Masalah kulit kering mungkin bukan satu masalah yang besar bagi yang tak mengalaminya. Namun bagi mereka yang mengalami masalah ini, kulit kering ‘bersisik’ dan adakalanya berpeta-peta terutama di bahagian kaki dan betis sentiasa menjadi satu masalah.
Malu jika kain yang dipakai terselak sehingga menampakkan ‘peta-peta’ ini, jadi satu masalah paling besar buat semua wanita.
Tak hanya bersisik, kulit kering juga sentiasa buat kulit nampak kusam, pucat, kedut dan tidak segar.
Sebenarnya kulit kering dan bersisik ini berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya:
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit. Bagi yang tak makan ikan, boleh amalkan minyak ikan setiap hari. Membantu!
Ads
2. Amalkan soya
Soya dikatakan mampu merawat masalah kulit terutama kulit kering. Malah ia juga merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Pilih Koko
Jangan anda sentiasa pilih teh dan kopi apa kata tukar kepada coklat atau koko. Ia Mengandungi antioksidan, malah koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
Ads
4. Tolong guna pelembap
Sila gunakan pelembap kulit atau losyen untuk elakkan kulit lebih kering jika terdedah kepada matahari. Ini penting.
5. Jangan Berkerut
Mengerutkan muka atau mengecilkan mata apabila memandang objek jauh buat kulit tegang. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
6. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
Ads
7. Mandi Susu
Sentiasa amalkan mandian susu dan sauna herba juga salah satu cara melembapkan kulit dan sekaligus mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Kulit jadi lembap sentiasa, malah lebih halus dan gebu.
8. Guna pencuci muka gel
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
9. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
10. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi yang cukup mudah nak disediakan, tetapi memang sedap dan terangkat. Boleh buat makan bertambah dengan resipi ini. Makan dengan nasi panas pun dah sedap. Jom tambat hati dna perut suami serta anak-anak dengan resipi Sotong masak ala thai ni.
Sotong candat hasil suami and the geng! Apoo lagi kita bersotong ala thai khapp kupp kappp 😆🤣. makang dengan nasik panas sajo pun dah syokkk 😋! . Resepi ada di caption gambar okeh.. Semoga bermanfaat untuk tambat hati & perot suami masing2 🤪😍 . Dah makan kenyang2 tu jangan lupa malam sebelum tido minum air detox tau.. Segala lemak gemelai tepu dalam tubuh dikelurkan esok pagi dengan smooth 🤗.
Bahan-bahan
Daun ketumbar
Lada jarum
Lemon
Bawang putih
Garam
Gula
Sos ikan
Sos tiram
Cara membuat:
Goreng sekejap, jangan sampai garing pulak.
2. Tumbuk bahan2 yang dah digoreng tadi bersama sedikit gula dan garam ( agak2 je).. Xnak pedas masuk gula lebih skit.. Dah lumat, gaul skali dgn 2sudu sos tiram dan 3sudu sos ikan thai. Lepas tu perah sedikit jus lemon serta masuk daun ketumbar yg dicincang halus.
3. Sotong gaul dengan kunyit dan sedikit garam halus.
4. Yang ni saya bakar sbb suami lebih sukar bakar. ( dalam pemanggang ajaib)
5. Yang ni goreng sebab saya lebih suka garing.
5. Aturkan sotong tadi siap sedia untuk dijirus dengan sos ala thai
6. Makan dengan nasi panas2 syokk oi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai dapat menjamu selera bersama keluarga sambil menikmati suasana petang di tepi pantai, lazimnya menu berasaskan makanan laut jadi pilihan. Menu Sotong Celup Tepung umpamanya, pasti menjadi antara menu wajib order. Menu nan satu ini memang ‘layan’ kalau diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi dan juadah lainnya.
Pun begitu, kena pandai juga mencari restoran atau tempat makan yang boleh menyediakan Sotong Goreng Tepung yang sedap. Barulah puas hati makan seisi keluarga.
Apatah lagi kalau dimasak sendiri, bolehlah kita makan seberapa banyak yang kita mahu. Malah tidak dinafikan juga, kalau masak sendiri kosnya jauh lebih murah berbanding jika makan di luar.
Jadi apa kata anda cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh Ag Jeffrey Ag Nuddin. Bukan sahaja dia berkongsi resipi malah tidak lokek berkongsi tip untuk dapatkan hasil masakan Sotong Goreng Tempung yang sempurna ‘kejadiannya’.
Menurutnya, banyak cara memasak boleh dilakukan untuk menggoeng sotong, cumanya tidak semua akan jadi 100% seperti yang dikongsikannya itu.
Jadi sebaiknya selepas cuci sotong perlulah ditos (buang air) kemudian barulah dicampur segala perasa seperti serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian letak tepung kanji dan putih telur/telur. Gaul rata.
Disarankan ketika menyediakan adunan tepung jangan buat macam bancuhan untuk pisang goreng, itu nanti akan menjadikan sotong yang dimasak terlihat seperti sotong tempura pula. Ujarnya yang juga berpengalaman sebelum ini sebagai chef shushi.
Ok setelah sotong digaul dengan adunan tepung, sediakan pula bekas kosong untuk diletakkan tepung kanji. Jadi sebelum digoreng, gaulkan atau golek-golekkan sotong tadi dengan tepung kanji yang ada dalam bekas tu. Kemudian masak seperti biasa.
Masak sotong goreng tepung memang leceh sikit, untuk lagi sedap boleh juga gunakan telur masin dan rasanya lagi mantap. Dan bila gunakan telur masin tidak perlu dicampurkan lagi perasa.
Berkongsi harga sotong di tempatnya di Sabah, nyata membuatkan ramai teruja. Cukup murah dan sotong yang dijual nampak begitu segar. Jadi memang puas kalau dimasak sendiri Sotong Goreng Tepung. Berbaloi dan puas hati!
Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
Cara Didik Anak Lelaki
1. Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!
2. Bagi tahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.
3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu.
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai saja. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!
4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.
5. Mula daripada sekarang juga
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh. Anak di bawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan. Kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.
Dikurniakan rezeki usia yang panjang, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila membuka semula kapsul masa yang dikenali sebagai Kapsul Masa...