“Mana Pun Kita Pergi & Apa Orang Kata, Pelukan Bidadari & Anak Mengubati Segalanya. Luahan Ebit Lew Menyentuh Hati!

Share

Melihat beliau ke sana ke mari menghulurkan bantuan, ramai hati yang tersentuh, banyak jiwa yang bersyukur. Biarpun terselit cercaan dan kata-kata yang tidak sedap di dengar, namun empunya diri tetap tabah meneruskan usaha membantu orang lain.

Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa rindunya anak-anak yang menyambutnya pulang ke rumah.

Setelah banyak hari perjalanan yang buat hati sayu dan saya belajar tentang kehidupan. Rindunya bidadari saya. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.

Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.

Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku.

Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua.

Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia – ebitlew