Sebak rasanya membaca berita tiga beranak yang terlibat dengan insiden terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang semalam.
Dan terkini sebagaimana dilaporkan Berita Harian mayat Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai kira-kira jam 3.30 pagi di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggelam di dasar sungai berkenaan.
Kereta jenis Proton Persona itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Ads
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata terdahulu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya serta Baling melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan pada jam 6.42 petang berhubung insiden itu.
Beliau berkata, pasukan kemudian berjaya mengesan kedudukan kereta terbabit di dasar sungai itu kira-kira jam 11 malam tadi.
Ads
“Anggota melakukan penandaan di tempat yang dikenal pasti sebelum anggota penyelam daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman, mengesahkan kenderaan itu berada di lokasi.
“Susulan itu, proses menaikkan kenderaan terbabit dilakukan mulai jam 11.30 malam hingga 3.30 pagi tadi. Kereta itu kemudian berjaya dibawa naik ke atas jambatan.
Ads
“Tiga beranak terbabit ditemukan tidak tersepit di bahagian belakang kereta itu. Mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di lokasi pencarian, awal pagi tadi.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Untuk itu, sudah tentu memerlukan sikap yang saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.
Dengan ini sudah tentu hubungan makin sweet dalam mewujudkan keharmonian yang berterusan.
Pelbagai petua untuk kekal bahagia. Barangkali petua ini boleh dijadikan panduan untuk kita muhasabah diri untuk menjadikan diri dan pasangan kita terus sweet.
1.Utamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2.Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3. Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4.Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5.Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
6.Bertolak Ansur
Sikap ini sangat penting dalam hubungan suami isteri. Jika berlaku perselisihan, perlu ada sikap mengalah dan jangan mudah marah. Jangan mementingkan diri dan asyik menegakkan pendapat sendiri sehingga perselisihan tersebut berpanjangan, lebih penting utamakan hati pasangan dan tamatkan perselisihan dengan segera. Jangan sesekali kecewakan pasangan dalam apa-apa jua situasi.
7.Hormat Antara Satu Sama Lain
Menghormati pasangan sangat penting terutamanya apabila berada di hadapan orang lain, iaitu tidak menjatuhkan maruah mereka dengan tidak menyindir dan memerli pasangan, jauh sekali membuka kisah silam yang mengaibkan.
Hal ini termasuklah mengusiknya dengan alasan bergurau. Kadang-kdangn tanpa kita sedari kita telah melukakan hati pasangan dan membuatnya kecewa dan terasa hati dengan kita.
8. Sentiasa Memaafkan
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas.
Contohnya menceritakan kepada pasangan tentang percintaan kita dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu. Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.
9.Jujur Dan Tidak Berahsia
Bercakap benar dan tidak berbohong akan menjadikan pasangan yang sangat dipercayai. Dengan bersikap jujur juga akan menimbulkan rasa selesa.
Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan tidak puas yang sedia ada.
Tunjukkan perasaan sebenar dan berterus terang untuk kebahagiaan bersama, selain menjadikan pasangan tersebut lebih terbuka dan bersefahaman, serta saling mempercayai.
10.Jauhi Perbuatan Yang Menyakiti Pasangan
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasannya. Jika pasangan kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.
Sumber: tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-kanak perempuan 11 tahun tahan sakit lebih sejam, jari manis tersekat tombol pintu. Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu di rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas Balung, Tawau, Sabah pada Ahad.
Susulan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memotong tombol pintu berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak tersebut tersekat dalam tombol pintu sejak lebih satu jam lalu sebelum pasukan bomba tiba.
“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu tersebut sebelum berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.07 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.
Video lawak RM100 yang tular dan menjadi trend di Tik Tok kini turut memberi kesan kepada pasangan sebagai bahan gurauan suami isteri.
Pempengaruh, Bengah juga turut sama berkongsi kisah RM100 bila mana dia turut berdepan hal sama.
Bengah pada mulanya menyangkakan isterinya sekadar mahu bergurau ikut trend, namun rupanya telahannya salah sama sekali bila mana isteri kesayangannya meminta wang untuk membeli mainan buat putera kesayangan mereka.
Apa yang menarik perhatian pastinya sikap pemurah abang dan suami penyayang ini yang turut memberi lebih wang saku. Bukan RM100 tapi lebih. Memang terbaik.
“Ingatkan isteri nak buat lawak pinjam RM100 tu? Rupanya isteri Bengah nak shopping beli mainan anak. Takpe bagi lebih.
“Isteri Bengah ni, kalau dia nak apa-apa Bengah ajar jangan guna perkataan ‘PINJAM’ dekat suami. MINTAK JE!
“Kesian isteri ni, gaji tak tetap sebagai suri rumah sepenuh masa forever ever. Kalau tak dapat apa yang dia nak merajuk muka penuh macam bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Malah ujar Bengah lagi, dia tidak mahu terlalu berkira dengan isteri kerana isteri kesayangannya itu terlalu banyak tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga, anak dan adik kesayangannya.
“Bengah susah berkira dengan isteri. Tahu penat lelah isteri menjaga anak, sediakan makanan dan pakaian suami, urus mengemas rumah. Dan dia juga pandai main peranan jaga hati adik istimewa Bengah.
“Tak sempurna kalau tak bergaduh. Mesti la ada gaduh. Tapi bukan gaduh yang melarat. Gaduh penat dengan kerja seharian.
“Bengah pun ada cuba buat lawak PINJAM RM100 kat isteri. Memang dapat RM100 tu tapi kena bagi semula empat angka 😂 begitulah kehidupan suami ❤️ isteri,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, sikap suami, ayah dan abang yang penyayang ini pastinya dipuji ramai.