Manfaat Timun Bukan Sahaja Bantu Turunkan Berat Badan, Boleh Bantu Hilangkan Nafas Berbau Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

Share

Timun antara sayur yang menjadi pilihan untuk dijadikan ulam-ulaman. Namun tahukah anda, sayuran ini juga sering digunakan dalam bidang perubatan.

Sejak zaman purba, timun telah digunakan sebagai ubat herba tradisional di India. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti, yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing.

Bagi mereka yang menghadapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Petua ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

43769946 – heap of fresh sliced cucumbers on an old wooden table

Khasiat Timun Untuk Kesihatan

Sayuran ini baik untuk kesihatan kerana ianya mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan dalam badan seseorang.

Untuk pengetahuan anda, timun dapat membantu penghidratan, melawan kencing manis, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melegakan sakit otot.

Bukan itu sahaja, paling menarik adalah ianya juga dapat melembutkan rambut serta kuku anda dan mampu untuk memperbaiki penghadaman dan tekanan darah.

Bagus betul. Lepas ini bolehlah makan timun banyak sikit.

Penghidratan Pada Tubuh

Air sangat penting untuk fungsi badan anda dan memainkan banyak peranan penting. Ia terlibat dalam proses seperti peraturan suhu dan pengangkutan produk sisa dan nutrien. Ia boleh diibaratkan seperti minyak pelincir yang menggerakkan mesin. Ini kerana, setiap organ yang bekerja dalam tubuh badan kita memerlukan air untuk melancarkan proses organ-organ ini berfungsi.

Walaupun anda banyak minum air, namun sesetengah orang mungkin mendapat sebanyak 40% air daripada bahan makanan mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran, khususnya, boleh menjadi sumber air yang baik dalam diet anda.

Oleh kerana timun terdiri daripada kira-kira 96% air, ia sangat berkesan dalam mempromosikan penghidratan dan boleh membantu anda memenuhi keperluan cecair harian anda.

Membantu Menurunkan Berat Badan

Timun berpotensi membantu anda menurunkan berat badan dalam beberapa cara.

Pertama sekali kerana ia rendah kalori. Setiap hidangan satu cawan (104 gram) mengandungi hanya 16 kalori, sementara keseluruhan timun 11oz (300 gram) mengandungi hanya 45 kalori.

Timun boleh dicampur dalam hidangan salad, sandwich dan makanan sampingan lain sebagai pengganti alternatif kalori yang lebih tinggi. Ini bermakna anda boleh makan banyak timun tanpa perlu bimbang pada kalori tambahan yang membawa kepada penambahan berat badan.

Detoksifikasi

Timun membantu hati untuk menghilangkan kotoran, sisa, dan juga membantu menghilangkan toksin terkumpul dari aliran darah dan usus. Ia juga membantu badan untuk mengeluarkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin.

Anda boleh amalkan minuman jus timun untuk mempercepatkan proses detoksifikasi.

Kesihatan Mata

Ia melembapkan kulit di sekitar mata anda kerana ia mengandungi 95% air. Vitamin E memainkan peranan penting dalam menyihatkan kulit anda, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan.

Amalkan makan timun secara teratur juga membantu meningkatkan penglihatan anda kerana ia mengandungi beberapa anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan mata anda daripada katarak.

Hyperpigmentation yang membentuk lingkaran hitam di sekitar kulit mata disebabkan oleh kurang rehat dan stres. Timun adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antioksidan yang terdapat dalam timun menghilangkan kerengsaan kulit.

 

 Kesihatan Usus
Untuk memastikan kesihatan usus anda, anda perlu memasukkan makanan yang berserat. Timun adalah salah satu makanan yang tinggi serat.

Sayuran ini juga mengandungi enzim yang disebut sebagai erepsin, yang meningkatkan proses pencernaan dan membantu tubuh untuk menyerap protein.

Atasi masalah mulut berbau

Mungkin ramai yang tak tahu, kebaikan timun juga adalah untuk membantu anda bagi menghilangkan nafas berbau. Bagaimana caranya?

Gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkan di antara mulut dan lidah selama 90 saat. Dengan cara ini, fotokimia akan membunuh bakteria yang menyebabkan nafas anda berbau. Mudah sahaja bukan?