Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan hidup bilamana penantian untuk menimang cahaya mata sudah dicapai.
Tiada yang lebih Lengkap sudah fitrah seorang wanita bila mana bergelar seorang ibu. Rumah tangga kian berseri dengan hadirnya si kecil ini dalam hidup suami isteri.
Demikian juga dengan pelakon dan juga usahawan cantik manis Nur Fazura Sharifuddin atau mesra disapa Fazura. Sudah punya suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil.
Kini dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga cukup membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu kian bahagia dan sempurna.
“Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam. Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu.
Ads
“Jika menangis pun, sebab nak menyusu. Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.
“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” katanya.
Ads
Terbaru, isteri kesayangan aktor Fattah Amin ini berkongsi video pendek menerusi laman instagramnya.
Video yang dimuat naik itu disertakan dengan kapsyen menyatakan dirinya begitu teruja dan mengakui peranan menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang seronok.
“My best role yet,” demikian kapsyennya yang ditulis ringkas namun cukup bermakna.
Gambar Fatima telah menarik perhatian peminat dan pengikutnya dan mendapat tanda suka lebih 400,000. Sementelah lama yang menanti untuk melihat wajah si kecil buah hati pasangan ini.
Ads
Posting selebriti berusia 37 tahun itu menerima komen netizen yang memuji dirinya pasti akan menjadi ibu yang terbaik kepada puteri kesayangan.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.
Selain Tengku Maimun, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Beliau pernah bersekolah menengah di Kolej Tunku Kushiah. Mesra dipanggil Mak Ku, Tengku Maimun juga merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara. YAA angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDPAgong pd 6 Mei 2019. Mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara.
Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):
“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”),” Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga antara penerima anugerah yang membawa gelaran Tan Sri. Dalam perkongsiannya di facebook, beliau berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada petugas barisan hadapan. Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya. Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam. Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Cabaran mendidik anak-anak bukan tugas yang mudah, lebih-lebih lagi mempunyai anak-anak lelaki. Namun, tidak dinafikan setiap ibu bapa akan sentiasa mendoakan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.
Namun, dalam proses membesarkan anak-anak tentunya ada halangannya. Tambanan pula dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi kehidupan anak-anak.
Nyata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk mendedahkan anak-anak dengan persektaran yang positif.
Sebagaimana yang dipaparkan oleh perkongsian Dr Taufiq Razif di laman facebooknya yang menghuraikan perkara yang ibu bapa mesti tahu dalam mendidik anak-anak lelaki sebelum mereka meningkat remaja.
1 – Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
2 – Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
3 – Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
4 – Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
5 – Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya
Dengan ini, 5 perkara ini, merupakan peringantan buat ibu bapa untuk mendedahkan kepada anak-anak sebelum mereka menjadi seorang remaja. Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat untuk mendidik anak-anak yang lebih cemerlang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai juga antara kita suka menanam pokok bunga ros jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.
Alang-alang sudah suka tu, apa kata ketahui lanjut lagi tentang info penanaman dan penjagaan pokok ros jepun untuk pastikan pokok bunga ini kekal subur dan berbunga sentiasa malah tidaklah pula mati setelah merimbun di dalam pasu.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini.
TIPS ROS JEPUN
Bila pokok korang jadi macam tu, korang memang kene tanam balik atau keratkan pokok.
Kali ni dikna kongsi cara tanam semula…
1. Tanah asal tu gembur2 balik..balik2kan tanah … kalau tanah tu keras siram sikit air
ok dah siap gembur.
2. Pokok korang yg nak kene buang tu, kerat dulu siap2 … boleh tanam balik ..bukan pi buang semua kerat dlm 2 ruas kat jari tu ok …
3. Pastu cucuk ja kat tanah … letak sepah2 dalam 1 pasu tu … letak ja banyak2 biar nanti subur cantik.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.