Malas Ke Bank Tukar Duit Raya, Lelaki Ni Kongsi Cara Menyimpan. Sampai Masa, Terus guna!

Share

Pejam celik, lagi 2 bulan lebih sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, dan terus tiba hari raya. Bila cakap pasal raya, sebenarnya banyak perbelanjaan nak digunakan ketika itu. Mana tidaknya, kelengkapan diri lagi, keluarga dan yang lain-lain seperti makanan dan hiasan rumah.

Malah tidak dilupakan, juga duit raya untuk diberi kepada anak-anak kecil yang datang beraya. Walaupun tidak wajib, tetapi sedekah kan amalan mulia? Pasti gembira jika mendapat duit raya, justeru kegembiraan itu yang kita perlukan untuk memeriahkan lagi suasana hari raya kelak.

Seperti lelaki ini, kejujurannya yang dikatakan malas untuk menukar duit di bank untuk duit raya bukan sahaja memudahkan dirinya yang tidak perlu untuk bersesak dengan orang lain untuk menukar wang kecil, malah perbelanjaannya juga tidak terasa ‘sesak’ kerana sudah sediakan lebih awal.

“Saya ada satu sikap malas nak pergi bank untuk tukar ‘duit raya’ jadi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mulai kumpul duit RM1 supaya saya boleh guna sebagai duit raya apabila raya puasa tiba.” tulisnya.

Jadi, dia bertindak untuk mengumpulkan RM1 setiap kali masuk pejabat ke dalam tabung, tidak kisahlah sekeping atau sehingga lima keping sekali masuk.

“Nak dipendekkan cerita, setiap kali masuk office saya, saya masukkan 1 keping RM1 atau 2 hingga 5 keping RM1 ke dalam tabung. Saya fikir kalau saya istiqamah, saya akan dapat minimum 365 keping RM1 pada hujung tahun.

“Tetapi ada hari saya tak ada not RM1, saya masukkan saja RM5 atau RM10.” tambahnya.

Tidak hanya itu, Syahr juga akan memilih wang kertas baharu (permukaan yang masih keras) dan tidak menyimpan wang kertas yang telah rosak atau sebagainya.

“Saya pilih not kertas yang baru, elok dan keras je. Yang lama, rosak, ‘dah lembik’ atau seumpamanya saya tak simpan la.. Saya berjaya kumpul RM800 sebelum raya 2022.

“Untuk tahun 2022 yang baru berlalu bermula selepas raya puasa, saya mulai menabung semula. Sehingga semalam 1 Januari 2023, petang ini saya keluarkan duit daripada kotak tabung saya dan saya kira. MasyaAllah saya berjaya kumpul RM1234. Alhamdulillah.

“Dalam total itu, ada 684 keping not RM1. Kira settle la ‘stok duit raya’ saya bulan Mac nanti. Tak payah nak pergi tukar duit di bank dah.

“Tu je nak share cerita. Inspiring tak? Hehehe 😁😅😂 Jadi anak-anak yang datang beraya nanti bakal dapat duit kertas warna biru muda. Jangan tanya berapa keping, itu rahsia” jelasnya.

Jadi, boleh la mula dari hari ni kan untuk simpan duit raya sendiri!

Sumber: Syahr Musafir