“Mama Jenis Kuat & Kental, Saya Mewarisi Sifat & Keberanian Itu.” Selain Idola, pengalaman Ibu Bantu Kilafairy Lebih Kebal & Tidak Melatah Terima Kritikan

Share

Pelakon tinggi lampai ini sememangnya seorang yang cantik dan langsing. Namun, tidak ramai yang tahu suatu ketika dahulu dia pernah mengalami masalah berat badan.

Demi memastikan tampil sempurna di mata peminat, dia sanggup melalui pelbagai ‘penderitaan’ semata-mata untuk kelihatan menarik.

Malah,  empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon,  Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 27 tahun turut mengalami masalah keyakinan diri sanggup tidak keluar rumah atau memuat naik gambar di mana-mana media soasial.

“Saya pernah mengalami masalah berat badan hingga membuatkan saya hilang keyakinan diri. Saya tidak sanggup memuat naik gambar di laman sosial, apatah lagi keluar rumah.

“Saya sanggup berkurung dan tolak tawaran menjalani penggambaran kerana tidak selesa beraksi di depan kamera apabila badan berisi.

“Berat saya kalau lebih 50 kg dah nampak kembang. Paling teruk pernah kena 56kg. Kalau ikutkan ketinggian saya, berat itu dah overweight.Doktor pun cakap. Jadi, saya kena maintain dalam 46-47 kg.

“Soal komen netizen berkenaan penampilan  yang dikatakan seksi, pada saya seksi itu subjektif. Kerana itu saya tidak ambil peduli. Jika ada komen panas yang menyakitkan hati, saya abaikan sahaja kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada diri.

“Cuma kalau ada keluarga mula tegur atau ‘terganggu’ atau ‘sound’ barulah saya akan buat sesuatu. Kadang kala mama akan tegur dan marah juga, saya dengar juga tetapi sebab masih muda tetap pakai juga. Degil pula tu, maklumlah anak bongsu, pastilah manja kan.

“Saya tidak mudah melatah seperti mahu menutup ruangan komen di Instagram kerana saya tahu apa yang saya buat. Malah saya juga takkan baca apa yang netizen tulis kerana ia takkan terkensan. Kita takkan pernah sempurna, pasti ada saja yang tidak kena pada mata segelintir pengikut. Saya juga tidak letakkan sebarang limit, sebaliknya diam dan lama-kelamaan akan senyap,” katanya.

Dalam pada itu, Kila turut menjadikan  pengalaman ibunya yang terlebih dahulu makan garam dalam dunia seni dalam membantunya lebih kebal menangani pandangan orang.

“Ibu sangat kuat dan kental, malah saya mewarisi sifat dan keberanian itu. Selalu dia ingatkan saya supaya bersedia dari segi mental dan emosi.

“Prinsip itu juga membuatkan saya tidak mudah melatah setiap kali menerima kritikan. Biarpun ada yang memandang negatif, hidup perlu diteruskan. Kita tak boleh nak tutup mulut orang, sekarang dah ada Kilafit, jadi saya mahu buktikan saya lebih berjaya dan itulah yang saya lakukan,” katanya.

Ditanya soal teman hidup, dia menolak terlalui ‘high maintainance’ dan mengakui jodoh bukan fokus utama buat masa sekarang memandangkan mahu membina bisnes terlebih dahulu.

“Soal nak kahwin seperti mana rakan lain dalam usia ini, pada saya tidak timbul. Sementelah mama dulu kahwin umur 30 tahun. Berbanding papa yang suka saya kahwin awal, tetapi Mama jenis  tidak ‘push’ saya sebaliknya suruh saya cari duit, beli rumah dan sebagainya.

“Jadi anak-anak terikut dengan mak sebab itu saya pilih kerjaya terlebih dahulu. Kalau boleh nak macam mama dalam usia 30 tahun  sudah ada teman di sisi.

Selain dikenali sebagai pelakon, Kilafairy yang juga berbakat dalam bidang nyanyian mengakui, teruja kerana dua perancangan terbarunya menjadi kenyataan.

“Saya baru melancarkan produk kesihatan dan pelangsingan badan, Kilafit. Selain mengajak orang jadi sihat dan cantik, saya juga mahu mereka menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan ini.

“Saya jenis yang suka makan dan tidak boleh kawal. Jadi, dengan produk ini boleh bantu turtunkan berat. Dan lebih cepat jika disusuli dengan senaman dan hadkan pengambilan nasi,” ujar Kilafairy sambil memberitahu akan fokus pada bisnes dan nyanyian.

Menurutnya, dia  bakal muncul dengan single Melayu, cuma butiran mengenai penghasilan lagu itu masih belum boleh dikongsi. Sebelum ini, Kilafairy muncul dengan single Inggeris, Put The Word In bergandingan dengan DJ Aku Ash dan artis antarabangsa, Sean Kingston.

Mengulas mengenai lakonan, ujar Kilafairy bukan tiada minat namun berbanding bidang lain, lakonan sedikit memenatkan. Namun tidak menolak andai ada tawaran yang sesuai dan tidak bercanggah dengan bisnes serta nyanyian.