Manjakan Isteri, Rezeki Pun Manja Dengan Kita. Ini Perkara Penting Yang Suami Kena Buat.

Share

Pernah dengar ungkapan, setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita yang berdiri teguh dibelakangnya.  Tidak mustahil andai dikatakan isteri adalah ‘magnet rezeki’ dalam rumah tangga. Berbuat baik dengan isteri dan anak-anak, pasti rezeki seseorang lelaki itu bertambah.

Gambar sekadar hiasan.

Seorang isteri tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas segala pengorbanannya. Memadai dengan curahan kasih sayang murni dari seorang suami. Dengan doa yang ikhlas, dan tanggungjawab yang dijalankan dengan solehah, nescaya hati suami pun akan lebih tenang untuk mengharungi pelbagai cabaran.

Berkongsi pendapat mengenai hal ini, jelas saudara Mohd Fhais yang banyak menulis tentang tip keibubapaan dan rumah tangga, beberapa perkara ini perlu dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya.


Manjakan isteri, rezeki manja dengan kita. 

Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki. Bukan penyempit.

Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya. Kalau lepas kahwin rezeki jadi sempit tu mesti ada silapnya dalam rumahtangga. Salah satunya ialah bila si suami tidak betul-betul menjaga amanah isteri.

Berikut 5 perkara penting yang suami kena buat kepada isteri.

1. Ambil tahu kisah dia
Ambil tahu apa yang isteri kita lalui setiap hari. Kena prihatin, empati dan sokong setiap yang isteri ngadu. Isteri dah tolong kita banyak sangat, ini masa untuk balas jasa dia.

Kalau nak tahu, menurut kajian saintifik minda wanita ni berfikir 10 kali ganda lebih laju dari lelaki. Sebab itulah terapi wanita ni ialah dengan bercakap. Semakin banyak dia bercakap semakin lega minda dia.

Jadinya, kita balas jasa isteri dengan rendahkan diri dan tadah telinga bila isteri bercerita. Boleh hilang stress dia.

2. Bantu buat kerja rumah
Wanita ni hebat. Dia boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi itu bukan lesen untuk kita lepas tangan. Alah, dah memang kerja isteri, isteri la kena buat.

Silap tu bang.

Kalau ikut budaya ye isteri buat semua kerja untuk suami tapi kalau ikut agama suami yang kena buat semua kerja untuk isteri. Mana satu betul, Budaya ke Agama?

3. Beri pujian
Telinga wanita ni sangat sensitif. Walau sekali pun kita cakap kasar dengan diorang, sampai ke tua dia akan ingat. Begitu juga pujian.

Lelaki ni minda dia 6.5 kali lebih tinggi “Gray Matter” dari wanita itu sebab dia cakap main lepas je. Apa yang dia cakap 5 minit lepas pun dia tak ingat dah.

Tapi wanita sekali dengar boleh ingat sampai 50 tahun, “White Matter” diorang 10 kali lebih tinggi daripada lelaki jadi memori dia kuat.

Jadi bang, hati-hatilah bila cakap dengan isteri tu.

4. Beri hadiah atau buat suprise
Ya, sekali sekala tu buat suprise kat isteri tu besar manfaatnya. Baru ni saya ada buat suprise masa harijadi isteri, beri bunga yang berharga rm60 tapi dia punya gembira macam dapat emas harga rm600.

Nak buat suprise atau beri hadiah ni tak perlu tanya. Ada niat, terus beli lepas tu bagi.

Walaupun hadiah tu bunga tak boleh di makan, tak boleh simpan lama-lama bunga layu tapi percayalah kalau isteri dapat bunga dari suami hati dia akan terus berbunga-bunga dan ingat sampai mati kenangan ni.

5. Jadi kawan baik
Wanita berkahwin dengan lelaki asing bukan untuk cari penganti bapa dia tapi dia mahukan seorang teman yang boleh memikul tanggungjawab bapanya.

Boleh beri perhatian penuh bila dia nak mengadu dan meminta bantuan.

Teman yang tidak gelak bila dia di timpa musibah, teman yang tidak sampai hati peluk tubuh melihat dia buat kerja seorang diri dan teman yang membimbing dia ke syurga. Itulah peranan suami sebenar!

Tak ada istilah isteri tak boleh di manjakan nanti dia pijak kepala. Itu khurafat!

Isteri la orang paling wajib dimanjakan sebab isteri jambatan rezeki si suami.

Tak percaya?

Balik nanti terus je buat 5 perkara ni kat isteri. Tengok macam mana mood isteri tu berubah dan jangan terkejut tiba-tiba rezeki melimpah ruah. Suami kaya ialah suami yang rajin manjakan isteri dia.

p/s : Begini, kalau nak selalu dapat tips rumahtangga dan hubungan suami isteri percuma boleh je join channel telegram saya. Percuma je. Klik ?t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Gambar : google image