
Susu badam mungkin sudah biasa bagi kita. Namun menggabungkan susu badam dengan campuran sedikit kunyit rupanya banyak kelebihannya pada tubuh terutama bagi wanita.
Susu kunyit badam ini sebenarnya baik untuk kecantikan kulit disamping mengatasi masalah lenguh-lenguh badan. Malah sesetengah kes juga mampu meredakan masalah senggugut yang berlaku kepada wanita. Tapi kenalah amalkan selalu.
Petua yang dikongsikan oleh Noor Shamera di facebooknya ini boleh kita cuba.
Banyak kebaikan susu kunyit badam ni. Elok diminum sebelum tidur. Antara kebaikan susu kunyit badam ni ialah baik untuk kulit, anti radang, sakit-sakit badan dan banyak lagi.
Bahan-bahan:
Susu segar
Serbuk kunyit
Badam
Gula perang
Madu
Serbuk lada hitam
Caranya:
1. Boleh gunakan susu segar atau susu rendah lemak. Saya gunakan susu tepung omega, masukkan susu tepung dua sudu makan, gula perang dan madu
2. Tuangkan air panas, kacau dan masukkan serbuk kunyit 1/2 sudu kecil.
3. Masukkan serbuk lada hitam secubit. Elok simpan lada hitam yang dikisar sendiri ye.
4. Kemudian masukkan serbuk badam 1 sudu kecil. Kisar badam dan simpan dalam bekas).
5. Taraaa. Kacau dan nikmati susu anda.
Khasiat Susu Kunyit
– Kulit cantik
– Penyakit Pernafasan
– Anti-radang
– Atasi batuk
– Sakit-sakit badan
– Senggugut
Selamat mencuba!
Kredit: Noor Shamera
“Melilau Ke Katil Pesakit. Semuanya Ada Al Quran Di Sisi. Allahu, Terjentik Hati Ini.” Perkongsian Petugas Kesihatan Wad Covid-19!

Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sehingga kini kes yang dilaporkan positif Covid-19 sudah lebih 2000. Rata-rata yang ditahan di wad akibat postif tidak dapat berhubung dengan dunia luar, apa lagi keluarga dan saudara.
Pun begitu, satu perkongsian dari seorang petugas kesihatan ini cukup menyentuh hati. Menurut Sukma Haidar suasana di wad cukup tenang dan mendamaikan dengan alunan azan dan tazkirah dari pesakit dari golongan tabligh.
Walaupun diduga dengan wabak yang cukup menggerunkan, namun mereka tetap tenang dan meneruskan usaha dakwah seperti tiada apa yang berlaku. Semoga diberi kesembuhan kepada semua pesakit Covid-19.
WAD COVID-19 YANG TENANG LAGI DAMAI
Hari ini kena ambil sample pesakit lagi. Kerja biasa bila ditempatkan di Hospital Tumpat yang berstatus hospital untuk pesakit Covid19 di Kelantan.
Aku melilau ke katil pesakit. Kesemuanya ad Al Quran di sisi. Allahu..terjentik hati ini.
Tengah ambil sample, azan zuhur berkumandang melalui corong ‘speaker’. Selesai azan, seorang pesakit (lewat 50an) menghampar kain putih di satu sudut di dalam wad. Lalu dia iqamat. Kesemua pesakit di dalam wad, kecuali seorang OKU terus menuju ke tempat itu. Sama-sama menunaikan solat jemaah. Semua. Dari pelbagai peringkat umur. Kosong katil mereka. Allahuu..
Usai solat, sesi tazkirah ringkas oleh imam. Sayup-sayup aku mencuri dengar, sambil menyiapkan step terakhir penyimpanan sample.
Sayu. Dan tenang sekali jiwa. Pertama kali dalam hidup, aku berasa tenang sekali masuk ke dalam wad. Setiap wad kini menjadi taman-taman syurga untuk setiap waktu solat. Aku yakin di wad lain juga perkara ini terjadi. Sungguh tenang masuk ke dalamnya.
Ya Allah. Ada hikmahnya Engkau menurunkan virus ini kepada golongan tabligh yang jelas fokus mereka adalah dakwah. Lihat sahaja sikap mereka ini, mampu membuka hati sesiapa yang melihatnya, dengan izinMu. Sedang pada kebiasaan hari-hari lain dahulunya, aku amat jarang sekali bertanya berkenaan solat pada pesakit. Sekarang, mereka yang dahulu menunaikan sebelum aku bertanya.
Wahai Tuhan yang menghantarkan virus ini. Engkau hantarkanlah juga ubat yang mampu menyembuhkan. Di dalam badan2 manusia soleh ini ada virus yang sedang mengancam diri mereka. Lindungi mereka, dan sembuhkan mereka. Hanya kepadaMu kami memohon Perlindungan.
Catatan 25/3/2020 @ 2035H
Coretan dari Petugas Kesihatan Wad Covid-19
Rupanya Ramai Tak Tahu Rahsia Cantik Dengan Air Basuhan Beras. Bantu Atasi Kulit Bermasalah & Wajah Lebih Flawless!

Air cucian beras usah dibuang begitu sahaja. Banyak mafaatnya untuk ibu-ibu cuba. Ada yang berkongsi tip yang mengatakan ia baik untuk tujuan mencantikkan kulit wajah nampak flawless’ serta mengatasi masalah kulit.
Nak tahu bagaimana kegunaannya? Jom baca kat bawah ni.
RAHSIA CANTIK DENGAN AIR BASUHAN BERAS.
Sebelum kita masak nasi, mesti kita akan bilas dahulu nasi sampai bersih, ya dak?? Haa untuk pengetahuan semua, jangan dibuang terlebih dahulu air cucian beras tu tau! Macam kakput guna air basuhan beras yang ketiga, plus air basuhan yang nak letak kat muka tu kakput akan guna air tapis. So lebih confident gituw.
Banyak kegunaan yang korang boleh guna sebenarnya. Nak tahu apa kegunaannya??
Jom baca kat bawah ni :
1)Mencerah dan menghilangkan bintik hitam
Kalau anda nak tahu, air beras sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Selain itu, air beras ini boleh menghilangkan jeragat malah protein yang terkandung dalam air beras dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit kita.
2) Pembersih wajah semulajadi
Ambil air beras yang kali ketiga selepas membasuh beras dan basuh kulit wajah anda. Tepuk-tepuk wajah dan biar ia mengering. Jangan lap tau, biar je ia kering sendiri okay! Kemudian, anda boleh bilas dan lihat hasil kulit akan jadi lebih segar.
3) Boleh Hilangkan jerawat
Ambil air cucian beras yang kali ketiga mencuci beras dan basuh wajah anda. Kemudian, biarkan ia mengering. Muka anda akan jadi sedikit pedih dan lama-kelamaan jerawat akan kecut.
4) Atasi masalah kulit berminyak.
Cuci muka anda dengan pencuci biasa, kemudian bilas dengan air cucian beras. Lakukan setiap hari dan anda akan peroleh hasil yang diingini.
5) Cerahkan kulit
Kalau nak putih cepat, basuh muka 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan sahaja lebih cerah, kulit anda akan jadi lembut dan halus.
6)Mengecilkan liang pori
Ambil kapas, kemudian korang celup dalam air cucian beras dan sapu pada wajah okay! Tekap pada wajah secara perlahan-lahan kerana ia akan mampu mengetatkan pori-pori dan ia akan kelihatan lebih kecil.
7) Masker rambut
Tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biar aje selama 20 minit okay! Lepas 20 minit, bilas guna shampoo tau.
Best kan? Jommmm amalkan 🥰
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sediakan Sate Raya Sendiri Tapi Jangan Sampai Lidi Terpatah, Begini Caranya!

Sememangnya sate adalah menu wajib ketika raya dan majlis rumah terbuka. Bimbang kos membuat sate yang sedikit mahal, ada baiknya kita buat sendiri bersama ahli keluarga. Barulah puas makan beramai-ramai.
Bestnya dapat buat sendiri sate di rumah bersama anak-anak. Selain dapat makan dengan banyak dan berselera, anak-anak pasti lebih seronok ketika proses membakar sate.
Mengipas sate beramai-ramai dan berebut-rebut kala sate sudah masak memang seronok. Momen sebegini pastinya buat anak-anak gembira. Kita pun rasa seronok dapat buat anak-anak terhibur.

Tapi yang selalunya jadi ‘spoil’ bila sate yang kita sediakan terhangus kerana gagal mengawal api. Tak kurang juga lidi yang mudah patah ketika proses membakar. Tahu tak sebenarnya ada cara yang diamalkan oleh pengusaha sate untuk pastikan lidi kekal mantap dan tak patah ketika dibakar?
Begini caranya.
Ikuti Langkah Ini:
1. Ambil lidi sate dan biarkan ia direndam terlebih dahulu di dalam air.
2. Biarkan selama 30 minit atau lebih.
3. Kemudian barulah dicucuk daging atau isi ayam.
4. Ketika membakar sate, adakalanya basahkan tangan anda dan ketika mengalihkan sate, bila anda pegang lidingnya, lidi akan kekal basah.
Teknik membasahkan lidi ini buat lidi jadi lebih lembut. Lidi yang lembut dan lembap akan menyukarkan ia terbakar. Senang kan?
Layan Resipi Sate Special
Resepi ‘special’ ini dikongsikan oleh seorang peniaga sate, Puan Fieza Aryan. Jadi jom kita cuba untuk anak-anak.

Sate Ayam Sedap
Bahan Perap:
1 ekor ayam -dipotong kecil
6 biji bawang besar
6 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Bahan Kuah:
1/2 kg kacang tanah
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 liter air
3 batang serai -diketuk
Bahan Nasi Impit Homemade:
3 cawan beras Siam -beras wangi pun boleh
5 cawan air
Caranya:
1. Kisar kesemua bahan perap (kecuali ayam, garam, gula dan perasa)
2. Gaulkan bersama isi ayam yang dipotong kecil.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Gaul rata. Biarkan di perap semalaman.
4. Untuk kuah kacang pula, goreng kacang tanah tanpa minyak dan buangkan kulitnya. Kisar hingga sedikit hancur.
5. Untuk kuahnya, panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga naik bau.
6. Kemudian masukkan air dan juga kacang yang dikisar. Kacau rata.
7. Ambil serai dan masukkan ke dalam kuah kacang. Biarkan hingga masak.
8. Untuk nasi impit pula, apabila nasi masak, masukkan ke dalam plastik.
9. Tekan kuat dan penyetkan nasi ketika masih panas. Biarkan hingga sejuk.
Selamat mencuba!