Kalau dah nama perempuan, dari hujung kaki hingga hujung kepala nak dijaga rapi. Bukan setakat penjagaan muka tapi termasuk penjagaan rambut, badan dan gigi.
Untuk maintain penjagaan gigi memerlukan kos yang tinggi lagi-lagi kalau pergi ke klinik swasta.
Kalau yang mampu tak apa lah, yang tak mampu kesian lah. Sanggup cuba produk di pasaran yang ada bahan kimia asalkan murah.
Senang je cara nak putihkan gigi dan maintain gigi cantik kalau tak berapa ada bajet. Hanya guna bahan-bahan semula jadi dan yang ada dekat rumah. Jom kita cuba tips ini.
KENAPA GIGI KUNING?
Sebenarnya gigi yang sedikit kuning adalah normal dan sihat. Gigi orang dewasa akan cenderung jadi kuning.
Permukaan gigi yang haus dan mededahkan struktur dentin yang berwarna kekuningan. Jangan terkejut bila gigi orang dewasa lebih kuning dari kanak-kanak.
Tapi, makanan pon memberi peranan. Ada beberapa makanan yang boleh memberi kesan kuning pada gigi. Contohnya minuman berkafein seperti kopi dan teh.
Ada beberapa cara untuk putihkan semula gigi tanpa menelan kos yang mahal. Jom cuba!
1. MENGUNYAH MAKANAN ‘PENCUCI MULUT’
Mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi atau lobak merah dikatakan dapat memutihkan gigi dengan seratnya.
Bila kunyah makanan-makanan ini, sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta plak-plak kekuningan dapat dibersihkan.
Ads
Selain menjadi snek yang sihat, kita pon dapat memiliki senyuman yang bersinar!
2. BAKING SODA
Antara petua untuk putihkan yang popular sejak zaman nenek moyang kita pulak adalah dengan baking soda.
Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Kemudian beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air.
Lakukan tips ini sekali seminggu atau setiap 2 minggu. Jangan berlebihan sebab baking soda boleh menghakis enamel gigi.
3. GARAM
Garam dipercayai dapat menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putih gigi.
Sapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilas seperti biasa.
Ads
Ia juga dapat bertindak sebagai antibakteria. Elakkan letak garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkan.
3. GUNA STRAW KETIKA MINUM
Kalau nak elak gigi cepat kuning, boleh cuba biasakan diri minum minuman bergula atau kopi menggunakan straw.
Tindakan ini dapat elak daripada minuman direct contact dengan gigi. Kalau tak ada straw, cuba pastikan mulut dibilas selepas 30 minit minum minuman tersebut.
4. AMBIL MAKANAN BERKALSIUM TINGGI
Sesetengah gigi menjadi kekuningan sebab lapisan enamel terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning.
Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli dapat membantu mengelakkan hakisan dan kekalkan putih gigi.
Ads
5. BERUS & FLOS
Ramai yang anggap flos gigi sebagai satu hal yang tak penting. Ubat gigi dapat bantu untuk keluarkan kotoran daripada gigi.
Makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.
Oleh itu, penggunaan flos penting dalam membantu ubat gigi untuk mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.
PENYANYI veteran Datuk Hail Amir meninggal dunia, meninggal dunia pada usia 76 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Terdahulu, anak perempuan Allahyarham, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL pada hari Isnin untuk menerima rawatan antibiotik akibat jangkitan kuman pada paru-paru tetapi Allah lebih menyayanginya.
Pada hari Ahad, rakan artis Farouk Hussain berkata bahawa Allahyarham sudah berada dalam keadaan tenat dan meminta rakan-rakan yang lain untuk menziarahi.
Berita pemergiannya itu dikongsi oleh rakan artis, Datin Salwa Abd Rahman di instastori miliknya semalam.
“Al-fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” kapsyennya.
MENINGGALKAN KARYA SENI TERUNGGUL
Sepanjang hayatnya, Allahyarham terkenal dengan pasangan duet bersama Uji Rashid.
Antara lagu popular mereka adalah Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi dendangan ramai.
Allahyarham turut terkenal sebagai pelakon yang membintangi filem popular Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Selepas lebih lima dekad giat aktif dalam dunia seni, Allahyarham dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) iaitu Datuk pada tahun 2022.
Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Datin Safiah Ibrahim bersama empat orang anak dan lapan orang cucu.
Walaupun sedang bergelut dengan keadaan rumah tangga dengan kedatangan pihak ketiga serta orang luar, Bella Astillah berjaya mengangkat nama Malaysia hingga ke China.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya semalam, beliau dijemput untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024. Beliau turut membanggakan China dengan menyanyikan lagu bahasa Cina selain Sumandak Sabah.
Dengan kapsyen “Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabah dan Malaysia”,
Beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu di pesta tersebut selain bangga menjadi anak kelahiran Sabah dan Malaysia.
Netizen turut menumpang gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang ditempa beliau meskipun sedang menghadapi masalah peribadi.
“Di saat dia dijatuhkan, dia sendirian berjuang terus bangkit demi anak-anak, tahniah Bella semoga terus berjaya dan kuat berdiri. Kami wanita sedunia sentiasa menyokong kamu,”
“Fuh sekarang aku tengah tengok orang yang dijatuhkan berada di pentas besar bawa nama negara, yang menjatuhkan tengah naik bas dan merayau jalan kaki. Allah itu maha adil, besar betul ganjaran orang bersabar,”
Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik. Antara rakan artis tersebut ialah Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Marsha Milan, Umie Aida dan ramai lagi.
Walaupun semenjak dua menjak ini cuaca tidak menentu dan kerap hujan, cuaca dan suhu di negara kita masih panas. Lagi mengejutkan apabila masih ada sekolah yang mengadakan program merentas desa dan aktiviti luar yang lain.
Tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah satu program yang sihat. Tetapi memandangkan kita tinggal di Malaysia negara yang terkenal dengan cuaca panas, program yang dilakukan harus sesuai dengan cuaca dan keadaan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian mencecah lebih 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
“Sekiranya untuk tiga hari berturut-turut lebih daripada 37 darjah Celsius, maka penutupan sekolah akan dilakukan,” Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dalam Majlis Pelancaran Sirkuit ‘Allianz Junior Badminton Championship’ di Wintel Sport, Taiping, Perak.
Katanya, penutupan sesi persekolahan itu walau bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
“Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut,” katanya.
“Jadi itu bergantung kepada situasi semasa mengikut kawasan,” sambungnya.
Menurut beliau lagi, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca semasa seiring mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.