukan sahaja dalam bentuk percakapan, malah mimik muka dan body language pun termasuk sekali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Naluri...