Kehilangan seseorang cukup disayangi tentunya begitu berat dan menyakitkan dirasakan, apatah lagi insan tersebut adalah ibu yang telah banyak menabur dan berkorban untuk membesarkan kita.
Benar, setiap yang hidup pasti akan mati. Bagi kita orang Islam, hanya tiga amalan yang akan dibawa sebagai bekalan untuk bertemu Allah swt, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.
Baru-baru ini sebuah video bacaan talkin yang dibacakan oleh seorang anak muda buat mamanya, cukup menjentik hati netezin hingga turut berasa sayu.
“Ingatlah bahawasanya mama sekarang sedang tinggal di alam barzah.”
Begitulah sebahagian bacaan talkin yang dibacakan oleh seorang anak untuk arwah ibunya. Rakaman penuh emosi itu telah dikongsikan di instagram
dan ternyata cukup menyentuh hati netizen yang melihat video pendek ini sehingga meraih lebih 7,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.Mengetahui lanjut, mStar ada berkongsi tentang keluarga ini.
Menurut Nur Faezah Mohd Ariffin, 42 mendedahkan siapa pemuda yang membaca talqin di dalam video tersebut, iaitu adik lelakinya Muhammad Neezam Mohd Ariffin,35. Video tersebut dirakam ketika pengebumian ibunya, Azizah Romli, 65 yang meninggal dunia pada Jumaat terakhir sebelum Ramadan.
“Talqin dibaca oleh adik kelima saya yang merupakan seorang ustaz kelulusan Universiti Al-Azhar. Kami 12 beradik tidak dapat menahan perasaan sedih apabila dia membacakan untuk mama kami sendiri.
“Sebelum ini kalau orang baca talqin tak ada sebut mama pun.Tapi bila adik sebut mama tu terasa sayu sangat, rasa macam kita pun bakal menyusul ke sana.
“Kami tak sanga yang mama akan pergi kerana dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. Cuma dua tiga hari sebelum itu mama ada cakap pada adik, mama tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang memberatkan untuk mama pergi. Mama dah berlapang dada. Katanya sambil menambah jenazah dikebumikan di Jitra, Kedah.
Tambah anak sulung itu, segala pengurusan jenazah dilakukan oleh mereka 12 beradik bersama ayah tercinta.
Menurut wanita yang mesra disapa Faezah itu, dia tambah pilu apabila hasrat ibunya untuk khatam al-Quran sebelum Ramadan tahun ini tidak kesampaian.
“Mama tinggal lagi 12 juzuk untuk khatam, tetapi dia tidak sempat nak habiskan dan ditakdirkan dijempur Ilahi pada Jumaat lalu, hanya empat hari sebelum umat Islam mula berpuasa.
“Ia seperti mama tinggalkan 12 juzuk itu untuk kami adik beradik selesaikan. Jadi 12 juzuk terakhir itu dibaca bersama-sama kami adik beradik ketika mama tenat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya.
Menurut Faezah, pemergian ibunya tentu sekali membuatkan kehadiran Ramadan tahun ini ternyata berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Malah katanya, hatinya terasa kosong memandangkan ini kali pertama berpuasa tanpa ibu tercinta.
“Kalau kita seorang diri memang terasalah sikit. Tapi bila berkumpul 12 beradik, terisi sikit kekosongan itu.
“Kami sekeluraga memang reda dengan pemergian mama dan bersyukur kerana perjalanan mama dipermudahkan Allah,” Katanya yang berasasl dari Kedah.
Sumber : mStar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Saksikan juga video Medic Keluarga ini untuk ketahui punca kemerosotan tulang & otot serta tips pemakanan yang baik.