Jelas tergambar kebahagiaan yang tulus dari hati apabila melihat video yang dikongsi oleh Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ketika menghantar ibu dan isteri menunaikan ibadah haji.
Video berdurasi beberapa minit ini, menunjukan senda gurau beliau bersama ibu yang juga merupakan pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Melalui caption, beliau mengakui ibunya seorang yang garang tetapi hasil didikan cara yang tegas dalam membentuk dirinya menjadi seorang yang berguna. Boleh video penuh di instagramnya.
Siapa yang ada mak garang macam abg? cer komen di bawah penglamn korg.
Ads
Kadang kala abg tak sangka mak abang @bondarozitaibrahim yang sebelum ini menang ratu cantik masa zaman jahiliah.. sekarang ni dah tua tmbah baik dan sopan.. hahah tpi tenaga dia kalah org muda walapun dah tua.. maklumlah dulu waktu abang kecil-kecil abang ni selalu kena pukul ,rotan dengan mak abang sebab abg tak pandai sekolah dan nakal x dengar cakap.. .
. bagi abg kalau tak kerana mak@bondarozitaibrahim abang yg garang mcm singa lapar ni mgkin abg tak sampai ke hari ini ..Sebab tu abang sedaya upaya akan memberi balasan kepada mak …Walapun abang tahu dia ada segalanya.. semoga anak2 abang akan menghargai abang … macam abang menghargai mak dan arwah mak abang..
Ads
Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat bersahaja beliau berseloroh dengan isteri dan ibunya.
Perkahwinan bukanlah sekadar memberikan hadiah dan melakukan kejutan buat pasangan setiap bulan atau tahun untuk meraikan sesuatu.
Namun ia lebih daripada itu. tanggung jawab itu yang harus diutamakan. Namun adakalanya, timbul konflik dek kerana benda yang remeh-temeh. Sebagai contoh, merajuk pasangan terlupa hari lahir atau ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Tapi sebenarnya ingatan itu bukan pengukur kasih sayang dalam rumah tangga. Tiada surprise dari pasangan tidak bermakna mereka tak sayang kan? Kalau betul tak sayang, takkan sanggup mengambil risiko untuk hidup bersama kan. justeru, dalam rumah tangga, elakkan terlalu sensitif untuk hal yang remeh.
Seorang pengguna Twitter iaitu Hadi Nor telah berkongsi nasihat paling win tentang kematangan dalam perkahwinan. Memang sesuai untuk yang masih belum berkahwin dan juga yang sudah bergelar suami isteri.
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 7 ribu retweets. memang Deep!
Anak-anak adalah penyeri sebuah keluarga. Begitulah juga bagi penyanyi dan usahawan, Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi atau lebih dikenali Khai telah memuat naik gambar anak ketiganya di Instagram miliknya.
Melalui kapsyennya, Khai melahirkan rasa syukur dengan kelahirana anak perempuannya semalam pada 1.48pm dengan berat 2.8kg. Bayi berkenaan dinamakan Nur Alya Dhania.
“Good Morning Semua… Syukur Alhamdullillah… Anak perempuan kami “Nur Alya Dhania” selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.”
“Terima kasih diatas doa kalian semua…Dalam bln April ada 3 tarikh penting buat saya. 11April (Harijadi Dhania), 16April (Harijadi Rosma) & 26April (Anniversary kami)”tulisnya.
Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama ini dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada April 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5.
Sumber: Instagram Khai_rosma
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda banyak kepentingan dan manfaat jika aktif bersenam. Salah satunya mengelak daripada mengalami masalah kerapuhan tulang.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menjadi punca mudah terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.
Majalah Keluarga mendapatkan kupasan mengenai permasalah ini menerusi perkongsian tip yang di kongsi oleh Dr Sharizan Mohamed Yusoff,Pakar Ortopedik Wanita di Columbia Asia Setapak.
“Sebenarnya badan kita mempunyai sistem muskuloskeletal yang merupakan bahagian badan yang berfungsi bagi menyokong berat dan membantu pergerakan badan manusia.
“Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan. Sistem ini disokong oleh sejumlah 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot yang membantu pergerakan tubuh yang stabil dan kuat ketika melakukan aktiviti.”
“Terdapat beberapa masalah yang sinonim dihadapi oleh manusia berkaitan sistem muskuloskeletal ini iaitu osteoarthritis, sarkopenia dan ostroporisis.”
“Osteoarthritis merupakan jenis arthritis (sakit sendi) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).”
“Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.”
“Sarkopenia adalah satu situasi atau keadaan yang terjadi apabila manusia kehilangan jisim badan, kekuatan serta fungsi otot.”
“Pengurangan jisim badan dan fungsi otot ini terjadi kerana terdapatnya proses penghancuran (catabolisme) dan pembentukan (anabolisme) di dalam sel otot.”
“Penyakit sarkopenia dapat mempengaruhi sistem muskuloskeletal tubuh sehingga berisiko tinggi menyebabkan penderitanya mudah terjatuh dan cedera.”
“Ostroporisis pula adalah penyakit berkaitan tulang yang akan berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
“Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.”
SIAPA BERISIKO?
Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah sistem musculoskeletal ini boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut.
Individu tidak mengamalkan pemakanan yang sihat yang boleh menyebabkan pengurangan nutrisi
Individu yang tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal terutama mereka yang bekerja di pejabat dan kurang melakukan pergerakan
Individu yang mengalami masalah penghadaman seperti radang usus yang boleh menganggu penyerapan nutrien
Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, kekurangan imun badan dan ketidakseimbangan hormon.
APA TINDAKAN ANDA
Konsep pemakanan sihat (healthy plate) atau Suku Suku Separuh amat sesuai dan berkesan untuk diamalkan.
Anda hanya perlu membahagikan pinggan anda kepada suku pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti, suku pinggan ikan atau ayam, itik, daging mahupun telur serta separuh pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran
Amalkan juga aktiviti senaman ringan bagi yang lebih berusia terutama bagi mereka yang berkerja di pejabat dengan kerap melakukan pergerakan seperti berjalan, menaiki tangga, tai-chi ataupun yoga.
Bagi orang muda, senaman yang lebih agresif agak sesuai atas faktor usia dan kekuatan yang boleh memberikan kesan yang lebih cepat dan baik antaranya latihan di gimnasium, muay-thai, berlari anak (jogging) atau mendaki bukit (jungle tracking).
Keluarga: Semoga kita kekal menjaga kesihatan diri termasuk menjaga pemakanan dan kerap bersenam supaya dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.