Masalah kulit kering mungkin bukan satu masalah yang besar bagi yang tak mengalaminya. Namun bagi mereka yang mengalami masalah ini, kulit kering ‘bersisik’ dan adakalanya berpeta-peta terutama di bahagian kaki dan betis sentiasa menjadi satu masalah.
Malu jika kain yang dipakai terselak sehingga menampakkan ‘peta-peta’ ini, jadi satu masalah paling besar buat semua wanita.
Tak hanya bersisik, kulit kering juga sentiasa buat kulit nampak kusam, pucat, kedut dan tidak segar.
Sebenarnya kulit kering dan bersisik ini berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya:
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit. Bagi yang tak makan ikan, boleh amalkan minyak ikan setiap hari. Membantu!
2. Amalkan soya
Soya dikatakan mampu merawat masalah kulit terutama kulit kering. Malah ia juga merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Pilih Koko
Jangan anda sentiasa pilih teh dan kopi apa kata tukar kepada coklat atau koko. Ia Mengandungi antioksidan, malah koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Tolong guna pelembap
5. Jangan Berkerut
Mengerutkan muka atau mengecilkan mata apabila memandang objek jauh buat kulit tegang. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
6. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
7. Mandi Susu
Sentiasa amalkan mandian susu dan sauna herba juga salah satu cara melembapkan kulit dan sekaligus mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Kulit jadi lembap sentiasa, malah lebih halus dan gebu.
8. Guna pencuci muka gel
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
9. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
10. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.