Ibu dan anak ini sememangnya cukup rapat. Bakal mengakhiri zaman daranya, si anak baru-baru ini ada membuat luahan perasaan mengenai ibunya di dalam laman instagram.
Luahan sempena hari jadi ibunya, ternyata setiap kata-kata Elfira Loy cukup menyentuh hati.
Dalam perkongsian tersebut, Elfira mengakui ibunya seorang yang sangat kuat, berani dan sangat caring kepada anak-anaknya.
“Dear Mama , i just want you to know that kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat , brave & caring pada anak-anaknya . Mama sanggup takde apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya. People might not know what you’ve gone through but Allah knows.
“I can already see your place in Jannah mama , Amin. Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada disisi kakak untuk mendoakan kebahagian & kejayaan kakak. Because i know , all of the rezeki that i got is because of you.
“Thank you for always praying for us eventhough we are all very naughty. We will try to be better & better . Muah ?
“Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu . How you treat other mothers reflects on how you treat your own mothers. So , be nice .
HAPPY BIRTHDAY MAMACAT.
Perkongsian gambar Elfira dan ibunya itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang memuji akan wajah ibunya yang nampak muda sehinggakan mereka berdua seolah-olah kakak dan adik.
Sumber: IG elfiraloy