Mana Nak Tuju Untuk Urusan Harta Pusaka? Ni Jawabnya Kalau Tak Tahu.

Share

Pengurusan harta pusaka diakui memang memerlukan proses yang panjang dan bukan semua tahu langkah-langkahnya.

Memberi lebih pendedahan tentang ini kepada umum, bagus kiranya membaca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.


Bekerja atau surirumah, itu bukan menjadi masalah dalam pengurusan harta pusaka…

Yang penting ialah pengetahuan tentang cara menguruskannya…

Bila ada yang kata, tengok pada kes baru-baru ni, sebab dia surirumah la dia kena macam tu…orang lain yang menguruskan harta arwah suaminya…kalau dia bekerja, mesti dia boleh uruskan sendiri…

Berapa ramai yang bekerja, yang ada pengetahuan tentang pengurusan harta pusaka?

Ke mana yang patut anda tuju untuk urusan ini? Kwsp? Perkeso? ASNB? Pejabat agama? Mahkamah syariah? Majikan arwah? Pihak perbankan? JPJ? Amanah raya? Tabung Haji?

Sebenarnya, anda hanya perlu pergi ke pejabat tanah, unit pembahagian pusaka…

Dah dapat surat perintah dari unit tersebut, baru p bank, JPJ, ASNB, Kwsp, Tabung Haji dan sebagainya…

Anda sendiri pun boleh mohon sendiri dan kalau payah sangat, tak berapa nak faham sangat, lantik seorang pentadbir yang uruskan semua ini on behalf…

Rujuk link dibawah untuk memahami keseluruhan proses pembahagian harta pusaka :

https://www.jkptg.gov.my/index.php/my/permohonan-pusaka

Simpan sebagai rujukan masa depan…bekerja atau surirumah tak patut dijadikan isu, yg perlu tahu dan ada ialah PENGETAHUAN TENTANG PENGURUSANNYA…

Semoga bermanfaat…

Sumber : Firdaus Shakirin