
Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Baik secara tegas mahupun berlembut, setiap pendekatan yang di ambil adalah semata-mata untuk memastikan anak-anak menjadi ‘orang’ dan berjaya pada masa hadapan.
Begitu juga dengan selebriti, Dato’ Fazkley Yaakob. Melihatkan karekternya yang lemah lembut namun disebaliknya dia agak tegas dalam mendidik anak-anak.
Pun begitu, menerusi perkongsiannya di laman instagram, Fazley berkongsi cara mendidik anak-anaknya.
“Saya ada sediakan points system untuk anak-anak setiap hari. Mereka perlu kumpul bintang-bintang ini untuk main gadget selama 2 jam beberapa kali seminggu.
“Bila buat tugasan dengan sempurna akan dapat bintang, bila naughty atau buat silap, akan dapat ‘rotan points’ 😂
“Bab rotan itu hanya untuk perkara yang berat seperti tinggal solat dan bergaduh sampai cedera luka sahaja ya! Jangan salah faham.
“Ya allah macam macam alasan anak-anak saya bagi untuk segala macam kesilapan kecil sebab tak nak hilang markah tu.
Kalau nak tahu cara yang dipraktikkan Fazley, tonton video di bawah ini.
Sumber: fazleyyaakob
“Terima Kasih Atas Doa, Ya Kak Kepom Pregnant.” Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan, Bakal Timang Anak Kedua!

Desas-desus sebelum ini yang meneka pelakon dan hos popular, Elly Mazlein kini sedang berbadan dua ternyata benar.
Ia disahkan sendiri oleh empunya diri dalam satu perkongsian di laman Instagramnya.
Menurut Elly atau mesra dipanggil Kak Lina, doa semua akhirnya dimakbulkan untuk melihat dia menimang cahaya mata lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh.
Bismillahirrahmannirrahim..
Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah x lama lg akn hadir Nyawa kecil dlm keluarga kami
Atok akn dpt cucu lg .. Papa akn dpt seorg lagi anak manja dan Kakak Manja akn dpt Adik ( tp kakak Manja mintak “Sister” 🤗.. mana² pun xpe,Hanya menDoakan Baby sihat & dipermudahkan)
Dan Mama x saba nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua .. Terima kasih sentiasa bersama sy dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian dtg menerpa .. Doa sy ,agar Allah permudahkn urusan anda smua ..
Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant
Terima kasih ❤❤❤
Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah oleh rakan selebriti dan juga peminat Elly Mazlein.


Satu Resipi Guna Buat Kuih Cakoi Dan Donut, Sedap Dan Rangup Untuk Minum Petang, Sangat Mudah, Patut Cuba!

Resipi Kuih Cakoi dan donat adalah antara yang sedap dan mudah yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. Bagi penggemar kuih ini memang kena cuba resepi legand ini.
Menarik dengan perkongsian ini, satu resipi berkongsi dua jenis kuih iaitu kuih cakoi dan donat. Cara penyediaan pun mudah.
Nak tahu caranya ikuti resipi ini. Petang nanti boleh buat minum petang seisi keluarga.
Satu resipi buat dua jenis kuih
Hari ini sis cuba buat cakoi org kedah pangil pak togkoi betoi ka dalam dok buat cakoi selit jgk buat donat hai mmg minah donat betoii laa adunan cakoi sama dgn aduan donat jd tak heran la blh buat keduanya, sis td malas nk tgu doh kembang sampai sejam kt luar plk hujan lambat la nk menungu doh kembang jd nk cpt punya pasal terus masuk doh lam oven panaskan kejap dan matikan suis, hah 11 minit je doh kembang dgn jayanya ok dr segi tekstur cakoi didalam lembut diluar ranggup, tekstur donat plk luar dlm lembut kedua²nya sis cicah dgn sekaya pandan ni, hujan² sedap mkn nih..sis sertakan sekali resepi cakoi dan sekaya pandan .selamat mencuba
Bahan-bahan:
Bahan² sis masukkan klau tak nak atau tak ade bahan didalam ni blh skip je mana² jgn tak letak tepung, yis, air sudah
250g Tepung high protein / tepung gandum
1sk Yis
1sk Baking powder
1sk Vanilla powder
2sb Gula
1 biji telur – blh skip
1sk pelembut cream super – blh skip
Secubit garam
Air setengah cawan
Cara penyediaan:
Suamkan air masukkan yis tgu hingga berbuih tuang kedlm bahan kering gaul sebatikan masukkan marjerin uli hingga doh licin
Perapkan doh (nk cepat kembang doh ikut cara sis diatas) doh dh kembang tabur tepung byk² canai doh dgn penggelek, gelek hingga doh nipis potong doh jd pat segi potong byk² potong panjang dlm 3 inci dan selebar 2 jari dan basahkan jari sapu pd doh amik doh 1 lg tekap dkt doh yg disapu air tekan dgn lidi tekan arah panjang dh siap kesemuanya dan susun, tgu kembang sekejap dlm 15 minit panas minyak, pegang doh kedua tgn tarik hujung doh kiri dan kanan tarik sikit bg panjang masukkan lam minyak, goreng hingga kekuningan… ok siap…
Resepi sekaya pandan
3sb Tepung kastad
6sb gula
1 kuning telo
Air setengah cawan
1sk pewarna hijau
1 helai daun pandan
Masukkan semua dlm blander blend hingga lumat
Kemudian tapis masak api perlahan hingga likat bila kaya ni sejuk likat sgt blh masukkan blk dlm blend tambah air panas sikit blend sekali lg jd kaya ni tak pekat sgt tak ceroi sgt sedap dimakan.
Sumber: Sal SY
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
‘Wad Seakan Masjid.’Nurse Kongsi Kisah Jemaah Tabligh Ketika Dikuarantin.

Pelbagai kisah yang kita ketahui mengenai frontliners terutama para doktor dan nurse yang menjaga para pesakit yang dijangkiti virus bahaya ini.
Penat lelah mereka yang bekerja tanpa henti, begitu terkesan dihati setiap rakyat Malaysia.
Begitu juga kisah yang diceritakan oleh seorang nurse ketika menjaga pesakit dikalangan ahli tabligh ketika dikuarantin.
Semoga kita muhasabah diri kisah ini yang dipaparkan disebuah laman facebook.
Ikuti perkongsian ini.

WAD SEAKAN MASJID
“Tak sempat nak cerita pgalaman semalam sebab terlalu penat. Balik terus je tidur. Wad kami smlm dah penuh. Bila masuk dlm wad tu macam masuk dalam masjid. Kebanyakkannya semua berjubah. Ada yang berkopiah, berserban. Semua tsenyum je. Tak ada muka yg bkerut, marah. Semu bckp lembut-lembut.
Macam mana tak tsentuh hati ni. Tangan masing-masing ade tasbih. Ada yang solat sunat. Ada yg bzikir. Ada yang mengaji al quran. Sangat-sangat rasa simpati. plawat pun tak dibenarkan masuk. Makan jelaa mana yang ade di hospital. Wad pn baru je buka.Banyak yang kurang tapi mreka tak marah. cakap pun baik-baik. Siap tanya lagi, apa lagi nurse yang kami boleh tolong. Kadang hati ni terfikir knp tuhan tak ganti kan dgn manusia yg jahat-jahat kt muka bumi ni dengan mereka yang kaki minum.”
HATI TERSENTUH
Sedih.Sayu smpai mnitik air mata. Tak tak dalam wad covid tu smuanya orang yang ilmu agamanya tinggi. Mereka mengaji,. solat berjemaah, bertasbih, azan, merdunya suara.lunaknyee. smpai tsentuh hati ni. Bertongkat seperti Tok Guru Nik Aziz tok. Ada yg sbaya ayah kita. datuk kita. sedih sgt. kalo lh hilang orang yg beragama. apa yang jadi di dunia ni. mreka langsung tak myusahkan. smuanya sgt2 baik. sudah2 lh kecam golongan tabligh.”
“Gantikan mereka dengan yang kaki judi. yg songsang.. kaki club. dgn |tp nk buat mcm mana. allah lg mgetahui. Orang yg beragama yang beriman slalu di uji. ni pgglaman saya. walaupn jaga 30 psakit. ye letih memang letih. tp rasa Simpati dan ksian tu lebih tinggi. memang tkesan di hati. jgn lh di ambil nyawa mreka smua. sbb mreka-mreka sgt sgt baik. doakn smoga di panjangkan umur. dan dpmudahkn urusan.”
Semoga virus ini segera disisihkan dinegara kita. Aminn
Sumber: Qlasco Toys Gong Badak