Manis Masin, Lemak, Elok Seri Muka Ni. Setanding Dengan Rupanya!

Share

Selalu kalau tengok orang buat kuih terutamanya kuih seri muka, cantiknya bentuk dan rupanya. Rasa jangan cakap lah, gerenti sedap!

Itu baru tengok orang buat. Kalau diri sendiri, terus rasa nak berani nak mencuba. Sekali buat menggerutu permukaannya, terus give up nanti!

Jangan gitu, aaaa cer try je buat! Mana tahu kali ni menjadi dengan resipi dan tip dari Yang Shiela ni. Jom cuba!

RESIPI SERI MUKA

Kuih seri muka
Pertama kali buat 🤭
Untuk yang x berapa reti buat kuih macam sy ni boleh la cuba..

Sy ade sediakan resepi sekali.. tq semua

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (pulut
kukus)

2 cawan/ 400 g pulut
2 cawan/ 250 ml santan cair
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
Sedikit minyak (untuk gris Loyang)

Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):

8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil jintan manis
3/4 cawan air
kita nak blend hasilkan 1/2 cawan pati pandan

Bahan-bahan untuk lapisan atas (B):

1 ½ cawan/ 190 ml santan pekat
1 cawan/ 200g gula putih
1/2 cawan/ 60g tepung gandum
5 biji telur size A
1/2 cawan/ 62 ml pati pandan (Bahan A tadi)
1 sudu kecil garam
setitik dua pewarna hijau

Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk lapisan bawah (pulut
kukus):

– Rendam pulut minimum 2 jam, kemudian tapis airnya.
– Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula garam dan daun pandan.
– Kukus selama setengah jam atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gembur-gerburkan sedikit.
– Gris loyang dengan minyak. Lapik dengan kertas baking. Boleh juga kalau nak guna plastic.
– Tuang pulut kukus, tekan-tekan supaya rapat.

2. Cara-cara untuk kuih seri muka:

– Kisar semua bahan (A) dan kemudian tapis.
– Kisar sehingga halus kesemua bahan (B) bersama ½ cawan bahan kisar (A).
– Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu, tujuan supaya melekat bila kukus nanti.
– Tuang bahan kisar lapisan hijau.
– Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak

Tips:

– Bahagian pulut kukus kena lebih berasa
sikit masinnya supaya dapat seimbangkan dengan rasa manis bahagian atas hijau.

– Tunggu kuih sehingga betul-betul sejuk
dahulu barulah dipotong. Kalau masih panas nanti kuih lembik dan tak cantik bila potong.

– Sapu pisau dengan sedikit minyak supaya mudah dipotong.