
Penampilan terkini Tengku Permaisuri Selangor, tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang anggun mengenakan hijab menjadi perhatian orang ramai dan mendapat pujian umum.
Berangkat pulang dari mengerjakan haji ke tanah air pada 4 Julai lalu, baginda mula dilihat menggayakan tudung dalam menghadiri acara-acara rasmi.
Terbaharu, TPS berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara, baru-baru ini dengan menggayakan busana serba merah jambu berselendang dan memilih tudung bawal sebagai pelengkap gaya.
Meninjau di ruangan komen, Netizen meluahkan perasaan gembira melihat baginda dengan penampilan baharu.
Sumber : Instagram @selangorroyalofficial
“Hutang Sebabkan Kita Penat Kerja Siang Hari Dan Malam Tak Lena Tidur”- Ustaz Ni Kongsi 3 Doa Untuk Mudah Selesaikan Hutang!

Berhutang itu sangatlah mudah, tapi untuk membayar hutang itu amatlah payah. Itu yang sering berlaku dalam hidup ini. Lantaran itu selagi boleh, cubalah elakkan diri daripada berhutang. Kumpullah duit untuk dapatkan sesuatu dan janganlah terlalu membiasakan diri dengan sikit-sikit nak berhutang.
Hutang akan menyebabkan kita penat bekerja di siang hari dan tidak lena tidur di malam hari. Untuk itu segeralah bebaskan diri daripada belenggu hutang dan cubalah amalkan 3 doa yang baik ini agar Allah mudahkan urusan menyelesaikan hutang.
Apakah 3 doa itu?
Ini dijelaskan sepertimana perkongsian daripada Ustaz Kahirul Anuar Basri yang juga merupakan penulis buku dan motivator al-Quran untuk panduan bersama.
Jangan Mudah Berhutang
Jangan ajar diri mudah untuk berhutang. Sikit-sikit berhutang. Sikit-sikit berhutang.
Kalau bayar takpe la lagi. Ini berkurun lamanya. Hutang tak setel-setel jugak.
Asbab hutang, adik beradik boleh bermasam muka. Asbab hutang, pertalian saudara boleh terputus. Asbab hutang, kawan baik sejak sekian lama pun boleh hilang sekelip mata.
Rasulullah SAW sebut, orang yang suka berhutang, dia akan suka menipu. Orang yang suka berhutang, dia akan suka berjanji. Lepas tu dia akan mungkir janji.
Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut oleh tuannya. Orang yang mati syahid akan diampun semua dosanya kecuali hutang. Jiwa orang berhutang akan tergantung sehinggalah dia selesaikan hutangnya.
Lari Dari Hutang Dilihat Sebagai Pencuri
Masalah dengan orang yang berhutang ni ialah dia nak tunggu duitnya sedebuk nak terus selesai hutang. Nasihat saya, tak payah tunggu sedebuk.
Mula la bayar sikit-sikit. InsyaAllah tak lama kemudian, selesailah hutang kita tu. Ia jauh lebih baik daripada tak bayar langsung.
Orang yang usaha bersungguh-sungguh untuk bayar semua hutangnya, Allah akan mudahkan urusannya mencari rezeki.
Orang yang memang niatnya nak lari dari bayar hutang, Allah akan melihatnya di hari kiamat sebagai seorang pencuri.
Amal Doa Mudahkan Urusan
Ada 3 doa yang baik untuk diamalkan agar Allah mudahkan urusan menyelesaikan hutang.
✅ اللهمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَاْثَمِ وَ المَغْرَمِ
“Ya Allah SWT, aku berlindung kepadaMu dari berbuat dosa dan banyak hutang”
✅ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
✅ اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu daripada bergantung kepada selainMu.”
Selamat pagi kawan-kawan.
Hutang akan menyebabkan kita penat bekerja di siang hari dan tidak lena tidur di malam hari.Jangan suka berhutang. Jangan ambil mudah dengan hutang. Catatlah semua hutang. Bayarlah hutang keseluruhannya secepat mungkin sebelum kita meninggal dunia.
Sumber : Khairul Anuar Basri
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ini Doa Untuk Anak-Anak Dan Diri Kita Sendiri Agar Rezeki Melimpah Ruah!

Ini lah doa Nabi Muhammad Saw kepada Anas Bin Malik yang membuatkan beliau menjadi sangat kaya raya!
Sebagai seorang ibu, amalkanlah doa ini setiap hari untuk anak-anak. Sebab doa seorang ibu ini sangat mujarab dan tiada hijab.
Sebagai seorang anak, boleh juga amalkan doa ini untuk diri sendiri. Kita sama-sama hafal dan membaca doa ini selalu.
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maa lahu, wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa baariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya, luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan juga untuk diri kita sendiri :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku dan berkatilah aku pada semua kurniaanMu dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku.
Tahu tak, kesan daripada doa ini, Allah swt telah panjangkan umurnya sehingga 104 tahun, mempunyai anak seramai 120 orang, ada harta yang sangat banyak dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW. Subhanallah!
Jadinya, rugi sangat kalau kita terlepas untuk baca doa ini lagi-lagi pada 7 waktu mustajab doa :
1. Waktu antara azan dan iqamah
– Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
2. Semasa hujan turun
– Waktu hujan turut membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering, waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
3. Ketika sujud dalam solat
– Rasulullah saw bersabda : “Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka berbanyakkanlah berdoa ketika itu.” (HR Muslim, 482)
4. Ketika sebelum salam dalam solat wajib
– Rasulullah saw bersabda : “Ada yang bertanya : Wahai Rasulullah, bila doa kita di dengar oleh Allah? Beliau bersabda di akhir malam dan di akhir solat wajib.” (HR Tirmidzi, 3499)
5. Sepertiga malam terakhir
– Ketika waktu ini, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia & mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
6. 2 waktu pada setiap hari jumaat
– Rasulullah saw bersabda : “Hari jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan dan dimaklbulkan, maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
– Selain itu, 1 lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
7. Hari Arafah pada musim haji
– Sesiapa yang sampai ke sini sangat beruntung sebab berpeluang untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, lebih-lebih lagi pada musim Haji! Sabda Rasulullah saw : “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Sama-sama kita berdoa semoga segala amalan doa kita ini berterusan dan dengan izin Allah dapat diterima di sisi Allah.
Kredit: Nur Aliah Mohd Nor
Kehilangan Sesuatu Dalam Keluarga Memang Sedih. Ni Dr Maza Kongsikan Doa Indah Untuk Tenangkan Hati!

Umumnya bila seseorang diuji dengan kehilangan sesuatu yang disayangi dalam diri mereka, seakan hampir sukar untuk menghadapi semua itu dengan begitu tenang dan sabar walau hakikatnya kita sendiri tahu ujian itu juga adalah tanda rahmat Allah buat kita.
Untuk itu, dalam mendidik diri dan hati untuk menerima sebuah kehilangan, Dr Maza berkongsi doa indah untuk sama-sama kita amati dan fahaminya. Ini perkongsiannya.
KURNIA ALLAH ATAS KEHILANGAN SESUATU
Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kala kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita.
Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah.
Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikan Nabi Lut kehilangan isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas diri dari golongan yang tidak seiras bahkan menjadi musuh kepada agenda dakwah mereka, yang memburukkan persepsi dan merosakkan sanubari.
Penyakit apabila lama ia bersarang, kita merasa biasa. Demikian juga kadang harta ataupun manusia yang boleh membawa musibah kepada dunia dan akhirat kita apabila lama kita bersama dan bergaul dengan mereka. Lalu kita mula selesa dengan keburukannya.
Kehilangan harta ataupun manusia tertentu mungkin satu kurniaan Tuhan sepertimana Tuhan menghilangkan penyakit tertentu dari kita.
Apabila kita sentiasa beristikharah, berdoa dan bermunajat kepada Allah dalam setiap urusan, maka kita tidak akan kecewa atas apa kehilangan sekalipun. Kita tahu Allah mempunyai agenda rahmatNYA untuk kita. Sebaliknya kita akan mensyukuri sesuatu kehilangan, bahkan menikmatinya dengan penuh kemanisan iman dan melihat cinta Allah seluas ufuk timur dan barat.
Apabila kita meminta dari Allah sesuatu, lalu DIA memberinya kemudian menghilangkannya, maka kita tahu itu ada hikmatNYA. Dia mungkin mahu kita pelajari sesuatu, ataupun alami sesuatu dan kemudian setelah kita mendapat iktibar maka DIA pun menentukan agenda rahmatNYA yang seterus.
Maka doa yang indah yang diajar dan disuruh oleh Al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 80:
رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
Maksudnya: Wahai Tuhanku masukkanlah daku kepada tempat masuk yang benar (baik dan mulia) dan keluarkan daku tempat keluar yang benar (baik dan mulia) dan jadikan bagiku dari sisiMU kekuasaan (hujah) yang memenangkan.
sumber : DrMaza.com