Manjaku Holdings Sdn. Bhd. dan rakan Kerjasama, Enfagrow A+ Mindpro dengan bangganya mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Fazura di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Majlis eksklusif ini diadakan untuk menghargai kerjasama erat antara Manjaku Baby Mall dan Enfagrow A+ Mindpro, serta untuk meraikan pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras.
Majlis Hi-Tea Bersama Fazura dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi untuk mengalu-alukan kehadiran ibu Enfagrow A+ Malaysia dan selebriti terkenal, Nur Fazura, serta rakan kerjasama dan rakan-rakan media yang turut hadir.
“Saya ingin merakamkan penghargaan buat rakan kerjasama kami, Enfagrow A+ Mindpro kerana sudi bersama-sama Manjaku pada petang ini dalam majlis Hi-Tea Bersama Fazura yang saya anggap suatu majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pelanggan,” kata Mr. Daniel Looi.
Mr. Daniel Looi turut berterima kasih kepada rakan media serta para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras kerana sudi hadir ke Majlis Hi-Tea bersama Fazura bersama pada hari minggu. Kehadiran mereka dianggap sangat bermakna dan memberi semangat kepada kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama.
Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bagi barangan ibu dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Manjaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka. Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ Malaysia sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara ‘Top of Mind Milk Powder Category’.
“Pelbagai acara dan aktiviti telah dilakukan bersama Enfagrow A+ dan yang paling istimewa bagi saya adalah Majlis Hi-Tea bersama Fazura yang diadakan hari ini bersempena dengan kempen ‘Celebration of Parenthood’,”
tambah Mr. Daniel Looi.Majlis Hi-Tea bersama Fazura ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, Fazura, secara eksklusif. Selain itu, majlis ini juga memberi pendedahan serta pengalaman berharga buat ibu bapa baru menerusi perkongsian perjalanan keibubapaan daripada selebriti terkenal tersebut.