Marahkan Anak, Kita Dibebelkannya. Wanita Ni Kongsi Cerita Bila Serumah Dengan Orang Tuanya!

Share

Bagi pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung bersama orang tua mungkin ada yang merasakan ada pro dan kontranya. Turut diakui ada kalanya cukup tenang dan membahagiakan namun sekali sekala ‘bergelora’ juga jiwa dan raga!

Maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri meskipun saling mencintai boleh bergaduh inikan pula dengan mentua atau ibu bapa sendiri.

Kadang-kadang hal kecil pun boleh jadi bermasam muka, umpamanya dalam menegur anak-anak. Maklumlah naluri orang yang telah berumur begitu sensetif dan akan lebih menyayangi cucu-cucu mereka. Boleh katakan pantang kalau ‘dicuit’ cucu kesayangan, akan dipertahankan.

Jadi tidak hairanlah kenapa kita selalu lihat atuk atau nenek hubungan mereka sangat akrab dengan cucu. Akan dipastikan dilayan dengan penuh kasih sayang dan terkadang terlebih manja.

Apa sahaja yang diminta cucu, semuanya ditunaikan. Jadi ‘pantang’ bagi atuk nenek ini jika cucu-cucu mereka dimarah atau ditegur dihadapan mereka.

Hal ini seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini di Tik Tok. Ujarnya meskipun dia berasa bertuah masih berpeluang duduk sebumbung dengan ayahnya yang dikatakan telah berusia 73 tahun.

Namun orang tuanya itu telah menegur dan membebel pada dirinya gara-gara memarahi cucunya.

 

Ada 17 Cucu Kesemuanya

Lumrah ibu, jika marah anak bertujuan untuk mengajar namun proses tersebut terhalang kerana datuknya akan membela setiap waktu. Melalui perkongsian video di tiktok juga kita dapat lihat reaksi lelaki berusia ini terus memujuk manja cucunya yang sudah bersedih dan didakap mesra sambil membebel pada anak sendiri kerana memarahi dan membuatkan cucunya bersedih.

@madanianisa17ga bisa bebas kalo masih tinggal sama orang tua 😭♬ suara asli – dyandra

Video yang dikongsikan ini nyata meraih hingga 109.7 juta tontonan dan rata-rata ramai yang meninggalkan komen dan berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : TikTok madanianisa17 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club