“Mama Insan Terhebat Allah Kurniakan, Tak Pernah Jentik Atau Pukul Saya” – Cik B

Share

“Mama hebat,”

Itulah kata-kata kata penyanyi dan juga anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida atau Vida, iaitu Cik B, menggambarkan kepayahan dan ketabahan ibunya selama ini.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen berkata, sudah lama dia memendam perasaan sebenar terhadap ibunya dan kini hanya dapat luahkan menerusi lagu terbarunya berjudul Doakan.

“Lagu ini luahan hati yang tidak dapat saya cakap sendiri kepada ibu. Betapa saya ingin sekali beritahu kepadanya tetapi saya sejenis yang suka meluah. Saya pendam saja selama ini.

“Mengimbas kepayahan ibu, banyak hal saya nak cakap pada dia. Apatah lagi melihat sendiri betapa ibu bersusah-payah membesarkan kami, urus perniagaan dan lain-lain. Saya nampak semua itu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metri, Cik B berkata, dia memang kurang mendapat perhatian seorang ibu kerana Vida sibuk memajukan perniagaannya.

“Sejak kecil, saya kurang merasa kasih seorang ibu kerana mama jarang ada di rumah dan sibuk setiap masa. Sehinggakan saya rasa kalau dua hari bersama mama sangat bermakna.

“Mama adalah insan yang terhebat Allah kurniakan kepada saya. Mama tak pernah jentik atau pukul saya. Dialah mama, ayah, kawan dan kakak dalam hidup saya,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B faham pengorbanan Vida itu adalah demi kebaikan keluarga pada masa hadapan juga.

Dalam pada itu, Cik B berkata, lagu terbabit juga bukan bertujuan provokasi kepada pihak tertentu. Sebaliknya ia boleh dikaitkan dengan kisah orang ramai secara umum.

“Lagu ni tak ada tuju kepada sesiapa pun. Tetapi siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya. Lagu ini memang kena kepada sesiapa yang pernah melalui kisah hidup yang sama macam saya.

“Di YouTube, ramai yang komen tersentuh dengan lagu Doakan ini. Ada yang kata mereka melalui kisah yang sama seperti saya,” katanya.

Sumber : Harian Metro