
Isi Kandungan
ToggleMaryam Durian Kimchi ‘tayang’ baby bump, comel je perut walau sarat hamil 8 bulan. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Maryam Durian Kimchi ‘Tayang’ Baby Bump
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Comel Je Perut Walau Sarat Hamil 8 Bulan
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke.. kpop dance ke….Did baby kicks originally hurt this much? – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Sumber: Instagram Maryam Yunrrr
Baca artikel lain juga: Telatah Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, Rina Nak Kurus La
“Tersentuh Hati Tengok Didikan” Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak!
Ramai Suka Tengok Anak Maryam Tertib Habiskan Makanan, Pandainya!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Tambah Doa Dan Bacaan Solat Taubat, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus. Take Note Ye.

Solat adalah amalan yang dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT. Di samping itu,kita semua digalakkan untuk melakukan solat taubat. Namun, untuk melakukan amalan ini kita perlu tahu cara yang betul. Sebagaimana yang dijelaskan oleh penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi persoalan yang ditanya di facebooknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BACAAN SOLAT TAUBAT
SOALAN :
Surah apakah yang perlu kita baca selepas baca fatihah pada solat taubat dan apakah doanya?
JAWAPAN :
Selepas membaca fatihah ketika mengerjakan solat sunat taubat adalah harus membaca sebarang surah yang dia suka.
Dan kata setengah ulamak afdhal dia membaca surah Al-Imran ayat ke 135 dan 136 kerana hadith Sayyidina Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan olih Abu Daud dan Tirmizi.
Sebarang doa bolih di baca selepas menunaikan solat sunat taubat dan yang paling afdhal ialah doa yang mengandungi maksud memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu.
Dari Abu Darda’ r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :
من توضأ فأحسن الوضوء ثم قام فصلى ركعتين أو أربعا، مكتوبة أو غير مكتوبة، يحسن فيهن الركوع والسجود ثم استغفر الله غفر له
Artinya : ”Siapa yang berwuduk dan dielokkan wuduknya itu kemudian berdiri ia sembahyang dua rakaat atau empat rakaat wajib atau sunat dan rukuk dan sujud ia dengan sempurna kemudian meminta keampunan kepada Allah nescaya akan diampunkan baginya.”(Riwayat At-Tabarani)
wallahua’lam
TAMBAH DOA DALAM SOLAT
SOALAN :
Antara tempat yang digalakkan berdoa di dalam solat ialah didalam sujud dan ketika membaca tahyat akhir sebelum salam.
Soalan saya adakah boleh kita menambah doa selepas membaca doa dari Nabi dengan doa kita sendiri seperti meminta anak-anak lulus dalam peperiksaan?
JAWAPAN :
Doa yang paling afdhal dibaca olih seorang samada di dalam solat atau diluarnya adalah doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith.
Akan tetapi harus seorang itu berdoa dengan selain doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith yaitu apa sahaja doa yang dia suka sekalipun meminta perkara yang berkait dengan dunia dengan syarat dalam bahasa arab.
Berkata Imam Nawawi :
ولا يجوز ان يخترع دعوة غير مأثورة ويأتى بها العجمية بلا خلاف وتبطل بها الصلاة بخلاف ما لو اخترع دعوة بالعربية فانه يجوز عندنا بلا خلاف
Artinya : “Dan tidak harus membuat doa yang bukan terdapat dalam Quran dan sunnah dan membacanya dengan selain bahasa arab tanpa khilaf dan batal solat dengan sebab membacanya. Tetapi jika dibuatnya doa dalam bahasa arab maka hukumnya adalah harus disisi kami tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulan
Harus membaca sebarang doa di dalam solat samada doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith atau doa-doa yang lain.
Tidak boleh membaca doa yang bukan bahasa arab didalam solat dan jika dibacanya maka ia membatalkan solat.
wallahua’lam
*Boleh tambah doa dalam bahasa melayu tetapi dalam hati ketika sujud.
Sumber: Ustaz azhar idrus
“Tak Tahu Berapa Lama Kita Akan Hidup.” Alif Satar Ambil Langkah Awal Sedia Wasiat Untuk Isteri & Anak

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ketentuan Dia Yang Satu, sebagai hambaNya kita tak mampu menidakkan takdir tersebut. Namun kita tidak boleh sekadar pasrah sahaja, sebaliknya kena ada persediaan untuk semua ini.
Justeru, bagi mereka yang sudah berkeluarga harus ada persediaan untuk anak-anak dan isteri. Bagaimana nanti apabila ketua keluarga pergi buat selama-lamanya, dengan siapa mereka harus bergantung harapan.
Tidak kira orang biasa mahupun selebriti, soal begini tidak dapat lari dari dibahaskan. Lebih-lebih lagi pelbagai kes berlaku masa ini. Kematian tidak mengenal usia, pangkat dan juga keturunan.
Terkesan dengan kes kematian mengejut pada usia muda dua rakan selebriti iaitu Allahyarham Abam dan Allahyarham Ashraf Sinclair, membuatkan, hos dan pelakon terkenal, Alif Satar menyuarakan kebimbangan tentang nasib dan masa depan ahli keluarganya.
Justeru, dalam satu perkongsian bersama mStar Online, Alif mengambil langkah awal dengan membuat pelan perwarisan harta semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan apabila dia sudah tiada suatu hari nanti.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.
“Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama. Sebab kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup,” katanya.
Ajal tidak mengira usia dan kematian datang bila-bila masa. Apa yang dilakukan Alif ini sememangnya sangat tepat kerana bimbang apabila sudah tiada nanti nasib isteri dan anak-anak akan teraniaya jika wasiat tidak dibuat lebih awal.
Sumber : mStar Online
“Tahajud & Ulang baca 30 Juzuk Al-Quran.” Negatif COVID-19, Ebit Lew Kongsi Amalan Jemaah Tabligh ketika Dikuarantin!

Sehingga artikel ini di muat naik sebanyak 428 kes COVID-19 telah dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sekali gus menjadikan Malaysia Negara tertinggi kes COVID-19 di Asia Tenggara.
Dalam pada itu, hampir 5,000 orang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh pada 27 Februari hingga 1 Mac diminta untuk membuat saringan.
Sehubungan dengan itu, pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling turut telah dikuarantin kerana mengertai perhimpuan tersebut.
Dalam satu perkongsian oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew berkenaan pelajar berkenaan yang dikatakan negatif covid – 19. namun apa yang membuatkan Ebit Lew terharu apabila melihat aktiviti pelajar ini sepanjang tempoh dikuarantin.
Sebak tengok gambar pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling sedang dikuarantin disana atas arahan KKM. Syukur tiada seorang pun positif. Semua negatif virus covid. Mereka habiskan 30juz Al-Quran berulang-ulang. Mereka hidupkan malam dengan tahajud tarik rahmat Allah. Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia. 4pagi semua dah menangis berdoa. Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh yer. Semoga semua ahli keluarga tabah yer. Allah bersama kita semua. Terima kaseh semua Dr dan warga kkm. I love u all. Allah sayang warga KKM yang sedang berjuang berjihad.
Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Say tak hafal 30 juz Al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Ini waktu saling mendoakan dan menasihati dengan baik kerana kita tak tahu apa dihadapan sana menanti. Ini bukan saat salahkan orang lain. Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga Allah maafkan kita semua.
Syukur 5 ribu orang yang berdaftar hadir hampir semuanya telah hadir membuat pemeriksaan. Syukur pada Allah. Tahniah pada semua. Dari mula lagi kes brunei semua Masyaikh alim di sri Petaling telah mengarahkan semua yang hadir pergi membuat pemeriksaan. Siap mereka cari call wasap semua sahabat yang lain. Mereka ada sistem sangat baik untuk sampaikan maklumat pada pendakwah yang hadir. Terkejut tengok sistem data mereka. Cuma awalnya petugas kesihatan arahkan siapa tiada simptom kuarantin dirumah. Yerlah ramaikan masa tu. Utamakan yang ada simptom. Mereka terus kuarantin sendiri dirumah. Cuma ramai juga yang hadir orang biasa yang tiada nama mereka. Ceramah umum kan. Semua hadir. Kalau program lain tak tahulah ada data begitu ke tidak.
Semalam dekat Penang 30 ribu orang masih berkumpul bersesak. Hari ni beberapa hari program kementerian pelancongan akan melibatkan puluhan ribu orang ke seratus ribu orang menurut berita. Sekolah beribu orang pun baru semalam cuti sekolah. Presiden negara luar dan orang besar dah ramai kena. Pemain bola dan artis pun kena. Saat ini saat ubah gaya hidup dan amalan serta tawajuh pada Allah. Saya pun tangguhkan program prokids saya yang dah bayar semua makanan dan lain-lain. Puluh ribu ringgit juga kami tanggung. Walau terasa berat sangat. Takperlah demi keselamatan kita semua kerana Allah.
Sahabatku sekalian yang amat saya kasihi jom kita semua pohon pertolongan Allah tarik rahmat Allah. Donald Trump pun hari ini berdoa dan menyeru semua yang jauh dari tuhan dekat dengan tuhan. Mereka berdoa online seluruh Amerika. Seluruh Amerika menyambutnya. Tidaklah kita sama dengan mereka. Tetapi marilah kita semua berdoa pada Allah yang Maha Mendengar. Maha berkuasa. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dia jaga kita dulu kini dan selamanya. Sentiasa mendengar semua doa, ucapan,dan sangkaan kita.
Jom kita semua terus berdoa. Berusaha menjaga kebersihan. Menasihati dengan baik. Saling berdoa. Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh. Contohilah Dr Zulkifli Al Bakri dalam memberi nasihat dan alim yang lain. Janganlah kerana segelintir beberapa orang kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita. Azab Allah lebih cepat dan rahmat hilang. Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh.. Jauhkanlah cakap bukan-bukan. Siapa tahu dimana dan waktu bila nak kena kan. Tugas kita berjaga-jaga mengikut arahan KKM dan tingkatkan hubungan kita dengan Allah dan banyak bertaubat.
Syabas tahniah kepada KKM. Saat kita dinasihatkan mengelak tempat awam dan sesak. Mereka barisan hadapan membantu mereka yang sakit. Panas pakaian tu. Tak makan dan minum. Nak ke tandas pun risau. Begitu juga di lab semuanya. Jom kita bantu mereka dan berusaha mencegah dengan amalkan nasihat yang telah dibagitahu pada kita. Allah pasti beri pahala syurga dan rahmat besar untuk semua Dr dan Petugas kesihatan. Jom kita bantu mereka. Jom doakan mereka semua
Buat yang belum buat pemeriksaan pergilah membuat pemeriksaan. Yang patut kuarantin. Terus kuarantin diri. Jaga kebersihan dan terus berdoa sama-sama yer.
Jom kita bersatu hati dan berkasih sayang kerana Allah. Hanya Redha Allah kita semua harapkan. Kita semua pesan keluarga jaga solat. Bangun tahajud dan dhuha. Buat Talim rumah. Baca manzil setiap pagi dan doa-doa Nabi saw. Sedekah dan cakap kebesaran Allah. Tiada yang boleh angkat wabak virus covid 19 melainkan Allah. KeranaNya kita berusaha kepadaNya sepenuhnya kita berserah. Lahaulawala Quwatailla billah. Semoga menjadi asbab hidayah seluruh alam – ebitlew