“Mama, Aboh Sokmo Sayang Adik & Baby.” Luahan Anak Sulung Rasa Kecewa Dipinggirkan Buat Ibu Tersentuh!

Share

Setiap ibu bapa ingin hidup bahagia dan sentiasa di sisi anak-anak. Namun bagi yang memiliki anak ramai, pasti timbul rasa terasing atau dipinggirkan. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai adik yang masih kecil.

Gambar sekadar hiasan

Pastinya fokus ibu dan ayah lebih ke arah si kecil, namun tidak bermakna mengabaikan yang lain. tetapi jiwa si kecil ini pasti terasa kan.

Gambar sekadar hiasan

Seolah-olah kasih sayang berbelah bahagi, ibu dan ayah lebih sayangkan adik beradik yang lain.

Itulah yang dialami oleh ibu bernama Nur Amira Jusoh. Menerusi perkongsiannya di page Anak sepahkan Apa Hari Ni, si ibu berkongsi sekeping surat tulisan anak sulungnya yang terasa dipinggirkan.

Hari ni bukan nk share anak sepahkan mainan..tapi nk share luahan anak sulong..petang ni tengah2 rehat tiba2 anak sulong bgi satu cebisan kertas yg sangat tersentuh hati sy😭..mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni.

Menurut Nur Amira, baik dia mahupun suami, tiada istilah berat sebelah atau berbahagi kasih, semua anak-anak dilayan sama rata. Namun, dia tetap meminta maaf kepada anaknya kerana membuatkan hati si anak terasa terpinggir.

Gambar sekadar hiasan

“Kadang2 kita rasa dh bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang😢..mama mintak maaf sayang😭😭..tapi kalau nk baca ni kena tahan nafas sebab takde noktah😇..mintak maaf ye..hanya org terengganu je faham kata2 yg anak sy tulis ni..kami org terengganu☺️..

Gambar sekadar hiasan

Kadang-kadang ibu bapa sudah buat yang terbaik, namun ada juga anak-anak yang terasa hati. Apapun sebagai orang tua kena bijak menangani situasi sebgini supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Jika anda berada bersama anak-anak kini, panggillah semuanya dan peluklah mereka seerat-eratnya. Katakan yang anda sangat sayangkan mereka dan segala  kasih sayang  semuanya sama rata dan tiada beza antara satu sama lain.

Gambar sekadar hiasan

Perkongsian ibu ini mendapat reaksi ramai warganet, rata-rata menzahirkan pandangan masing-masing. Tak kurang yang turut tersentuh dengan luahan hati si anak  tersebut.

Sheera Roslan Nak nangis anak sulong bru 3 tahun, dah pandai suruh letak adik bawah, main dgn kakak. Dia pun nak attention. Kdg termarah . sedihnya.
Amira Wana saya pernah jgk mcm ni anak saya 4tahun , tahun ni….lepas tu saya keluar tinggalkan yg kecik dengan ayahnya… saya bawaklah dia pergi jalan2 makan ice cream pergi tsmsn spend time dalam 30 minit dengm dia .. and skrng dia dh faham
Allynn Aleena Kesiannya,sedih baca,iye la kdg kite terlepas pndang bende gini,mn dgn krja rumah lg,nasib jenis meluah gini,yg jenis diam sampai sudah kita xtau,rupanya mereka bergolak dgn perasaan di dalam hti
Lienda Zainal I feel you sis. Anak saya yg sulung pernah cakap cmni juga tp dia tk tulis surat la. Dia just cakap mummy dah tk sayang kakak Asek sayang adek2 jek. Saya terus sebakk n Peluk dia. Menitik airmata. Mmg terkdang kita sebagai ibu bapa tk sedar dia terasa hati or jeles dgn adek2. Kdng kita kurang perhatian kat anak sulung.
Eva Aisyah Ahmad Saya bkn org ganu sis..alhamdulillah saya faham apa yang dikatakan anak sis tu…tu la kekadang kan anak² die tak faham ..kadang kita rasa kita dah bagi kasih sayang sama rata dah tapi die rasa kurang jugak…
Arfainah Sya’e Sedih…sy dah rasainye..Anak sulung sy pun prnh luahkan mcmni..tp dye x tulis. Dye ckp dpn² sambil menangis..sy terus
peluk  n cium dye.. dgn sy sekali menangis

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club