“Mama Bertarung Nyawa Dalam Kereta.” Norman Hakim ‘Throwback’ Memori Sambut kelahiran Anak Dalam Kereta 15 Tahun Lalu!

Share

Mungkin ramai yang masih ingat peristiwa di mana pelakon Abby Aabdi melahirkan anak keduanya di dalam kereta. Ketika itu, dia masih lagi bergelar isteri kepada pelakon dan hos, Norman Hakim.

Bersempena hari kelahiran anak perempuan mereka ini, Norman Hakim baru-baru ini telah berkongsi ucapan hari jadi kepada Marissa Dania Hakim yang kini sudah genap berusia 15 tahun.

Di dalam entrinya, Norman sempat mengimbau semula kenangan ketika menyambut kelahiran anak keduanya, dimana ketika itu merupakan saat yang tidak akan dilupakan.

Di dalam perkongsian tersebut, Norman bercerita bekas isterinya, Abby telah melahirkan Marissa di dalam kereta dimana Norman sendiri yang menyambut anaknya itu.

Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek)
Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni…


Menurut Norman lagi, dia yang sedang memandu ketika itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka bagi menyambut kelahiran Marissa.

Sumber: normanhakim_786