Mimpi anaknya datang kira-kira dua minggu lalu, rupa-rupanya petanda yang dia sudah tiada lagi buat selama-lamanya.
“Dalam mimpi saya, Aleya datang dan memberitahu ‘Mama mai ambik adik’ dan tidak lama selepas itu, mimpi hilang menyebabkan saya tidak sedap hati,’ itu luahan Rosmaliah Samo, 32 yang merupakan ibu kepada arwah adik Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3.
Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dikatakan hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu ditemui di Gunung Raya, Langkawi dengan keadaan tinggal cebisan rambut dan tengkorak.
Menceritakan detik awal kehilangan anaknya, Rosmaliah memberitahu pernah menjalinkan hubungan dengan suspek.
“Kami menjalinkan hubungan sulit selama empat bulan dan lelaki itu membawa saya pulang ke rumahnya di kuarters dan memperkenalkan saya sebagai rakannya kepada isteri yang juga jururawat di hospital berkenaan,” katanya sambil memberitahu sepanjang tinggal di kuarters itu, hubungannya dengan isteri lelaki berusia 40 tahun itu sangat baik.
Ads
Bagaimanapun, menurutnya, wanita itu berjaya menghidu hubungan sulit mereka apabila tersilap berbalas WhatsApp dengan isterinya melalui telefon bimbit lelaki berkenaan.
Katanya, dia kemudian keluar dari rumah berkenaan sejak 27 Januari lalu untuk bekerja di kedai makan dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah bertemu dengan Nur Aisyah Aleya.
“Disebabkan rindu untuk bertemu dengan anak, saya pergi ke rumah mereka pada 22 dan 23 Februari lalu tetapi kecewa apabila dimaklumkan anak saya tiada dalam jagaan mereka.
“Berikutan itu, saya ke Pulau Pinang dan pulang semula ke sini pada 28 Februari lalu sebelum suami isteri itu datang bertemu saya dan memujuk tinggal bersama mereka, tetapi saya enggan kerana mereka tidak mahu memberitahu di mana anak saya berada. Tetapi anak lelaki suami isteri terbabit yang berusia 4 tahun memberitahu yang Aleya dah mati,”cerita Rosmaliah lagi.
Ads
Dia yang berasa tidak sedap hati kemudian sekali lagi ke rumah pasangan terbabit di Kuarters Hospital Langkawi keesokan harinya namun kanak-kanak terbabit memberitahu bapanya sudah menyerahkan Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, kepada orang lain.
Katanya, ketika itu dia mengesyaki sesuatu tidak kena dan antara percaya atau tidak anaknya sudah meninggal dunia kerana mustahil seorang budak bercakap bohong.
Ads
“Lelaki itu ada datang ke hostel berhampiran tempat kerja saya dan berjumpa seperti biasa, namun berdolak dalik memberitahu anak saya dalam keadaan sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu dengan saya tidak lama lagi.
Rosmaliah mendedahkan anaknya pernah ditampar dan dipukul beberapa kali di depan matanya sehingga mempunyai kesan lebam dan kesan dicucuh rokok di seluruh badan, selain kulitnya melecur seperti disiram air panas, sepanjang tinggal bersama keluarga itu.
Rosmaliah pernah cuba melarikan diri tetapi gagal kerana pintu telah dikunci dengan mangga.
“Isterinya pernah memberitahu yang suaminya pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters itu sebelum ini, menyebabkan saya tidak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.
“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia, malah isterinya pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menggabungkan nama suami dan isteri yang terdiri daripada suku kata tertentu, pastinya akan tercipta sebuah nama yang cukup unik dan tersendiri.
Ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Online berkenaan kisah keluarga besar Umar@Omar Ibrahim, 78, bersama dua isterinya, Siti Zaharah Daud, 68, dan Rokiah Ngah, 58.
Mereka punya cara istimewa dan unik menamakan 10 anak, empat daripadanya wanita dengan gabungan nama masing-masing iaitu Umzarul.
Um yang mewakili Umar, Za membawa maksud Zaharah dan Rul iaitu Rokiah.
Nama itu menjadi identiti keluarga berkenaan daripada anak sulung, Mohd Umzarulisham yang kini berusia 48 tahun hinggalah anak bongsu, Umzarul Fatihah, 29.
Anak keempat keluarga berkenaan, Mohd Umzarulfaiz, 41, berkata, setiap daripada nama itu dipilih oleh bapanya sendiri yang mana anak lelaki pangkal nama dimulakan dengan Mohd Umzarul sementara anak perempuan Umzarul.
“Orang luar memang akan pelik kalau lihat senarai nama keluarga kami, semua sama hanya nama belakang yang berlainan.
“Bagi saya, inilah identiti yang dicipta ayah untuk menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan. Pergilah ke mana pun dan dengan hanya melihat nama, orang tahu kami adik-beradik,” katanya.
Mohd Umzarulfaiz menganggap kurniaan nama mereka sekeluarga unik dan istimewa.
Nama: Mohd Umzarulfaiz
Umur: 41 Profesion: Jurukamera
Isteri: Hamimah Hamid Anak: Nur Ain Shauqina
Adik-beradik:
– Mohd Umzarulisham
– Umzanurain
– Mohd Umzarulazijo
– Mohd Umzarulamri
– Mohd Umzarulhaq
– Umzarul-An-Nur
– Umzarul Nadiah
– Mohd Umzarulfadlamminallah
– Umzarul Fatihah
Setelah pengumuman keputusan SPM dibuat, tular pula di facebook satu tangkap layar yang memaparkan jadual yang kononnya merupakan skala gred bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020.
Dalam pada yang sama dikatakan individu yang memuat naik gambar jadual tersebut dengan kepsyen “Patut aku pelik budak-budak sekarang berderet A” diikuti “#bilasekolahdipolitikkan”
Gambar jadual tersebut telah tersebar di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi awam berkenaan keputusan pelajar-pelajar tersebut. Bagaimana pun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengesahkan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut bukan milik Lembaga Peperiksaan.
Menurusi kenyataan media tersebut, KPM memaklumkan bahawa skla gred tersebut seolah-olah ianya adalah gred permarkahan sebenar SPM tahun 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon SPM 2020.
Tegas KPM lagi, hantaran tersebut telah mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara serta menggugat ketenteraman awam.
Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat pada 10.31 malam tadi (semalam), selain laparan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasan selanjutnya.
Kalau bab memasak cepat dan mudah, semua ibu-ibu nak tahu kaedahnya kan.Jom cuba tip yang dikongsikan oleh Syahirah Omar. Cukup mudah & praktikal.
Kali ni aku share macamana nak buat pes kari frozen dulu . Kau boleh guna untuk kari ayam, daging ataupun telur.
Resepi ni dapat 3 bekas penuh taufufah. Sukatan sebekas ni boleh masak untuk sefamily.
Sama saja macam korang masak kari. Tapi ni aku bagi sukatan supaya tak terlalu cair.
Arahan ada pada setiap gambar ok. Letak bahagian bawah peti dulu lepas dah betul-betul sejuk. Kemudian nak bekukan pun boleh dah.
Bila nak pakai, defrost ( keluarkan la sebelum korang nak pergi kerja.simpan bahagian bawah peti ais).
Kemudian masukkan, kentang, ayam, garam. Adjust la ikut mcmana kau nak. Santan kalau nak letak, jangan banyak.
Aku kalau nak letak pun 1 sudu je kalau santan pekat. Serupa tak payah letak? Kemudian tambahkan air.Tunggu sampai kentang empuk dan ayam pun dah masak betul. Siappppp!
Terus boleh cicah roti ke, makan dengan nasi ke..yang pasti sangat cepat kerja korang! Kalau mak mertua datang mengejut buat gempaq pun kau boleh senyum sambil kilat kuku sebab tak payah nak terkocoh-kocoh kat dapur dah.
Benda boleh buat dapur semak sekali buat apa nak semak berkali kali kan??
Kalau rasa bermanfaat boleh tekan butang share post ni, aku izinkan.
Untuk pes masak kicap klik link ni ok
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2379207018970704&id=100006442866465
#syerahomarmasak
#pesfrozen
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...