Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah yang boleh digambarkan kepada usaha yang dilakukan oleh seorang pegawai bomba ini. Walau tidak mempunyai ruang tanah yang luas, namun diusahakan juga untuk menanam nanas jenis Yankee.
Bermula daripada 10 anak pokok yang ditanam di ruang belakang rumah dan kini siapa sangka dia mempunyai 200 pokok nanas yang ditanam di kawasan lapang kawasan perumahannya. Memetik kisah inspirasi ini di Harian Metro, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Zuhan Shafei telah mengusahakan tanaman nanas jenis yankee di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.
Hobi Bercucuk Tanam
Dia yang menjadikan waktu lapang sebagai hobinya bercucuk tanam gembira apabila dapat berkongsi ilmu dengan penduduk taman berkenaan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kata orang berbudi kepada tanah pasti akan dapat hasilnya. Saya ambil kata-kata hikmah itu sebagai pedoman untuk bercucuk tanam walaupun kawasan lapang di taman perumahan saya tidak begitu besar.
“Alhamdulillah selepas lebih dua tahun mengusahakan nanas yankee ini, kini saya mempunyai lebih 200 pokok berbanding 10 pokok pada awalnya dan semuanya ditanam dalam polibeg di kawasan kejiranan.
“Saya memilih untuk menanam nanas kerana penjagaannya tidak rumit dan mampu bertahan walaupun tidak disiram selama seminggu,” katanya.
Menurutnya, setakat ini dia tidak menjual benih atau buah, sebaliknya hanya memberi kepada jiran walaupun ramai mahu membelinya.
Katanya, mungkin suatu hari nanti dia akan menjual buah dan benih kerana nanas itu kini berharga RM6 sekilogram.
VARIETI NANAS
Menurut perkongsian di facebook Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, sebenarnya terdapat lebih daripada 70 jenis varieti nanas di dunia yang terdiri daripada nanas segar (untuk makan) dan nanas hiasan?
Berikut adalah beberapa jenis varieti utama nanas segar yang terdapat di pasaran negara kita.
Selain Nanas Yankee, adalah Nanas Moris, Nanas Sarawak, Nanas Gandul, Nanas Maspine, Nanas Josapine, Nanas Moris Gajah, Nanas N36, Nanas MD2, Nanas View of Sunset, Nanas Madu Kaca dan Nanas Keningau Daiomond.
Sumber : myMetro & Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
ARTIKEL MENARIK:“Tak Nak Beli Kereta Mahal Dah. Serik….”-Dr Ni Kongsi Pengalaman Beli Kereta Bebankan Poket, Habis Duit Gaji!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club