Bahagianya sebuah perkahwinan itu apabila suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Malah lebih bahagia, bila suami begitu menghargai isteri.
Sebagaimana rasa kekaguman hati pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya kepada isterinya, Anati Ismail yang menjadi tulang belakangnya untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Perkara itu dikongsi oleh Fedtri menerusi entri di Instagram (IG) miliknya. Lebih menarik lagi, pada hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Bertepatan sangat ucapan yang ringkas penuh tersirat oleh personaliti ini.
“Wanita hebat ada di depan mata…”
“berjuang membesarkan putera – puteri harapan syurgawi ? ( sentiasa berperang di waktu pagi ?) demi sebuah ilmu.”
Fedtri dan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2 dan yang terbaru, cahaya mata keempatnya Ahmad Firaas Mevlana yang baru berusia 3 bulan.
Sumber: Instagram fedtriyahya
Begini Caranya Hibah Buat Ahli Keluarga. Perkongsian Ini Sungguh Bermanfaat.
Tahukah anda makna hibah? Hakikatnya ramai tahu tentang faraid yang sudah tetap dalam hukum tetapi ramai lagi yang tiada pendedahan mengenai hibah.
Hibah memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kelak. Ia dilakukan ketika masih hidup.
Hibah adalah pembahagian harta antara yang terbaik mengelak pertelingkahan. Hibah juga adalah pemberian hadiah bagi pembahagian harta.
Ikuti perkongsian oleh ini Mohd Fhais yang bermanfaat yang menjelaskan golongan yang kena ada hibah supaya nasibnya terbela.
Inilah 9 Golongan Kritikal Kena Ada Hibah Yang Ramai Orang Tak Tahu Beserta Hujahnya
1 – Keluarga yang tiada anak
Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami.
2 – Keluarga yang ada anak perempuan sahaja
Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah ( penghabis harta ). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka.
3 – Keluarga yang ada anak angkat
Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.
4 – Suami yang ada isteri lebih dari seorang
Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.
5 – Samaratakan bahagian anak lelaki dan perempuan
Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.
6 – Tidak berkahwin
Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.
7 – Isteri muda
Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umur isteri muda itu. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.
8 – Rumah ada nama suami dan isteri
Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akam jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.
9 – Keluarga yang ada anak istimewa
Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih perlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Perunding hibah bertauliah
p/s : Semua orang wajib tahu ilmu ni kerana semua orang akan alami masalah ini.
nsnsh
Faham Kepayahan Ibu Ayah, Anak Nak Ganti Duit Guna Belanja Sekolah
Kalau dikumpulkan seluruh kasih sayang kita untuk membalas kasih sayang ibu bapa kita, nescaya kita tidak akan mampu melakukannya.
Kedua ibu bapa kita telah menumpahkan kasih sayang mereka kepada kita semenjak kita dalam rahim ibu kita lagi, di saat itu kita masih segumpal daging, belum lagi digelar manusia. Namun, kasih sayang mereka sudah ada terhadap kita.
Begitulah dengan perkongsian lelaki ini yang sebak melihat sikap anak sulungnya yang memahami susah senang keluarganya.
Ekoran dek belanja melebihi yang dirancang, anaknya berasa serba salah hingga meminta belanja sekolahnya sebagai ganti.
Ikuti lanjut perkongsian oleh Edi Arjuna Pencerita ini. Kisah yang menyentuh hati.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Anak aku yang sulong ni dah 2 hari ada di Bukit Jalil, jadi wakil sekolah dia untuk pertandingan Techlympic peringkat kebangsaan. Dia mintak ibu dia pi tengok pertandingan tu, nak ada semangat ibu. Aku pula kena jadi wakil dia di anugerah kecemerlangan kat sekolah dia kelmarin.
Semalam, masa tengah bina model, banyak barang yang tak cukup. Penganjur sediakan yang asas ja, yang lain-lain peserta kena usahakan sendiri. Pihak sekolah cuma sponsor transport, makan dan penginapan. Mujoq jugak ibu dia ada sana boleh tolong belikan barang.
Dah habis beli, dia terkejut tengok kos dah melebihi budget yang aku bagi kat dia. Memang terpaksa guna duit ibu dia la. Duit yang ibu dia guna tu aku bagi untuk ibu dia buat belanja.
Jadi, dia wasap aku dengan penuh rasa bersalah. Suruh aku ganti duit ibu dengan duit sekolah dia selama 2 bulan . Adoi laa..
Macam lawak pun ada budak ni, tapi terasa sebak juga dada seorang ayah.
Bila anak cakap macam ni, ertinya anak tu faham susah payah ibu dan ayah dia. Anak tu tahu ayahnya bukan orang senang, anak tu mengerti betapa susahnya nak cari duit demi kejayaan anak anak.
Ayah-ayah kita dulu pun macam ni. Pernah kita nampak ayah melengung sebab tak ada duit? Pernah kita nampak ayah pening fikirkan duit sekolah anak? Pernah kita nampak ayah tak tidur memikirkan esok nak bagi anak makan apa? Pernah kita nampak keringat ayah jatuh ke tanah? Pernah kita sedar ayah menangis atas sejadah memohon rezeki dari Allah?
Jarang jarang kita nampak semua tu. Ayah pandai sorok kesusahan dia. Yang kita tahu, mintak ja ayah bagi, sebut ja ayah hulur. Ketat macam mana pun ayah usahakan juga. Ayah letak keperluan dia pada carta paling belakang, keperluan dan kejayaan anak mesti letak di depan.
Anak…
Ayah dan ibu tak minta ganti dengan wang ringgit. Ayah dan ibu cuma nak kamu ganti dengan berusaha bersungguh sungguh. Berjaya atau tidak, itu perkara nombor dua. Kesungguhan kamu yang perlu dibuktikan dulu. Kerana pengorbanan ayah dan ibu bukan untuk diri kami sendiri, tapi untuk masa depan kamu.
Jangan risaukan rezeki ayah ibu. Kerana Tuhan dah janjikan rezeki kami, begitu juga Tuhan dah janjikan rezeki kamu. Moga beroleh kejayaan buat anak anak kita semua
Sumber: Edi Arjuna Pencerita
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Sampai Tersasul Husband Panggil Nama Kita” Penyampai Tersasul Bila Baca Berita Dengan Isteri
Lumrah pasangan suami isteri bahagia tentu sahaja ada nama manja masing-masing yang biasa dipanggil ketika di rumah.
Mempunyai pasangan yang bekerja di pejabat yang sama tentu sahaja ada pro dan kontranya. Antara kelebihan suami isteri sepejabat tentu sahaja memudahkan urusan pergi kerja dan pulang ke rumah selain boleh makan tengahari bersama-sama.
Begitulah mungkin yang dirasakan oleh pasangan pembaca berita Samsia Samsi dan suami Nazrie Fahmie yang bertugas di rangkaian stesen TV RTM.
Kesempatan bertugas pada slot berita yang sama bukan selalu diperoleh oleh pasangan suami isteri yang bertugas sebagai pembaca berita di stesen yang sama.
Sebagai momen kenangan, Samsia berkongsi video rakaman berita ketika dia bertugas bersama suami pada tahun 2020 di TikTok dengan kapsyennya.
Baca dgn member ❎
Baca dgn husband ✅
@samsiasamsisampai tersasul husband panggil nama kita 🙈♬ original sound – samsiasamsi
Perkongsian video tersebut mengundang usikan daripada rakan-rakannya bahkan turut mendapat perhatian daripada pengikut TikTok Samsia yang turut mengusik pasangan tersebut.
Dalam video tersebut kelihatan Nazrie sebagai pembaca berita utama slot ‘Berita Wilayah’, perlu menyerahkan tugas menerangkan butiran lebih terperinci tentang satu laporan mengenai isu pembuangan sampah kepada isterinya yang bertugas sebagai pembaca berita slot berkenaan.
Ketika penyerahan tersebut, Nazrie mempersilakan Samsia meneruskan bacaan beritanya dengan menyebut “silakan Sam” walau bagaimanapun dia kedengaran seperti tersasul sedikit sebutannya.
Sekiranya didengar sekali imbas seolah-olah Nazrie menyebut ‘silakan sayang’, bahkan di ruangan komen ramai warganet bertanyakan soalan tersebut.
Dalam ruangan komen, Samsia menafikan dakwaan tersebut namun menjelaskan suaminya tersilap memanggil nama gelarannya ‘Sam’ yang mungkin kedengaran seperti bunyi ‘sayang’ oleh sesetengah orang.
Malahan ada juga yang sporting memberitahu apa salahnya kalau sebut perkataan ‘sayang’ dan isteri pula boleh jawab ‘terima kasih abang’.
Menurut Samsia, kalau dia berkelakuan seperti itu tentu sahaja selepas ini tiada lagi peluang untuknya membaca berita di stesen televisyen.
Sebagai seorang yang profesional tentu sahaja pasangan suami isteri yang bekerja di syarikat yang sama sentiasa menjaga etika tata susila di tempat kerja apatah lagi bagi mereka bekerja bersiaran secara langsung di kaca TV seperti Samsia dan suaminya.
Pasangan Samsia dan Nazrie yang sudah berkahwin empat tahun telah dikurniakan dua orang anak perempuan.
Sumber: samsia.samsi & samsiasamsi
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini