Baru-baru ini Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi media Malaysia dari pelbagai platform media di seluruh negara bergabung untuk menyebarluaskan misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia sempena Malaysia #QuranHour 2023, di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Sesi pertemuan bersama rakan Sinergi Media kali ke 9 bertujuan bersama membawa misi menyampaikan nilai-nilai mulia al-Quran dengan menyeru lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan muda di dalam dan luar negara untuk menyertai program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal di platform media masing-masing.
Malaysia #QuranHour tahun ke 9 anjuran WUIF dengan kerjasama rakan sinergi, akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, pada pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari pada 30 Ogos 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Malaysia #QuranHour sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66, buat pertama kali ini memfokuskan agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam membawa misi “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”
Pemuda menjadi tonggak dan aset penting dalam pembinaan negara pada masa hadapan Gabungan anak muda dan orang dewasa saling melengkapi dalam melahirkan pemimpin abrar dan membawa legasi kebaikan yang membumikan al-Quran.
Ads
“Sehingga 12 Ogos 2023, para pemimpin, calon dan rakyat berhempas pulas dengan pelbagai cara untuk menentukan kepimpinan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Kini tiba masanya kita semua bangkit untuk bersyukur dan membina legasi negara Madani yang amanah, ikhlas, teguh, harmoni, sejahtera, dan progresif. Ini selari dengan tema Hari Kebangsaan, “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
“Kita perlu tinggalkan segala pertelingkahan, perbalahan dan perpecahan di segenap lapisan rakyat mahupun pemimpin. Dalam erti kata lain, rapatkan jurang perbezaan, besarkan persamaan dalam membangunkan negara Malaysia Berakhlak Mulia.
“Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip al-Quran.
Ads
“Pendekatan tadabbur dengan al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema tersebut dapat melahirkan golongan pemuda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekaligus melahirkan para pemimpin abrar pada masa hadapan.”
Tambah beliau, dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan pemuda. Impak daripada kempen #QuranHour juga diharapkan mampu melahirkan Muslim yang bersyukur, minda yang cerdas dan berkemahiran.
Al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jati diri secara holistik daripada aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial. Daripada kekuatan dalaman yang terbina inilah akan wujud individu yang merdeka jiwanya dan berupaya melonjak sebuah tamadun bangsa dan negara.
Ads
“Kita harap peranan media sangat penting untuk membawakan semangat bangsa merdeka yang benar-benar melakukan sesuatu, bukan setakat bercakap atau berteori tetapi bertindak untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat dan negara.
Puan Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF
Melalui Malaysia #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di seluruh dunia. Dengan kerjasama Sinergi Media Malaysia dalam menjayakan kempen #QuranHour dapat dapat diteruskan dalam membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.
Program tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama MTMZA, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara. Sementara itu, penaja, Wardah dan Kahf, Kueh Café dan Gardenia turut memberi sokongan.
Antara jemputan rakan Sinergi Media yang bergabung dalam misi mengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah adalah RTM, Sinar Harian, Sinar Islam Plus, TV9, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Radio IKIM, Utusan TV, Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv, Zayan FM, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, TV3, Media Prima, dan Denaihati Network.
Tahun ini, RTM buat julung kali menjadi penyiar rasmi bagi Malaysia #QuranHour di lapangan untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut. Rakan media lain dialu-alukan untuk bersiaran serentak di platform masing-masing. Pada 2017, RTM menjadi penyiar utama bagi Merdeka #QuranHour di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak kenal dengan Bos James, seorang usahawan dan juga influencer yang terkenal dengan sentiasa meraih perhatian ramai dengan konten-konten menarik yang dipaparkan di laman sosial.
Bagi yang mengikuti Bos James, beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek berkongsi terutama dengan pekerjanya.
Sejak terkenal, rezeki influencer berbangsa Cina ini semakin murah dan pernah menjadi duta bagi satu jenama pakaian pada bulan Ramadan yang lalu.
Bos James terus menjadi bualan netizen apabila baru-baru ini dia mengeluarkan sejumlah perbelanjaan demi memberi ganjaran kepada para pekerjanya sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka terhadap syarikat.
“Hari ini hari penting, kejutan raya untuk orang hebat dalam team saya, untuk hargai hasil penat lelah mereka. Yang berusaha lebih tanpa meminta balasan.
“Kegigihan mereka perlu saya balas, dengan hadiah yang nilainya tidak seberapa. Sakit poket tak mengapa. Janji tak sakit hati. Senyuman mereka penting buat saya,” katanya.
Bukan itu sahaja, Boss James meluahkan rasa syukur mempunyai pekerja yang sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakangnya selama ini dalam membangunkan perniagaan.
Bahkan, dia turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana tidak pernah mengalah dan sentiasa mempercayainya sebagai majikan dalam merealisasikan impian.
“Syukur masih berjuang bersama, menjadi tulang belakang saya dalam apa yang kami kerjakan. Terima kasih sebab tak pernah mengalah, sentiasa percaya saya untuk kita sama-sama realisasikan impian kita.
“Korang memang hebat, semoga hubungan kita sentiasa dipelihara, dalam lindungan tuhan. Sayang semua!” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan peribadi Bos James dan menjadikannya sebagai inspirasi.
Ibu dan ayah adalah tempat kanak-kanak untuk bermanja, namun ada juga yang tidak dapat merasai kemanisan bermanja ini apabila ibu atau ayah telah pergi untuk selamanya.
Ingat lagi dengan seorang kanak-kanakyang dipanggil Omok. Omak pernah tular suatu ketika dulu apabila videonya mengundang sebak netizen apabila dia senyap-senyap menangis apabila melihat gambar arwah ayahnya ditelefon.
Sekali lagi, kanak-kanak ini mencuri perhatian netizen apabila dia ke pusara ayahnya selepas waktu persekolahan bagi melepaskan kerinduan.
“Ayah.. Omok nak pergi sekolah ni”
Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam.
Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah.
Ceritanya lagi, anaknya meminta untuk dibawa berjumpa ayahnya selepas balik dari sekolah bagi melepaskan kerinduan yang bersarang dihati.
Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat…
Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet sebaik sahaja kanak-kanak yang memakai uniform sekolah Tadika Kemas itu mengucap salam dan mencium batu nisan di pusara ayahnya.
Masing-masing menitipkan doa agar kanak-kanak ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Al-fatihah, salam takziah. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang terutama ibu bapa adalah kesakitan yang tiada ubatnya.
Sejak telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ ditayangkan pada 25 Mac 2023, ramai yang terkesan dengan watak yang dibawakan oleh pelakon Zamarul Hisham yang benar-benar menusuk. Telemovie itu meninggalkan satu fenomena lebih-lebih lagi jalan cerita yang dipaparkan tidak klise.
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa telemovie ini diinspirasikan dari kisah sebenar seorang lelaki yang berasal dari Perlis. Pendedahan ini adalah dari pelakon utama telemovie ini iaitu Zamarul yang mengatakan bahawa beliau agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa ‘Pak Cik Razil’ yang kini sudahpun berusia 70 tahun lebih sewaktu pengambaran dijalankan.
Malah penulis skrip telemovie berkenaan juga mengatakan, watak sebenar Pak Cik Razil yang dilakonkan oleh Zamarul Hisyam itu yang pernah kecewa kerana rumah tangganya dikhianati oleh kehadiran orang luar itu setia sehingga sekarang.
Buktinya, dia masih menziarahi dan menjaga rapi kubur bekas isterinya tanpa jemu. Bahkan setiap hari dia akan ke sana untuk melepaskan rindu di kalbu. Kesetiaannya terhadap sang isteri begitu agung.
Teladan Daripada Kisah Benar
Jika dilihat kini, di laman sosial banyak mendedahkan kisah perselingkuhan pasangan malah ianya turut membabitkan beberapa artis terkenal.
Karya ini hadir seakan tepat pada masanya untuk memberi ikhtibar kepada semua terutamanya yang terbabit dengan skandal orang ketiga.
Kesetiaan Razil yang masih menyayangi isterinya walaupun diselingkuhi dan ditinggalkan demi lelaki lain cukup meruntun jiwa. Di saat Salinah sudah terlantar lumpuh, Razil masih setia menjaga dan sudi merujuk semula ikatan perkahwinan namun Salinah ‘pergi’ tanpa sempat mereka diijab kabul semula.
Elak Kongsi Cerita Dalam Kain Dengan Orang Luar, Nanti Ada Yang Ambil Kesempatan
Apabila menonton telemovie ini, terdapat banyak teladan yang wajar menjadi peringatan buat pasangan di luar sana.
Paling utama adalah jangan menjaja tentang masalah rumah tangga kepada lelaki atau wanita lain atas dasar luahan perasaan.
Seperti watak Salinah dan Dr Hadi yang pada awalnya cuma rakan ‘curhat’, namun akhirnya mereka menjalinkan hubungan dan ditangkap basah dalam sebuah bilik.
Hargilah Seseorang Yang Menyayangi Kita Dan Selalu Ada Susah Senang
Kesetiaan Razil yang sangat setia dan menjadi penyokong utama isterinya meskipun hidup mereka serba sederhana. Bahkan dia yang mencarikan isterinya kerja namun dibalas dengan pengkhianatan.
Di sini, kita boleh menjadikannya sebagai iktibar untuk menghargai pasangan yang baik.
Andai satu hari nanti apabila kita kehilangannya, saat itu baru kita akan sedar betapa berharganya mereka dalam kehidupan.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.