Memang benar, anak adalah cerminan ibu bapa. Apa sahaja didikan yang diberikan kepada anak-anak, ia akan menjadi panduan dalam hidupnya. Oleh itu menurut pendapat ibu ini di laman facebooknya Intan Dzulkefli “masa kita tak banyak, sedangkan tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.” Akibat kesibukkan mencari nafkah untuk keluarga, suami isteri kadang kala alpa dalam memberi pendidikan yang terbaik buat anak. Malah beliau menyentuh salah satunya adalah memanfaatkan waktu antara Maghrib dan Isyak dengan sebaiknya.
Jikalau kita biasa dengar tips rumahtangga yang soleh dan musleh, antara satu kuncinya ialah memanfaatkan waktu antara Maghrib & Isya’ dengan sebaiknya.
Sayang kalau pada waktu ini dihabiskan dengan berkocohan di dapur untuk memasak, atau duduk bersidai di depan televisyen menonton lakonan pelakon yang tidak menjaga ikhtilat dan aurat.
Wahai ibu bapa, Jangan harapkan sepenuhnya pada ustaz ustazah ajar anak solat, mengaji, ilmu agama.
Jangan bila maghrib tiba, kita sekadar kerahkan anak solat cepat, mengaji! Sedangkan si ibu duduk leka menonton drama duniawi. Si bapa leka menghadap game di telefon pintar.
Siapa orang yang kita kagumi keluarganya? Kita sejuk lihat cara didikan keluarganya?
Ustaz Ebit Liew yang sentiasa santun dan menghargai dengan anak isteri?
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa yang walau sibuk ke sana kemari dengan dakwah, urusan rumahtangga namun masih mampu menggenggam status Doktor Falsafah?
Ads
Ustazah Fatimah Syarha yang menginspirasikan Projek Mega Dalam Rumah untuk mendidik anak jadi hafiz hafizah sejak kecil?
Kalau kita perhalusi… agaknya apa yang mereka isikan semasa waktu 7-9 malam?
Ya.. tentulah dengan solat berjemaah & majlis taklim sesama keluarga. Waktu itulah suami menyemak bacaan al-Quran anak isteri, tasmi’ hafazan, atau berjemaah di masjid, mendengar kuliah agama dan sebagainya.
Hal ini kerana 2-3 jam ini adalah waktu yang kritikal. Waktu ini sahaja yang selalu mengumpulkan semua anggota keluarga bersama sementelah seharian mungkin sibuk dengan kerja dan persekolahan.
Malah, kalau berziarah ke rumah orang alim, televisyen hanyalah hiasan yang dibuka hanya apabila tetamu berkunjung ke rumah. Selebihnya perhiasan rumah lebih kepada rak buku yang bersusun-susun dipenuhi buku ilmiah & kitab-kitab ibarat perpustakaan mini.
Hiburan mereka adalah buku dan al-Quran!
Ads
Saya menulis bukan kerana saya bajet bagus. Astaghfirullah, jauh sekali. Terpulanglah sekiranya ada yang kata, poyonya tak ikut drama tv waktu senja. Atau bajet alim. Atau ketinggalan zaman tak ikut trend terkini.
Ada ramai yang kata, mereka tengok drama bukan waktu maghrib pun. Dah download dan lihat di waktu lain. Ya begitulah, tentu ada sahaja alasan untuk kita memenangkan pilihan kita.
Sayangnya, kalaulah kita boleh spend masa itu untuk hal pembinaan diri yang lain. Umpamanya membaca buku ilmu baitulmuslim & parenting.
Cuba tanya diri kita, berapa banyak buku ilmiah atau pembinaan diri yang kita berjaya habiskan dalam masa sebulan? Berapa banyak pula buku yang kita baca, ceritakan kepada anak-anak?
Saya berpendapat, sekiranya kita mahu menjadi orang yang hebat, ikutlah cara orang hebat mengemudi hidup mereka.
Ads
Untuk itu, tinggalkanlah perkara yang tidak membina keimanan, ubahlah rutin hidup kerana dari situ akan lahirnya akhlak dan jati diri.
Mulakanlah dari dalam rumah sendiri. Tentunya dengan menjaga tautan hati sesama suami, isteri dan anak-anak. Dan tali ikatan yang paling kukuh ialah dengan keimanan. Tentulah ini diraih dengan aktiviti yang di dalamnya mengingatkan kita dengan Tuhan. Solat berjemaah, taklim, bacaan al-Quran, misalnya.
Kerana sifirnya, “merapatlah kamu dengan al-Quran & tahajud, serapat mana kamu mahu kebahagiaan merapatimu.”
Masa kita tak banyak, sedangkan tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada. Manfaatkanlah masa dengan sebaiknya.
Kerana kita akan ditanya, masa yang kita ada, dengan apa kita telah isikannya?
Kerana masa kalau tak dihabiskan untuk iman & agama, ia tetap akan habis BUKAN untuk iman & agama.
.Saya berpesan untuk diri sendiri juga yang selalu lalai & leka juga. ?
kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi, apatah lagi insan tersebut sudah berada di sisi bertahun-tahun lamanya. Segala suka duka dan jerit perih dalam rumahtangga dilalui bersama. Namun kini semuanya tinggal kenangan.
Demikian lah situasi yang dialami seorang warga emas ini yang kehilangan isteri buat selama-lamanya akibat sakit tua.
Selepas 70 tahun melayari alam rumah tangga bersama, kini tinggal dia keseorang, sepi tanpa ada lagi kedengaran gelak tawa dan rajuk manja isteri tersayang.
Perkongsian video yang dimuat naik Inneke Santoso di tiktok menjentik emosi ramai bila mana melihat kesedihan pada wajah datuknya itu yang banyak menghabiskan masa dengan termenung.
Mungkin kerana mengenangkan arwah isterinya.Bahkan Inneke turut memberitahu, itulah pertama kali dia melihat datuknya menangis hiba.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang rata-rata melahirkan rasa sayu dan sedih dengan situasi yang berlaku pada warga emas tersebut. Apatah lagi, warga emas itu dilihat enggan meninggalkan pusara isteri kesayangannya itu.
Kemelut rumahtangga antara pelakon Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim telah berakhir dengan penceraian dua hari lepas telah memberi pelbagai reaksi dikalangan warga net sehingga menjadi trending di media sosial.
Mana mungkin pasangan yang dilihat bahagia tambahan pula sedang meraikan cinta kelahiran anak pertama tahun lepas berakhir dengan perpisahan juga setelah menunggu hampir empat tahun.
Bukan itu sahaja, melalui laporan akhbar pula mengatakan kadar penceraian semakin meningkat sejak akhir ini dikalangan golongan muda semakin runcing dengan alasan yang tidak masuk akal.
Menurut laporan, didapati dalam tempoh 5 tahun pertama perkawinan adalah yang paling mencabar, merujuk kepada kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 yang dijalankan oleh LPPKN yang dijalankan pada 2014.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata berdasarkan kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Antara punca-punca utama penceraian pada perkahwinan pertama oleh lelaki adalah tiada persefahaman sejumlah 56.2%, isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua atau ipar (10%).
“Manakala bagi wanita pula, 38% peratus menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%).”
Rentetan daripada itu, coretan yang dikongsi oleh seorang wanita ini, Syahirah Omar sungguhinspirasi yang memberi makna penuh tersirat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada kaitan dengan diri kita sama ada pasangan lelaki atau wanita.
Namun, antara dalam penulisannya, menyentuh ujian pasangan yang diambang perceraian yang akhirnya memilih berpisah itulah jalan terbaik.
Bak kata wanita ini, “jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.”
Jadi usah menyalahkan takdir. Setiap cabaran yang datang ada hikmah yang menjadi rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus, sujud dan berdoa sepuas-puasnya agar diberi jodoh yang baik-baik dan bahagia hingga akhir hayat.
Namun, siapa tahu, jodoh bertaut kembali jika diizinkan Allah. Apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Allah menciptakan segala sesuatu dengan kun, maka jadilah. Allah Ta’ala berfirman,.
Dan tidaklah Rabb yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Yasin: 81-83).
Harini aku nak tulis tentang ujian. Khas yang diuji dengan pasangan hidup. Kau cuba baca sampai habis ya? Pesanan buat diri aku juga, InsyaAllah.
Dalam hidup, Kau sentisa akan diuji. Paling berat jika diuji dengan pasangan. Sebab kita rasa sepatutnya dia menjadi penguat kita tetapi dialah yang sebaliknya. Sepatutnya dialah yang lindungi kita, tetapi tidak. Kita rasa dia yang patut mendidik kita tetapi dia hanyut jauhhhhh dari Allah. Kita rasa dialah tempat kita bercerita, Tetapi dia lebih berdamping dengan kawan-kawan, Dia lebih pentingkan telifon bimbit lebih dari kau. Kau bukan lagi “priority” dalam hidup dia. Pendek kata tiada lagi kemanisan dalam rumahtangga. Kau hanya teman di tempat tidur saja.
HATI MULA TERTEKAN
Akhirnya kau sangat tertekan. Setahun, dua tahun, tiga tahun, bertahun tahun kau rasa kau dah cukup sabar. Perkahwinan kau sangat hambar. Kau rasa kenapa dia bukan lagi seperti kau kenal sebelum berkahwin. Semuanya berubah. Kau rasa kau korbankan segalanya. Tetapi dia?
Hati kau sangat sakit kan? Kau rasa terlalu benci pada dia. Solusi hanyalah penceraian. Kau dah usaha macam-macam, Dia tetap tak berubah.
Inilah masalah diri kita. Di dunia ni kita rasa kita “control” segalanya. Kita yang rasa kita perlu buat semua keputusan. Sehingga kita depressed sebab kita usaha tetapi dia tak berubah. Kita rasa kita kena selesaikan segera. Sebabkan dia, habis hidup kita huru hara.
MUKJIZAT AL-QURAN
Kau rujuk Surah Al Qasas ayat 56 ( 28:56)
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Dalam ayat ni memang tidak ada kena mengena dengan masalah kau lalui. Tetapi inilah Al Quran.
Subhanallah, Allah dah beritahu dalam Al Quran pun sebenarnya. Cuba kalau kau letak diri kau di dalam ayat ni, maksudnya,
Kau, aku, makcik Hasnah atau siapa saja, takkan mampu ubah siapa pun makhluk atas muka bumi ni melainkan Allah.
Kau, aku, makcik Hasnah takkan mampu ubah takdir hidup kau sedaya upaya usaha sekalipun selagimana Allah tak mahu.
No matter what you’ve been through, it’s written. No matter what you know, it’s written. No matter what you do, it’s written. When Allah pushes you to the edge of difficulty, TRUST Him fully because two things can happen,
Either He’ll catch you fall or He’ll teach you how to fly.
MINTALAH DENGAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA KEPADA HAMBANYA.
Pertama sekali, Kau sabar dan tenanglah. Jangan focus untuk sesaikan masalah. Sebab kita takkan jumpa solusi. Kita hanya buat decision mengikut hati. Akhirnya kita yang menyesal nanti.
Hati dia, Allah yang pegang. Sedangkan seluruh alam semesta ni pun Allah boleh uruskan inikan pula hati dia kan?
Ujian yang Allah beri ni, bukan untuk dia tetapi untuk diri kita.
Ujian yang Allah beri ni bukan untuk ubah dia. Tetapi untuk ubah kita. Kau serahkan segala masalah kau kepada Allah, kau bersungguh-sungguh minta Allah beri jalan keluar.
Kau takut? Sujudlah Kau overthinking? Sujudlah Kau putus asa? Sujudlah Kau runsing? Sujudlah Kau sangat struggle? Sujudlah Kau cari Allah dan serahkanlah segalanya.
Kau taubat dan mintalah pada Allah sepuas-puasnya.
Kau hidup bahagia selama harini pun semua atas izin Allah. Kau bernafas ni pun semua atas izin Allah. Bukan atas usaha paru-paru kau pun sebenarnya. Dan berapa banyak cabaran kau dah lalui dalam hidup tetapi semua Allah selesaikan juga akhirnya kan?
Jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.
Aku pernah alami situasi begini. Bilamana aku tak faham makhluk bernama lelaki. Aku rasa aku boleh ubah dia. Rupanya tak. Tetapi semuanya berubah bila aku mula berubah. Aku mula mencari Allah. Hidup aku segala-galanya aku serah pada Allah. Semuanya berubah sekelip mata. Allah beri jalan keluar dalam setiap kekusutan aku dengan cara yang tak disangka-sangka. Sebab hati dia, bukan aku yg punya Hati dia Allah yang punya. Berubahlah kerana Allah. Jangan kau berubah kerana manusia. Sebab manusia ni tak ada apa-apa kuasa.
“EVERYBODY WANTS TO CHANGE THE WORLD, BUT NOBODY WANTS TO CHANGE.”
Kau tengok surah Ar Ra’ad ayat 11. “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”
Maka, berubahlah demi Allah. Allah takkan datangkan orang dalam hidup kita dengan sia-sia. Samaada dia datang untuk menambah iman kau, Atau dia datang untuk Allah tengok sejauh mana keimanan kau.
Bila kau rasa kau ada masalah komunikasi dengan manusia, itu tandanya komunikasi kita dengan Allah juga tak berapa nak cantik.
Bila kau rasa suami kau TAK BUAT seperti yang kau minta, Tanya balik diri sendiri,Kau dah buat ke belum semuanya apa yang ALLAH MINTA?
Jika kau rasa kau tak bahagia, Kau tanya balik apa tujuan kau kat dunia.
Lepas kau sabar,kau tenang, kau carilah nikmat yang boleh kau syukuri. Kau lihat semula apa yang KAU PATUT PERBAIKI. Bila kau serah semuanya pada Allah, kau akan nampak semula segala nikmat yang kau patut hargai. Bila hati kita sangat tenang, semuanya sangat jelas.
HIDUP INI SINGKAT
Hidup ini, terlalu singkat. Kau percayalah. Kau ubah diri kau, semuanya akan berubah.
Dan jika sekalipun perkahwinan kau tak dapat diselamatkan, Allah akan mudahkan segala dan beri 1001 jalan untuk bebas dari dia. Jika berpisah itu lebih menambah iman, berpisahlah. Jika bahagia kau bukan di Dunia, InsyaAllah dengan kesabaran kau menahan ujian di Dunia, Allah pasti akan beri kebahagian di Syurga.
Kesatlah air mata, Kuatkan diri cari Allah semula. Tanpa Allah kita tiada daya. Letakkan cinta Allah yang pertama. InsyaAllah kau tak sesat di Dunia.
****
Deep! Nyata perkongsian ini penuh pengajaran untuk bermanfaat bersama. Bagi rumahtangga bahagia jadikan ia peringatan diri. Manakala yang retak, jadikan ia pedoman penguat diri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biarpun telah berusaha untuk mengelak berlaku, ia tetap berlaku. Itu semua rahsia Allah yang pastinya ada sebabnya. Apa yang pasti muhasabah diri untuk menjadi hambaNYA. Hidup ini singkat. Nikmatinya selagi nyawa di kandung badan. Syukurinya dengan meneruskan kehidupan dengan penuh takwa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengalaman yang paling indah untuk para suami adalah apabila menemani isteri tercinta di dalam bilik bersalin. Saat itu antara debar, teruja dan pelbagai rasa terhimpun dalam diri.
Bukan tu je, pelbagai peristiwa lucu, mencuit hati dan macam-macam hal lagi berlaku. Malah, ada antara suami yang pengsan selepas menyaksikan isteri melahirkan anak.
Saudara NazriH menerusi laman Twitternya berkongsi pengalaman pertama menyambut kehadiran putera sulongnya mencuit hati ramai orang.
Antara sebab kau kena potong kuku wife kau dulu sebelum masuk labour room. Dalam gak ah cengkaman dia. Alhamdulillah wife aku dah selamat bersalin guys! It’s a BOY!!!
Antara sebab kau kena potong kuku wife kau dulu sebelum masuk labour room. Dalam gak ah cengkaman dia 🤣
Aku tolak wife aku masuk OT untuk pembedahan. Tuhan je tahu, mcm mana aku tahan air mata ni dari keluar mcm air paip. Takut weh. Serious! Doa mcm2 habis baca dah.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...