Manis-Manis Lemak Bubur Asyura Versi Utaqa. Senang Je Cara Nak Buatnya, Bahan Pun Mudah Dapat!

Share

Sempena bulan Muharram, selain berpuasa, masyarakat Muslim juga menghidangkan bubur asyura bagi menyambut kedatangan bulan Muharram. Bubur asyura sering dimasak ketika 10 Muharram sempena memperingati beberapa peristiwa penting dalam sejarah umat Islam seperti hari Nabi Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada ketika itu.

Diceritakan, bubur asyura dikaitkan dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar – maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada dan sehingga kini dinamakan bubur asyura.

Bubur asyura ada pelbagai jenis cara buatannya, hari ni sis nak belanja resipi orang utaqa dari resipi dari Selera Tok kedah , makan sejuk-sejuk sedap oi! jom cuba.

Resepi Bubur Asyura Kedah

Bahan-bahan:


500g tepung beras
250g gula
250g gula merah
100g kacang kuda
100g kacang hijau
100g kacang merah
100g kacang tanah
10 biji pisang emas
2 tongkol jagung
1 biji keledek
1kg santan
2 liter air
Garam sikit
(Boleh tambah sepotong labu kalau suka)

Cara memasak:
1. Rendam semua jenis kacang. Kemudian pergi memancing dulu.
2. Balik memancing rebus kacang sampai empuk.
3. Potong dadu keledek.
4. Bancuh tepung dengan air sampai cair.
5. Panaskan kuali besar. Kawah pun boleh.
6. Masukkan santan, tepung yang dibancuh tadi, gula, gula merah dan keledek.
7. Tunggu keledek empuk sikit. Masukkan semua kacang dan jagung.
8. Kacau dan terus kacau..
9. Bila dah empuk semua akan jadi semakin pekat.. kalau dah pekat tapi belum empuk tambah air sikit..


10. Masukkan pisang emas yang dipotong dadu..
11. Masukkan garam sedikit saja..
12 . Kacau sampai agak kering.
13. Tuang ke dalam talam dan biar sejuk.. baru potong.. siap.. hmmm sedapnyaaaa!!!!