Marah Anak Boleh Tapi Jangan Sampai Merendah-Rendah. Kena Sentiasa Istiqamah Bantu Anak.

Share

Kelahiran cahayamata pastinya ditunggu setiap pasangan yang berkahwin.

Anak ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sudah tentu pelbagai pendidikan diberikan kepada anak-anak.

Jadi untuk menjadi ibu bapa yang istiqomah perlu tahu cara betul mendidik anak. Ikuti lanjuti perkongsian ustazah ini.

1. Beritahu Anak Allah sentiasa ada

Beri galakan supaya anak-anak berdoa, terutama selepas solat secara bergilir-gilir. Anak yang selalu dilatih berdoa akan merasa sangat hampir dengan Allah, mereka juga akan merasai tentang kewujudan Allah kerana doa itu adalah satu cara mereka berkomunikasi dengan Allah. Berikan anak tanggungjawab ini, yakin dengan mereka. InsyaAllah dapat melatih menjadi seorang pemimpinan.

Sebelum mula pengajaran, saya akan pilih seorang murid untuk bacakan doa dalam bahasa melayu. Doa spontan tanpa skrip. Mulanya ramai juga yang tergagap-gagap, rasa tak confident tapi lama kelamaan, mereka berebut-rebut nak ketuai bacaan doa.

Bangga saya bila ada murid yang betul-betul menghayati doa yang dibaca, sayu dan menyentuh hati.

2. Marah anak boleh, tapi jangan sampai merendah-rendahkan.

Bila pandang anak tidur, ramai ibu ayah mengalirkan air mata, diserang rasa menyesal dan kasihan pada anak.

Masa belek wajah, tangan dan kaki anak, kadang tu terjumpa parut luka kena piat. Kalau dapat dibelek hati anak-anak, rasanya banyak sangat parut lama dan luka baru yang belum sembuh. Hari-hari makan hati berulam jantung. Nampak ceria, gelak ketawa, gurau senda dengan adik beradik, sekejap baik, kejap gaduh, tapi dalam hati ada simpan duka.

Kanak-kanak nie makhluk yang hebat. Tak pandai simpan lama-lama dendam dan sakit hati. Kalau sedihpun buat-buat lupa.

Satu benda yang Mak, Ayah kena jaga Kalau nak anak-anak membesar dalam keadaan yang sempurna. Kena sentiasa istiqamah bantu anak-anak.

3. Suruh dan semak

kita selalu suruh anak ” Pegi solat”. Bila anak liat kita marah, tapi kita lupa nak semak kesediaan dan pengetahuan anak. Mereka tak minat kerana mereka tak tahu cara yang betul.

Ramai murid saya kecewa bila cakap tentang wuduk sempurna, Solat yang sempurna. Mereka selalu disogokkan dengan perkataan ” Takpe kecik lagi buat jelah, asal ada wuduk, asal cukup rakaat”.

Berapa ramai murid yang berwuduk tapi wuduknya cincai-cincai. Kadang tu, air melimpah tapi wuduk tak sempurna. Wuduk tak sempurna, Solat lebih-lebih la lagi.

Petua nak anak jadi baik dan berdisiplin ialah bermula dengan ilmu yang dipraktikkan secara istiqamah. Mereka buat dan mereka mesti tahu kenapa dan bagaimana. Kat sekolah cikgu ajar, cikgu pantau. Kat rumah mak, ayah sambung ajar dan pantau. Maha suci Allah.. Terasa manisnya melihat hasil nanti.

Anak yang dapat sempurna wuduk, sempurna solat akan sentiasa berterima kasih pada mak, ayah. Percayalah..

Kekalkan nilai ilmu yang cikgu ajar dalam kehidupan anak-anak, kerana mereka adalah anak-anak yang diamanahkan kepada cikgu untuk amal jariah ibu ayah. Moga sama-sama bertemu di Syurga Allah SWT.

Sumber: Aminah Mat Yusoff