Inilah kemanisan arahan Pelaksanaan Kawalan Pergerakan. Apabila ahli keluarga dapat berkumpul bersama tentu pelbagai aktiviti manfaat dilakukan. Jika sebelum ni, masing-masing sibuk dengan rutin. Sekarang sejak PKP seharian kita duduk di rumah demi memutuskan rantaian covid 19. Apa yang lebih manis lagi, syukur kita dapat bersama keluarga meraikan bulan ramadan tahun ini. #syukurbersama
Begitulah momen manis ketika PKP yang dikongsi keluarga ini. Malah rumahtangga dirasa makin bahagia.
Ikuti perkongsian ini.
RUMAHTANGGA MAKIN BAHAGIA
Dalam tempoh PKP ini latih diri dan keluarga kita. Kumpul sekejap ahli keluarga selepas solat magrib. Hidupkan majlis Taa’lim dalam rumah. Bagi tumpuan sepenuhnya ketika membaca dan mendengar. Ajak ahli keluarga dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Ini saranan ulama supaya dalam rumah kita lahirnya anak-anak yang soleh solehah. Alim alimah, hafiz hafizah.
Suami akan sayang isteri. Isteri akan taat suami. Anak-anak akan dengar cakap ibu bapa. Kita akan mulai rasa kebahagiaan dalam rumah tangga. Rasa makin bahagia walaupun 24 jam bersama keluarga. Rasa cinta dan sayang bertambah kepada pasangan. Inilah yang kita cari sebuah keluarga yang bahagia kerana الله. Bahagia untuk selamanya hingga ke Jannah, selamat dari api neraka.
Sebelum tidur baca kisah sahabat r.hum. Ajar anak anak Sunnah tidur. Maafkan dan minta maaf kepada semua orang. Habiskan bacaan Al Quran,habiskan zikir selawat yang belum selesai. Rugi sepanjang hari kita tak selawat kepada Rasulullah S.A.W.
Malam ini jangan lupa sebelum tidur niat bangun solat tahajjud. Hari-hari kita nak nangis depan الله. Nak mengadu segala perihal masalah kita. Satu persatu kita nak cerita masalah kita kepada الله.
Maafkan segala kesilapan pasangan dan anak-anak. Cium peluk pasangan dan anak-anak. Cakap kepada mereka betapa sayangnya kita kepada mereka.
Semoga الله hidupkan hati kita dengan penuh kasih sayang, sangka baik. Dijauhkan segala keburukan dan Hasad yang keji.
Sumber: Muhammad Hassan