Sejak penularan Covid-19, sesi persekolah dilakukan secara PdPR atau Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.
Sudah pastinya peranti seperti telefon, komputer atau laptop akan digunakan untuk sesi pembelajaran.
Bagi setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Ada yang sanggup berhutang atau gadai barang kemas untuk membeli peranti ini bagi memudahkan urusan pembelajaran anak.
Hakikatnya tidak semua ibu bapa mampu membeli peranti yang baru pada harga yang agak mahal. Pilihan yang ada adalah membeli peranti yang telah diguna pakai atau second hand. Sudah pastinya dalam kondisi lama dan reka bentuk pun tidak ‘terending’.
Dalam usaha ibu bapa menyediakan kemudahan pembelajaran, ada segelintir anak tidak menghargai usaha itu. Malah ingin memiliki perenti serba baru dan canggih.
Begitulah yang situasi yang dihadapi oleh lelaki ini yang terkilan dengan sikap anak pelanggannya yang tidak menghargai usaha ibu bapanya.
Ikuti perkongsiannya.
Anak tak suka laptop, ibu terpaksa cancel beli
Hari ini, 2 pelanggan membatalkan pembelian laptop. Alasannya adalah anak mereka tak minat dan tak mahu, walau setelah seminggu saya hantar gambar dan juga harga.
“Maaf ustaz. Ana saya kata macam calar-calar. Dia nak yang macam baru.” “Maaf ustaz. Boleh kurang ke? Anak kata laptop tu buruk sikit”
Saya teringat kisah jual laptop pada seorang pelajar, yang mana saya sanggup drive sampai utara, bawak anak isteri semata-mata sebab ibunya nak minta sangat satu laptop untuk anaknya.
6 bulan simpan duit nak beli laptop
Ads
Yang paling sedih, maknya sanggup berhutang dan simpankan duit pada saya selama 6 bulan hanya untuk anaknya yang perlukan sebuah laptop.
Sampai saja di kolejnya, saya pun jumpalah pelajar ini di kantin. Saya keluarkan laptop. Dan tunjukkan padanya. “Cik cubalah dulu” Dia tengok je. Sambil tengok kiri kanan. Kemudian, dia keluarkan handphone, dan taip sesuatu.
Ting! Whatsapp saya masuk. “Ustaz, anak saya macam tak minat lah. Tapi, saya kata guna laptop ni dulu. Nak beli baru saya tak mampu”
Saya pandang je budak ni. Pandang kali ni sekali dengan perasaan yang cukup geram. “Macamana cik? Tak nak cuba ke. On dulu, kemudian tengok lah. Saya dah format dan install semua software sekali antivirus. Cik guna je”
Dia macam tulah. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak masa jumpa. Muka lawa tapi? Allahu. Saya cuba tahan sabar.
Pujuk anak
Ting! Whatsapp masuk lagi. “Ustaz, saya minta maaf. Tengah pujuk ni. Dia kata laptop ni buruk. Malu nanti nak bawak pergi belajar. Dia nak yang laptop terbaru” Cukup! Saya letak handphone!
Ads
“Cik, saya minta maaf kalau laptop ni nampak macam buruk. Macam lama tapi ini lah yang mak cik mampu belikan. Harga dia RM599 tapi semua masih baik. Saya dah belikan sekali charger baru, bateri baru. Cik tahu tak, mak cik kumpul duit 6 bulan, simpan dengan saya, hutang dengan orang semata-mata nak belikan untuk cik. Saya datang beratus kilometer ni sebab mak cik tau tak? Sebab mak. Mak tu sumber berkat. Mak tu jiwa dan hati kita!”
Tak jadi beli
Kali ni sabar tak mampu dah saya pegang. Saya tak kisah soal laptop ni sangat, cuma saya lebih fikirkan soal mak dia yang bersusah payah demi laptop ni. Ya, itu yang menyakitkan hati ni! Dia diam dan masih kayu kat depan ni.
“Baiklah. Saya pulangkan duit pada mak cik. Cik tak minat kan? Takpe. InsyaAllah, esok lusa adalah pembeli yang beli nanti. Jagalah hati mak. Apa yang mak bagi, ambillah. Yang penting, berkat cik. Berkat. Tak berkat hidup ni, belajarlah tinggi mana pun tak kemana. Saya minta maaf ya”
Saya berlalu dengan penuh rasa di jiwa. Penat lagi. Masa yang habis lagi. Ting! Whatsapp masuk lagi.
Saya tak mampu baca lagi. Mak dia sedih dan menangis sebab anaknya tak nak laptop yang dibelikan dengan jerih dan payah.
Ads
Ingat wahai anak. Setitis airmata ibu kerana keterasaannya pada kita, akan membuatkan Allah menutupkan segala pintu syurga. Titik!
Meninjau di ruangan komen, ada yang melahirkan rasa simpati dan sebak kepada ibu kepada anak itu. Ada juga rasa terkilan dengan sikap anak itu. Moga anak itu muhasabah diri.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tanggal 23 April yang lalu, genaplah 12 tahun usia Zareef Yusof, yang merupakan anak kedua Datuk Seri Eizlan Yusof bersama dengan bekas isterinya.
Menjengah ke akaun Instagram Vie Shantie Khan, kelihatan satu video yang memaparkan sambutan hari lahir anaknya itu.
Majlis tersebut telah diadakan di kediaman Vie Shantie, yang turut disertai teman-teman rapat Vie.
Lebih meriah lagi, majlis tersebut turut dihadiri Datuk Eizlan bersama isteri, Datin Sasha dan anak mereka, Zaelynn Rose.
Umum mengetahui, hubungan mereka tetap akrab dan baik walaupun sudah berpisah.
Vie dan Datuk Eizlan antara contoh pasangan suami isteri yang tetap berbaik walaupun sudah berpisah dan memiliki keluarga baru. hubungan rapat antara mereka turut dikagumi ramai.
Menerusi video tersebut, ibu bapa dan ahli keluarga menitipkan ucapan dan doa Zareef. Raut wajah bahagia jelas terpancar Di wajah semua ahli keluarga apabila dapat berkumpul meraikan majlis tersebut.
“Irfan, ini adalah ibu,” ungkapan pertama seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla pada Khamis.
Dengan linangan air mata, ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand. “Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Bernama. Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas. Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut. Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.
Kesibukan dengan urusan kerja ditambah pula dengan anak-anak yang bersekolah menyebabkan masa untuk aktiviti bercucuk tanam agak terhad.
Bagi anda yang sukakn hobi menanam pokok bunga, jika tiada masa membelek pokok-pokok, usah bimbang ia kering atau layu jika tidak diberi perhatian.
Bagaimana nak memastikan tanaman sentiasa dijaga dan segar sentiasa? Kaedah ini juga sesuai dipraktikkan jika anda mahu bercuti panjang. Ikuti langkah mudah ini:
Sebelum bergerak, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
Letakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika balik pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan botol mineral yang besar.
Tumbuhan jenis Cacti dan sakulen perlu diletakkan di tempat teduh dan disiram terlebih dahulu sebelum keluar bercuti.
Sediakan DIY miniature greenhouse dengan menutup pasu menggunakan plastik. Pastikan plastik tidak tersentuh pada pokok.
Gunakan ‘Humidity tray’ atau letakkan lapisan batu di dalam Loyang dan diisikan air sehingga paras batu. Kemudian letakkan pasu di atas lapisan batu.
Basahkan keseluruhan tuala atau kain guni sepenuhnya. Lipat tuala mengikut saiz keperluan dan susun pasu di atas tuala tersebut.
Sediakan sistem pengairan pokok automatik. Letakkan selembar nylon cord sebagai penyambung dari bekas berisi air ke dalam pasu. Letakkan bekas air ini bersebelahan dengan pasu.
Lakukan penanaman semula menggunakan diapers sebelum keluar bercuti. Letakkan lapisan lampin pakai buang di bahagian bawah pasu sebelum diletakkan tanah bagi mengekalkan kelembapan tanah di dalam pasu.
Selamat mencuba!
Sumber:www.cilibangi.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...