“Mana Mungkin Saya Lupakan Sejarah Itu…” Kenang Jasa Rakyat Malaysia, Bapa Ainul Mardhiah Tampil Bantu Mangsa Banjir

Share

Suatu ketika dahulu, rakyat Malaysia membantu menghulurkan bantuan ketika anaknya menjalani pembedahan akibat tumor di dalam mulut.

Sebagai ayah, Ahmad Safiuddin cukup berterima kasih dan terhutang budi  kerana anaknya, Ainul Mardiah sembuh dan membesar sihat kini.

Atas dasar itu, si ayah  sangat berterima kasih dan kini  tiba masanya pula untuk membalas kembali budi walaupun tidak seberapa.

Dia yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan memiliki pasar mini sendiri di Melaka akan mengedarkan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Menurut bapa kepada dia cahaya mata ini, walaupun tidak banyak yang mampu dihulurkan, namun diharap mampu meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Kenapa saya berazam nak bantu orang menggunakan kudrat saya adalah kerana anak ini. 

“Suatu ketika dahulu anak saya Ainul Mardhiah pernah dibantu oleh ribuan mungkin jutaan rakyat malaysia. 

Mana mungkin saya boleh lupakan sejarah itu dan kebaikan yang pernah saya dan keluarga terima. 

Alhamdulillah, hari ini anak ini sudah membesar dengan baik.

Selain keperluan makanan, Ahmad Safiuddin turut mengumpulkan barangan yang diinfaqkan orang ramai dan membawanya sama ke Selangor dari Melaka.

Barang bantuan yang disediakan dan telah dikumpulkan akan mula dibawa ke Selangor bermula Rabu dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

Alhamdulillah, terima kasih NCWO beri bantuan untuk mangsa banjir di Selangor. 

Asar Halmart kumpul barang sahaja. Kami tak buat sebarang fund collection sebab kami bukan NGO berdaftar. Boleh beli barang dari mana mana kedai dan drop je di Asar Halmart. 

Kita masih kumpul sehingga esok jam 4 petang ye.

Sumber: Ahmad Safiuddin