
Manjaku Holdings Sdn. Bhd. dan rakan Kerjasama, Enfagrow A+ Mindpro dengan bangganya mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Fazura di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Majlis eksklusif ini diadakan untuk menghargai kerjasama erat antara Manjaku Baby Mall dan Enfagrow A+ Mindpro, serta untuk meraikan pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras.
Majlis Hi-Tea Bersama Fazura dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi untuk mengalu-alukan kehadiran ibu Enfagrow A+ Malaysia dan selebriti terkenal, Nur Fazura, serta rakan kerjasama dan rakan-rakan media yang turut hadir.
“Saya ingin merakamkan penghargaan buat rakan kerjasama kami, Enfagrow A+ Mindpro kerana sudi bersama-sama Manjaku pada petang ini dalam majlis Hi-Tea Bersama Fazura yang saya anggap suatu majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pelanggan,” kata Mr. Daniel Looi.
Mr. Daniel Looi turut berterima kasih kepada rakan media serta para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras kerana sudi hadir ke Majlis Hi-Tea bersama Fazura bersama pada hari minggu. Kehadiran mereka dianggap sangat bermakna dan memberi semangat kepada kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama.
Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bagi barangan ibu dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Manjaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka. Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ Malaysia sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara ‘Top of Mind Milk Powder Category’.
“Pelbagai acara dan aktiviti telah dilakukan bersama Enfagrow A+ dan yang paling istimewa bagi saya adalah Majlis Hi-Tea bersama Fazura yang diadakan hari ini bersempena dengan kempen ‘Celebration of Parenthood’,” tambah Mr. Daniel Looi.
Majlis Hi-Tea bersama Fazura ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, Fazura, secara eksklusif. Selain itu, majlis ini juga memberi pendedahan serta pengalaman berharga buat ibu bapa baru menerusi perkongsian perjalanan keibubapaan daripada selebriti terkenal tersebut.
‘Akak Dengan Abang Ipar Aku Biasa Je Tapi Anak-Anak Dia Semua Bijak.’ Inilah Amalan Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Setiap Pagi

Ibu bapa mana yang tak nak tengok anaknya bijak dan berjaya. Pasti terpahat rasa bangga dalam diri di samping segala pengorbanan terasa berbaloi apabila memiliki anak-anak yang bijak ini.
Ramai ibu bapa yang sanggup lakukan apa sahaja demi masa depan anak mereka.
Ada yang dihantar ke kelas tambahan, tidak kurang juga ada yang menekan anak agar lebih belajar daripada menghabiskan waktu begitu sahaja.
Di Laman media sosial sebelum ini tular perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Pengiran M. Nizam Rahman boleh dijadikan tips berguna untuk ibu bapa.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki ini memberitahu petua mudah itu diperoleh dari kakaknya sendiri yang terbukti mempunyai anak-anak yang bijak. Bukan sahaja berjaya dalam akademik tapi juga sering menerima anugerah di sekolah.
Mesti Baca :
Ternyata, kakak beliau hanya mengamalkan satu petua ini sahaja kepada semua anak-anak setiap hari. Tinggal rajin atau tidak je ibu-bapa nak amalkannya.
Jom kita ikuti tips yang dikongsikan seperti di bawah ini. Mana tahu, anak-anak kita juga akan bijak dan berjaya. Tak salah kalau usaha. Moga bermanfaat untuk ibu-bapa di luar sana.
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau.
Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakan tekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Hanya Dengan Sertai Program Affiliate, Gadis Ini Mampu Bina Rumah Untuk Keluarga. Ini Cara Yang Dilakukannya

Berbekalkan semangat dan azam untuk mengubah nasib keluarga, seorang gadis bernama Siti Nur Aishah Pauzi sudah mampu tersenyum puas apabila dapat menyediakan kediaman yang selesa untuk keluarganya.
Gadis yang baru berusia 23 tahun ini berkata, walaupun dia masih belum mempunyai pekerjaan tetap namun hasil usaha kerasnya menjadi affiliate di sebuah aplikasi semenjak bulan September tahun lepas telah membuahkan hasil yang lumayan.
Menurut gadis ini, dia hanya perlu fokus pada cara pemasaran sahaja memandangkan dia tidak perlu simpan stok dan pendapatannya bergantung pada komisyen bagi setiap jualan.
Kata anak sulung dari empat beradik ini, keuntungan yang diraihnya dikongsikan bersama keluarga untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Dia telah menggunakan segala wang yang dikumpul utuk membina rumah baharu buat keluarganya yang terletak di Tumpat, Kelantan.
“Rumah kami hanya ada dua bilik. Satu bilik mak dan ayah, satu lagi bilik kami kongsi adik-beradik. Jadi kali ini kami renovate buat lima bilik. Setiap adik-beradik akan ada bilik masing-masing.”
Total kos semua hampir RM 40 000. Kami dapat jimat kerana semua buat sendiri. Ayah jadi tukang, ahli keluarga lain pun tolong buat termasuk saya. Insya Allah sempat siap sebelum raya ini. “
Apabila ditanya mengenai perancangannya selain membantu keluarga, gadis ini berkata wang yang ada kan digunakan untuk menabung kerana dia akan melanjutkan pelajaran tidak lama lagi.
Pemegang diploma dalam bidang kejuruteraan daru Koleh Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Johor ini berkata, faktor kejayaannya adalah jagan bergantung pada orang.
“Saya banyak belajar sendiri. Sekarang semua di hujung jari. apa yang kita nak tahu semua boleh kita cari. Tak kena tunggu orang ajar.”
Semoga kisah Aishah ini menjadi inspirasi buat remaja-remaja di luar sana.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
BK Mini Fest 2023 Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti & Berjaya Mencungkil Potensi Kanak-Kanak!

Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest dianjurkan. Kemeriahan dapat disaksikan sepanjang BK Mini Fest 2023 di mana acara ini telah menghimpunkan lebih 2000 orang kanak-kanak!
Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN
Bagi memulakan BK Mini Fest 2023, acara pertama yang diadakan adalah Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN yang melibatkan lima buah sekolah sekitar Shah Alam menghantar wakil untuk perbarisan serta pertandingan Haka. Setiap sekolah melibatkan 50 orang murid yang mewakili badan beruniform pilihan mereka.
Badan beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pengakap dari SK Seksyen 19 serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dari SK Seksyen 9.

Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri.
Selesai pertandingan kawad kaki, kesemua pasukan diminta untuk menghantar 10 orang wakil mewakili badan beruniform mereka untuk mempersembahkan Hakka. Ternyata kesemua peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk pertandingan ini.

Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.

Perasmian BK Mini Fest Meriah
Menariknya acara Himpunan Badan Beruniform Mega X PTPTN ini kerana turut diserikan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar yang telah berkongsi tentang tip kejayaan beliau.

Selain itu, kehadiran Dr. Sheikh Muszaphar juga adalah untuk merasmikan BK Mini Fest 2023 bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn. Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim serta Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar Ahmad.
Dewi Cilik Bintang Kecil Pertama Dinobatkan
Pada sebelah petang 19 Ogos 2023, acara diteruskan dengan pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Dari 200 penyertaan yang diterima, akhirnya seramai 10 orang kanak-kanak perempuan berusia 8-12 tahun telah dipilih sebagai finalis Top 10 Dewi Cilik.

Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Para juri yang bertanggungjawab untuk menobatkan gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 pada hari itu adalah Pn. Norfarhati Abdul Hakim yang merupakan pengasas Mewah Rose dan juga pernah memenangi pertandingan Miss Catwalk 2012 serta Pensyarah Senior dalam jurusan seni fesyen dari UiTM Shah Alam iaitu En. Faizal Hamid.

Selain itu, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae turut menjadi juri untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan buat Nur Farisha Dania yang telah dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama! Pemenang tempat kedua pula adalah Nur Zara Aamily manakala Syazwina Mohd Taib meraih tempat ketiga pertandingan ini.

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Putri Diana Ellysa yang dipilih sebagai Dewi Aktif dan Putri Nur Nariesya Eizeanies yang diberikan gelaran Dewi Foto Terbaik.
Pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN
Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN yang mendapat sambutan memberangsangkan. Seramai 200 orang kanak-kanak untuk dua kategori (Kategori A: 5-7 tahun dan Kategori B: 8-12 tahun) telah menyertai pertandingan ini.

Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemerdekaan yang unik. Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN) serta selebriti popular Yana Samsudin.

20 Finalis BK Fantastic X Karihome Tonjol Bakat
Kanak-kanak milenial mempunyai potensi yang sangat besar. Oleh itu, Bintang Kecil telah menganjurkan BK Fantastic X Karihome yang mendapat sehingga 500 penyertaan kanak-kanak dari serata Malaysia. Akhirnya 20 orang telah terpilih untuk ke peringkat akhir.

Pelbagai jenis bakat yang dipertaruhkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat muzik, sukan dan banyak lagi. Dengan persediaan rapi serta keyakinan tinggi, kesemua 20 persembahan para peserta telah memukau hadirin yang ada.

Tiga orang juri telah diberikan kepercayaan untuk memilih pemenang. Selain Miss Jessie yang mewakili Karihome, dua lagi juri lain adalah Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Pakar Motivasi) serta penyanyi, komposer dan pelakon terkenal iaitu Mark Adam turut bertanggungjawab untuk mengadili persembahan setiap peserta.

Tahniah diucapkan buat juara BK Fantastic X Karihome iaitu penari dari Kumpulan Putera Arts Talent Production, pemenang tempat kedua Mika Adam Mikael yang bermain violin serta Nurdania Batrisya menduduki tempat ketiga dengan persembahan nyanyian.

Putaran Mega BK Mini Fest 2023 Tawar Hadiah Menarik
Salah satu daya tarikan untuk BK Mini Fest 2023 adalah acara Putaran Mega BK Mini Fest yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Kepada pembeli barangan Karihome atau pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM20 ke atas, berpeluang untuk membuat putaran roda.

Sekiranya mereka menerima tiket emas untuk ke Putaran Mega BK Mini Fest, mereka berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperi komputer riba, baucar percutian, beg berjenama mewah, baucar membeli-belah dan banyak lagi. Tahniah kepada Pn. Nor Hafida kerana berjaya memenangi hadiah utama yang berupa komputer riba tajaan Acer!
Aktiviti Untuk Ibu Di Mini Stage
Bukan sahaja aktiviti di pentas utama, BK Mini Fest turut memberi ruang kepada para ibu untuk ‘me-time’ di pentas mini. Pada hari Sabtu telah diadakan acara Lindungi Anak Anda! bersama tiga orang panel jemputan iaitu Kaunselor Laktasi Pn. Noorfazila Abdul Rahman, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin serta Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr. Hajah Azuraida Shahadan.

Selain itu pada hari Ahad pula telah diadakan Mama Zumba Sweat It Out! bersama Zin Belle dan 30 orang para ibu yang telah berzumba beramai-ramai di pintu masuk utama Plaza Shah Alam. Selepas berzumba, mereka kemudiannya mendengar perkongsian tentang diet dari Pegawai Dietetik bertauliah, Pn. Laila Fadhilah Omar dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital.

Banyak Tarikan Lain
Selain pelbagai acara menarik di pentas utama dan pentas mini, terdapat banyak aktiviti lain yang ada di Plaza Shah Alam selama dua hari BK Mini Fest 2023 berlangsung.

Booth seperti zoo mini dari Farm In The City, lukisan muka, inai, gula-gula kapas serta kolam bola dari Poolkidz, booth KUEH yang turut menaja makanan di setiap aktiviti Mini Stage dan banyak lagi turut mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir.

Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang. Diharapkan penganjuran acara BK Mini Fest 2023 dapat memberi manfaat kepada kesemua yang hadir memberikan sokongan.