Inilah kemanisan arahan Pelaksanaan Kawalan Pergerakan. Apabila ahli keluarga dapat berkumpul bersama tentu pelbagai aktiviti manfaat dilakukan. Jika sebelum ni, masing-masing sibuk dengan rutin. Sekarang sejak PKP seharian kita duduk di rumah demi memutuskan rantaian covid 19. Apa yang lebih manis lagi, syukur kita dapat bersama keluarga meraikan bulan ramadan tahun ini. #syukurbersama
Begitulah momen manis ketika PKP yang dikongsi keluarga ini. Malah rumahtangga dirasa makin bahagia.
Ikuti perkongsian ini.
RUMAHTANGGA MAKIN BAHAGIA
Ads
Gambar hiasan
Dalam tempoh PKP ini latih diri dan keluarga kita. Kumpul sekejap ahli keluarga selepas solat magrib. Hidupkan majlis Taa’lim dalam rumah. Bagi tumpuan sepenuhnya ketika membaca dan mendengar. Ajak ahli keluarga dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Ini saranan ulama supaya dalam rumah kita lahirnya anak-anak yang soleh solehah. Alim alimah, hafiz hafizah.
Suami akan sayang isteri. Isteri akan taat suami. Anak-anak akan dengar cakap ibu bapa. Kita akan mulai rasa kebahagiaan dalam rumah tangga. Rasa makin bahagia walaupun 24 jam bersama keluarga. Rasa cinta dan sayang bertambah kepada pasangan. Inilah yang kita cari sebuah keluarga yang bahagia kerana الله. Bahagia untuk selamanya hingga ke Jannah, selamat dari api neraka.
Sebelum tidur baca kisah sahabat r.hum. Ajar anak anak Sunnah tidur. Maafkan dan minta maaf kepada semua orang. Habiskan bacaan Al Quran,habiskan zikir selawat yang belum selesai. Rugi sepanjang hari kita tak selawat kepada Rasulullah S.A.W.
Ads
Malam ini jangan lupa sebelum tidur niat bangun solat tahajjud. Hari-hari kita nak nangis depan الله. Nak mengadu segala perihal masalah kita. Satu persatu kita nak cerita masalah kita kepada الله.
Maafkan segala kesilapan pasangan dan anak-anak. Cium peluk pasangan dan anak-anak. Cakap kepada mereka betapa sayangnya kita kepada mereka.
Ads
Semoga الله hidupkan hati kita dengan penuh kasih sayang, sangka baik. Dijauhkan segala keburukan dan Hasad yang keji.
Dia sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Walaupun sudah bergelar isteri dan memiliki dua cahaya mata comel, namun dia tidka betah duduk diam. Dia juga turut bersama suami terjun ke dalam dunia perniagaan.
Tidak cukup dengan itu, ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini kini bergelar pengacara pula mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah.
Akui Tya Ariffin lagi, pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbi kerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannya terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Secara logiknya, kita tidak boleh berada dengan anak anak 24 jam 7 hari seminggu.
Ada masanya kita perlu keluar mencari rezeki dan menunaikan tanggungjawab sendiri.
Namun, kita boleh beri ‘bekalan’ kepada mereka sebelum kita keluar meninggalkan mereka.
Bekalan tu bukan hanya bekalan makanan tau.
Tapi, banyak lagi bekalan yang kita perlu berikan sepanjang peninggalan kita.
1.Bekalan nasihat dan kata kata semangat
Sebelum pergi, anda boleh bisikkan kata kata yang baik untuk anak.
“Abang anak yang baik”
“Kakak main baik baik dengan adik ya”
“Kakak belajar rajin rajin ya”
Kalau anda kreatif, boleh saja selitkan kata kata dalan buku anak anak.
Tentu sahaja dia akan tersenyum
2.Bekalan emosi yang positif.
Sebelum berpisah dengan anak, pastikan emosi anda dan anak anak berada dalam keadaan ok. Jangan tinggalkan mereka dalam keadaan yang marah atau terlampau sedih.
3.Bekalan memori
Kalau anda perlu tinggalkan mereka untuk tempoh yang agak lama, sediakan memori memori yang indah untuk mereka kenang.
Tak perlu susah susah pun, cukup makan bersama di kedai pun dah cukup memberi memori untuk anak anak.
Bekalan ini ibarat bateri untuk anak anak bertahan selama mana ibu dan ayah pergi.
Bila kita buat begitu, insyaAllah anak anak tidak terasa ketiadaan kita. Malah, mereka akan rasakan bahawa kita sentiasa ada di sisi.
Menggabungkan nama suami dan isteri yang terdiri daripada suku kata tertentu, pastinya akan tercipta sebuah nama yang cukup unik dan tersendiri.
Ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Online berkenaan kisah keluarga besar Umar@Omar Ibrahim, 78, bersama dua isterinya, Siti Zaharah Daud, 68, dan Rokiah Ngah, 58.
Mereka punya cara istimewa dan unik menamakan 10 anak, empat daripadanya wanita dengan gabungan nama masing-masing iaitu Umzarul.
Um yang mewakili Umar, Za membawa maksud Zaharah dan Rul iaitu Rokiah.
Nama itu menjadi identiti keluarga berkenaan daripada anak sulung, Mohd Umzarulisham yang kini berusia 48 tahun hinggalah anak bongsu, Umzarul Fatihah, 29.
Anak keempat keluarga berkenaan, Mohd Umzarulfaiz, 41, berkata, setiap daripada nama itu dipilih oleh bapanya sendiri yang mana anak lelaki pangkal nama dimulakan dengan Mohd Umzarul sementara anak perempuan Umzarul.
“Orang luar memang akan pelik kalau lihat senarai nama keluarga kami, semua sama hanya nama belakang yang berlainan.
“Bagi saya, inilah identiti yang dicipta ayah untuk menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan. Pergilah ke mana pun dan dengan hanya melihat nama, orang tahu kami adik-beradik,” katanya.
Mohd Umzarulfaiz menganggap kurniaan nama mereka sekeluarga unik dan istimewa.
Nama: Mohd Umzarulfaiz
Umur: 41 Profesion: Jurukamera
Isteri: Hamimah Hamid Anak: Nur Ain Shauqina
Adik-beradik:
– Mohd Umzarulisham
– Umzanurain
– Mohd Umzarulazijo
– Mohd Umzarulamri
– Mohd Umzarulhaq
– Umzarul-An-Nur
– Umzarul Nadiah
– Mohd Umzarulfadlamminallah
– Umzarul Fatihah
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...