Semalam tular seorang kanak-kanak diselamatkan bomba setelah menjerit meminta tolong yang terperangkap pada belebas tingkap di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini, ketika cuba melarikan diri daripada terus menjadi mangsa dera.
Terkini, sebagaimana dilaporkan Harian Metro, polis telah menahan pasangan suami isteri warga tempatan dipercayai terbabit dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, individu yang ditahan adalah ibu saudara dan suaminya yang berusia 33 dan 29 tahun.
“Terdahulu polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.40 petang berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai cuba untuk terjun daripada tingkat empat kondominium berkenaan.
“Berdasarkan siasatan kejadian berkenaan kemudian membawa kepada penangkapan pasangan suami isteri berkenaan pada jam 6 petang.
“Suspek wanita adalah adik kepada ibu kandung mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, suspek wanita tidak bekerja manakala suspek lelaki bekerja sebagai pemandu e-hailing dan semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.
Ads
“Tangkapan yang dijalankan turut membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adik mangsa.
“Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ini turut mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai akibat penderaan,” katanya.
Katanya, kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tinggal dengan suspek sejak dua tahun lalu selepas bapa kandung mereka meninggal dunia.
“Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Ads
Terdahulu, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di belebas tingkap dalam usaha untuk melarikan diri selepas dikurung di sebuah kondominium.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenan.
Kisah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A, Muhammad Syahril Saidi terus menjadi perhatian wargamaya mengenai nasib dan masa depannya. Bahkan kediaman Syahril masih dikunjungi orang ramai walaupun hampir seminggu berita kejayaannya dan kehilangan ibunya telah berlalu.
Berkongsi perkembangan terkini, Syahril, 18, berkata, setakat ini dia akan kembali meneruskan persekolahan di Maahad Yaakubiah, Kampung Nipah di sini, sementara menunggu kemasukan ke universiti. Ini sebagaimana memetik di Harian Metro.
Menurutnya, dia mahu meneruskan pelajaran di tingkatan enam dan menduduki Sijil Pelajaran Tinggi Agama (STAM) sebelum memilih untuk meneruskan pengajiannya.
Katanya, jurusan yang dipilih kelak adalah bidang agama di mana-mana pusat pengajian, universiti dalam atau luar negeri.
“Kalau saya nak terima mana-mana tawaran, urusan berkenaan akan dibincang bersama keluarga dan pihak berkaitan.
“Cuma setakat ini, saya boleh cakap, saya akan kembali ke sekolah (Maahad Yaakubiah) selepas seminggu bercuti menguruskan kematian Umi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kandis di sini, hari ini.
Syahril berkata, dia juga berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang hadir ke rumahnya setiap hari selepas tular kisahnya menjaga ibu yang sakit, Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.
“Cuma bagi saya, kita dah boleh tutup (perhatian) terhadap saya, bagi menghormati kehidupan ahli keluarga lain seperti kakak, ibu bapa saudara, sebab ada juga yang ambil kesempatan dengan mengaku ahli keluarga, saya risau juga keselamatan ahli keluarga lain,” katanya yang memohon orang ramai memahami keluarganya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan suami isteri bila mana mengetahui bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Demikian juga dengan pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan isterinya Nurida Suraya.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Rizman memuat naik gambar dan dua keping video yang menunjukkan si comel yang kini sedang membesar di dalam rahim isterinya.
Menurut Rizman, isterinya kini hamil empat bulan dan mengharapkan semoga anak yang bakal lahir kelak sempurna sifatnya.
Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. ❤️ . Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. . . Amin amin ya rabbalalamin..!
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 September 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing. masing.
Rata-rata yang mengikuti perkembangan pereka fesyen ini menitipkan ucapan tahniah. tidak ketinggalan rakan kongsi Rizman turut meninggalkan komen tahniah di ruangan berkenaan.
jamil.ruzainiAlhamdulillah, congratulation my brother and sister 😘.
Selain itu, pengikut Rizman juga turut berbuat demikian dan mendoakan semuanya dipermudahkan.
Biasanya kita akan bercucuk tanam dengan pasu. Istimewanya perkongsian ini, apabila menunjukkan cara menanam pokok dengan menggunakan botol. Selama ini banyak botol dibuang ajer. Rupanya boleh guna untuk tanam pokok, kreatif.
Menariknya beliau menggunakan bayam brasil menggunakan kaedah ini. Lepas ni, jika ada botol minyak jangan dibuang. Boleh dibuat sebagai ganti kepada pasu.
Ikuti perkongsian ini.
Salam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.
Ikuti langkah bercucuk tanam cara jimat ini.
Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun
Bawah botol pun perlu ditebuk.
Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas. Bahagian bawah tebuk juga utk laluan lebihan air.Cara nak masukkan tanah ke dalam botol. Guna tanah yang dibeli kt nursery, mcm tanah organik.Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang b.b.Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.Ni contoh yg dah lama ditanam.
Kreatif! Lepas ni jangan buanglah botol-botol kosong. Selamat mencuba!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...