Mana Fresh Cream, Mana Pula Whipping Cream? Wanita Ni Kongsi Cara Mudah Nak Bezakan!

Share

Bagi kita yang sekali sekala ‘membaking’ tentu sahaja ada yang tidak mahir sangat dalam penggunaan bahan-bahannya. Terkadang terasa keliru, contohnya untuk membezakan antara penggunaan fresh cream dan whipping cream.

Jadi mengelakkan tersalah beli bahan, apa kata kita hadam perkongsian daripada wanita ini untuk membezakannya dengan cara yang paling ringkas.

Gambar hiasan

Nak tahu lanjut, jom baca perkongsiannya.

KELIRU MANA FRESH CREAM, MANA WHIPPING CREAM?

Ini petua kampung je. Takde saintifik punya terma bagai. Asal faham sudah, supaya tak tersalah beli dan tak keciwa.

Yang selalunya jadi confuse tu sebab dua-dua ada perkataan ‘Whip’ tu. Ok, jangan kisah perkataan ‘whip’ tu. Buat keliru je.

Mana boleh guna untuk apa?

OK first sekali kena faham 2 perkara ni dulu :

** DAIRY (Tenusu)
** NON DAIRY (Bukan tenusu)

DAIRY (WHIPPING CREAM)
Bila kata TENUSU je ingatlah susu (lembu). Ada perkataan UHT selalunya kat kotak. (Ultra Heat Temperature) biasanya memang untuk bahan tenusu. Dia rasa lemak, tawar dan tak boleh nak dibentuk. Dia power kat rasa yang lemak tu.

Cam ni cara nak ingat dia supaya senang faham : SUSU – LEMBU – LEMAK – TAKLEH BENTUK.

Dia semata-mata untuk rasa lemak yang sedap dan imej leleh-leleh tu, ia sesuai disenduk untuk makan sebab memang tak stabil. Contoh penggunaan : tiramisu, cheese leleh, aiskrim

sebelum dibekukan dan sebagainya.

FRESH CREAM / WHIP TOPPING
Bila kata BUKAN TENUSU je ingatlah lelemak sayuran (biasanya dari kelapa sawit). Biasanya lelemak sayuran ni ada rasa manis, sebagai agen stabiliti.

Cara nak ingat dia supaya senang faham : LELEMAK SAYURAN – KELAPA SAWIT – INGAT DAUN KELAPA SAWIT TU – INGAT BENTUK DAUN – BOLEH DI PIPING JADIKAN MACAM2 BENTUK.

Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff montok, dan apa-apa sahaja yang perlukan ‘volume’ untuk cantik!

So kita ada 2 perkara je kena faham. Satu susu (lembu), satu lagi kelapa sawit.

Apapun, keduanya takleh over beat. Cik susu akan terpisah jadi mentega, cik kelapa sawit akan mencair pula tak boleh dibentuk.

So, harapnya formula kampung ni dapatlah membantu kefahaman yang mana untuk yang mana.

Yang dah pandai, janganlah gelakkan ya. Kita dulu pun payah juga nak faham, baca punya baca punya baca.. bahasa sains daa.. haha.. pengalaman salah-salah tu jadikan kita tahu juga akhirnya.

Begitulah.
Ingat, susu (lembu)- takleh bentuk. (UHT)
Ingat, daun kelapa sawit – boleh bentuk. (TOPPING)

Moga bermanfaat!

Sumber : Nieza Nor Hamnira 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club