Lama menantikan berita anak bongsu pasangan ini, akhirnya Datin Almy Nadia mendedahkan nama yang dipilih iaitu Nur Afrina Aisyah.
Lahir pada 8 disember tahun lalu, Pelakon Dan juga isteri kepada Dato’Fizz Fairuz ini bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.
“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.
“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.
“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” ujar Almy yang memuatnaik perkara tersebut menerusi satu perkongsian di Instagramnya.
Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.
Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.
Setiap anak-anak kita sebenarnya dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi. Cuma kita sebagai ibu ayah perlu bijak memainkan peranan untuk mencungkil dan seterusnya memberi pendedahan dan menunjukkan ‘jalan’ agar bakat yang dimiliki oleh anak-anak dapat diketengahkan.
Contohnya seperti kanak-kanak berusia lapan tahun ini, Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir memiliki bakat yang luar biasa dalam menghasilkan potret dan animasi seperti seorang pelukis profesional meskipun masih kecil.
Kehebatan anak ini yang lebih mesra disapa Fateh telah menjadi tular selepas lukisan potret yang dihasilkannya mendapat pujian warga maya berikutan perkongsian ibunya, Khairunisa Mamat yang memuat naik gambar dan video lukisan Fateh di aplikasi TikTok @dihyarth15.
Baru-baru ini viral video yang dikongsikan oleh ibunya apabila Fateh cuba melukis potret seorang lelaki di kedai makan meskipun Fateh berada jauh daripada lelaki tersebut namun lukisan yang dihasilkan cukup menarik.
Apabila diserahkan kepada pemilik wajah tersebut, nyata lelaki itu cukupterharu dan gembira lantas memeluk Fateh sebagai tanda penghargaan di atas lukisan yang diberikan kepadanya itu.
Conteng Dinding
Memetik perkongsian daripada ibunya Khairunisa, 34, bersama Bernama berkata, Fateh minat melukis sejak dia berusia tiga tahun lagi, dengan menconteng dinding di rumah mereka dengan pelbagai jenis kartun terutama karakter Ultraman, dan beliau bersama suami membiarkan sahaja Fateh melukis di dinding kerana mahu anaknya tonjolkan kreativiti.
Katanya ketika Fateh berusia tiga hingga tujuh tahun, dia banyak melukis watak-watak kartun seperti Boboiboy, Ejen Ali, Naruto, Ultraman dan watak animasi, namun sejak Mac lepas dia mula berminat untuk melukis potret wajah.
“Selalunya Fateh tak akan beritahu orang yang dilukisnya, namun selepas siap melukis dia sendiri akan serahkan kepada pemilik wajah yang dipotret… ia macam satu kejutan kepada mereka, dan Fateh gembira apabila penerima itu tersenyum serta berterima kasih kepadanya,” katanya lagi.
Terima Banyak Pujian
Khairunisa berkata Fateh yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu banyak belajar melukis melalui tutorial di YouTube seperti Amamijan, Ali Haider serta Devon Rondriguez, dan dia mengambil masa 15 hingga 20 minit bagi menyiapkan sebuah potret atau gambar orang.
Katanya anaknya itu memang sentiasa membawa buku lukisan dan pensel khas untuk melukis potret serta tidak mengira tempat atau waktu untuk melukis, kerana dia memang sangat gembira setiap kali dapat menyiapkan lukisannya.
“Kadang-kadang kami keluar makan dan semasa di kedai atau restoran, Fateh akan melukis gambar potret yang dia mahukan… selalunya wajah pelanggan atau pekerja di kedai yang kami menjamu selera itu, dia lukiskan potret mereka.
“Ada sesetengah pihak beranggapan Fateh mahukan duit selepas menyerahkan gambar potret lukisan itu, namun sebenarnya Fateh tidak pernah mahukan wang sebaliknya dia mahu mereka gembira dengan gambar lukisannya,” kata suri rumah itu.
Bapa Fateh, Mohd Faridil Amir Shobri, 38, pula berkata tujuan bersama isteri berkongsi hasil seni anaknya semata-mata untuk mendokumentasi perjalanan minat si kecil itu, dan dalam masa sama berharap mereka boleh menerima kritikan dan sokongan secara terbuka daripada warga maya.
Walaupun pada mulanya agak bimbang bakal menerima kecaman kerana membiarkan anak melukis di tempat awam dan mengganggu privasi orang lain, namun setakat ini tindakan itu menerima pujian malah sokongan daripada netizen.
“Malah Fateh juga selalu membaca komen-komen yang ditinggalkan warga maya yang melihat video-video lukisannya di TikTok, dari situ dia juga akan dapat menambah baik lukisan potretnya dalam masa sama memberi semangat kepadanya untuk terus melukis,” katanya.
Sementara itu, Fateh berkata beliau memang bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis profesional kerana minat mendalam dalam bidang berkenaan, malah berharap dapat mengikuti latihan melukis potret.
“Saya lukiskan potret wajah orang kerana mahu gembirakan mereka dan setiap kali melihat mereka tersenyum ketika terima menerima lukisan saya, itu buat saya seronok.
“Ada yang bagi duit selepas terima gambar potret, saya cakap terima kasih dan beritahu lukisan itu percuma kerana minat saya untuk melukis,” katanya.
Meskipun sudah dua tahun meninggal dunia, nama pelantun lagu ‘semakin’ iaitu tidak lain tidak bukan iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sering menjadi sebutan orang ramai.
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok sebuah video tentang anak sulungnya, Uwais Alqarni yang mengimbau kembali momen bersama ibu kesayangannya itu membeli belah. Katanya dalam perkongsian itu, ketika mencari baju ibunya tertarik dengan minyak wangi seorang wanita yang lalu di sebelah mereka.
Dek kerana berkenan dengan bau tersebut, ibunya tanpa segan menegur wanita berkenaan bertanyakan jenis pewangi tersebut dan terus membelinya.
“Masa tu beli baju. Ibu terlalu sebelah perempuan ni tiba-tiba ibu macam bau perfume perempuan tu. Ibu kata perempuan tadi tu wangi, ibu nak tanya dia pakai perfume apa. Pastu ibu pergi kat dia ibu tanya dia pakai perfume apa dan ibu beli perfume tu,” katanya.
Usai menceritakan kejadian tersebut, Uwais terus pergi mengambil pewangi itu dan menghidunya seperti rindu akan kehadiran ibunya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak mendengar kisah Uwais dan mengatakan Uwais seoranga anak yang kuat kerana bercerita tanpa menunjukkan reaksi sedih.
Untuk rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Lazimnya setiap pagar rumah pasti kita akan kunci dengan mangga untuk elakkan kawasan rumah kita dimasukki oleh orang yang tidak diingini, atau lebih tepat sebagai langkah keselamatan. Pun begitu, bilamana padlock atau mangga yang diperbuat daripada besi bila sentiasa berhujan dan berpanas setiap hari, tentunya akan menyebabkan ianya cepat berkarat.
Bila terjadi begitu, bukan sahaja keadaan fizikal mangga nampak berkarat malah terjadi juga mangga tidak berfungsi dengan baik. Tersekat-sekat untuk dibuka malah lebih teruk lagi lama kelamaan boleh menyebabkan kita anak beranak tidak dapat keluar atau masuk ke dalam rumah dek kerana pintu pagar tidak boleh dibuka, akibat sistem padlock yang telah rosak.
Tidak mahu kejadian seperti itu terjadi, adalah lebih baik kita ambil langkah keselamatan dengan mengambi idea daripada perkongsian Soberry Msy di page Kelab Kaki D.I.Y. Cara yang dikongsikan itu hanya menggunakan bahan-bahan terbuang sahaja dan pastinya tanpa modal.
Nak tahu bagaimana, ikuti perkongsiannya ini.
Perkongsian saya kali ini simple aje, kawan-kawan duduk rumah taman, belakang jarang keluar, pad lock kadang karat susah nak bukak sebab dia berhujan dan panas.. Ini penyelesaiannya bahan terbuang sahaja.
Botol air mineral potong.
Sebelum masuk.. Hehe nak lagi tahan lama spray wd40 siap-siap kemudian tutup.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.