Itulah kata-kata kata penyanyi dan juga anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida atau Vida, iaitu Cik B, menggambarkan kepayahan dan ketabahan ibunya selama ini.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen berkata, sudah lama dia memendam perasaan sebenar terhadap ibunya dan kini hanya dapat luahkan menerusi lagu terbarunya berjudul Doakan.
“Lagu ini luahan hati yang tidak dapat saya cakap sendiri kepada ibu. Betapa saya ingin sekali beritahu kepadanya tetapi saya sejenis yang suka meluah. Saya pendam saja selama ini.
“Mengimbas kepayahan ibu, banyak hal saya nak cakap pada dia. Apatah lagi melihat sendiri betapa ibu bersusah-payah membesarkan kami, urus perniagaan dan lain-lain. Saya nampak semua itu,” katanya.
Memetik laporan Harian Metri, Cik B berkata, dia memang kurang mendapat perhatian seorang ibu kerana Vida sibuk memajukan perniagaannya.
Ads
“Sejak kecil, saya kurang merasa kasih seorang ibu kerana mama jarang ada di rumah dan sibuk setiap masa. Sehinggakan saya rasa kalau dua hari bersama mama sangat bermakna.
“Mama adalah insan yang terhebat Allah kurniakan kepada saya. Mama tak pernah jentik atau pukul saya. Dialah mama, ayah, kawan dan kakak dalam hidup saya,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, Cik B faham pengorbanan Vida itu adalah demi kebaikan keluarga pada masa hadapan juga.
Dalam pada itu, Cik B berkata, lagu terbabit juga bukan bertujuan provokasi kepada pihak tertentu. Sebaliknya ia boleh dikaitkan dengan kisah orang ramai secara umum.
“Lagu ni tak ada tuju kepada sesiapa pun. Tetapi siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya. Lagu ini memang kena kepada sesiapa yang pernah melalui kisah hidup yang sama macam saya.
Ads
“Di YouTube, ramai yang komen tersentuh dengan lagu Doakan ini. Ada yang kata mereka melalui kisah yang sama seperti saya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif bantuan tunai secara ‘one-off’ RM500 yang diberikan kepada ibu bersalin pada tahun 2023.
Tidak terkecuali, Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyambut baik perkara itu dengan mengusik isterinya Datin Dr Halina supaya menambah cahaya mata pada tahun depan.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Dr Muszaphar berharap pengumuman tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai motivasi kepada isterinya.
“Bajet 2023. Dalam semua intipati belanjawan, inisiatif ini paling menarik perhatian saya. Semoga menjadi motivasi yang baik buat Dr Halina.
“Dapat duit belanja lagi haha,” selorohnya sebaik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selesai membentangkan Bajet 2023 baru-baru ini.
Pada masa sama, figura berusia 50 tahun itu menjangka lebih ramai bayi akan dilahirkan pada tahun depan terutama dalam kalangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
“Pasti akan menjadi ‘baby boom’ tahun hadapan. Apa pandangan anda?,” soalnya kepada pengikut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi penjelasan bahawa tidak semua ibu akan mendapat bantuan tunai itu sebaliknya hanya diberikan kepada penerima BKM sahaja.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Mereka adalah Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA
Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua keluarga.
– Kalau nampak pasangan kita cuai sikit, selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan bebel dia. Redha dan pergi je tutup suis tu..
– Kalau nampak pasangan macam tak pandai memasak ke apa, jangan di besar besar ketidakpandaian dia pula, redha & tapau je la makanan senang..
– Kalau nampak pasangan garang sangat, tak lembut macam orang lain. Redha & hiburkan selalu dia. Wanita garang ni biasa kat luar je, dalam hati dia ada taman.
– Kalau nampak pasangan selalu leka melayan anak-anak, kita depan mata pun dia tak layan. Redha je la, tu anak kita juga yang dia layan.
– Kalau nampak pasangan selekeh & comot bila kat rumah, tapi kat luar bukan main lawa lagi. Redha dulu pasti ada hikmahnya. Ibu mana yang boleh 24 jam cantik molek di rumah memang hebat la.
Tak semua akan berlaku ikut KPI kita. !
Jika yang di harap adalah kesempurnaan, maka kelemahan pasti akan makin tersembul keluar.
Jika dilihat di sosial media sekarang, ramai di kalangan kita berkongsi keberangkatan mereka atau ahli keluarga ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Tidak terkecuali, ibu bapa pelakon dan penyanyi Alif Satar turut menerima jemputan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam pada Alif berkongsi tentang keberangkatan ibu ayahnya itu, dia juga mendedahkan sebelum ini dia pernah dua tahun berturut-turut menerima jemputan menunaikan ibadah Haji.
Namun panggilan itu terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
“Nak ringkaskan cerita, 2 tahun berturut-turut sebelum ni, Alif dapat jemputan menunaikan Haji tapi dua-dua kali juga Alif tak dapat pergi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.
“Rasa sedih dia, susah alif nak bagi gambaran,” ceritanya di satu perkongsian di Instagram miliknya.
Pun begitu dia sudah pun reda malah gembira kerana doanya dimakbulkan apabila ibu bapanya dapat menjejaki tanah suci Makkah itu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tahun ini.
“Rupa-rupanya, Alif teringat. pernah dulu waktu umrah, Alif doa di bawah pancur emas Kaabah, “Ya Allah. please make my next trip here to Your home will be during the hajj season, but before that please let my parents perform theirs first.
“Allah sesungguhnya Maha Mendengar segala permintaan hambaNya dan aturan Dia pasti yang terbaik. So today, is the day Allah granted another one of my doa yet again, Alhamdulillah… Allahuakhbar,” ucapnya.
Alif turut mendoakan agar kedua ibu bapanya supaya dipermudah urusan menunaikan Haji serta perjalanan mereka selamat pergi dan pulang.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.