Bila nak masak sambal sudah tentu, cili kering antara bahan yang wajib ada untuk memasak menu jenis bersambal terutama bila nak buat sambal nasi lemak, sambal sotong atau ayam masak merah.
Namun, untuk membuat cili kering kisar bukan suatu yang mudah. Ada step yang paling ‘malas’ nak buat iaitu kena gunting cili kering untuk mengeluarkan biji cilinya. Inilah yang membuatkan ada para mak-mak sanggup mengunakan serbuk cili kering sebagai alternatif. Nak cepat katanya.
Tambahan pula, bagi yang berkerjaya, biasanya akan buat segala macam stok untuk kegunaan bahan seminggu. Tentu ia memerlukan masa yang lama untuk gunting cili kering dalam jumlah yang banyak.
Tapi melalui oleh Noorhaslizaliza Liza di halaman Masak Apa Hari Ni, berkongsi trik untuk mengasingkan biji cili kering dengan mudah. Yang penting cepat!
RUPANYA MUDAH AJE
Begini caranya buat mereka yang tak berapa nak rajin nak buat cili kering kisar. Ini caranya.
Langkah 1
Basuh cili kering sehingga bersih dan rebus sehingga lembut dan basuh sekali kagi sebelum kisar cili.
Langkah 2
Cilik yang telah dikisar seterusnya ditapis. Pastikan mempunyai lubang penapis bersaiz besar.
Langkah 3
Lalukan dengan air sikit ketika nak tapis cili kering. Pastikan lubang penapis besar baru mudah nak turun ekstrak cili kering.
Biji cili kering selepas dah tapis.
Langkah 4
Untuk pekatkan lagi ekstrak cili kering, rebus lagi untuk keringkan airnya. Nampak gebu kan cilinya bila dah pekat.
Siap! Dah Tak ada biji dalam cili kering.
Menariknya trik ni! Buat mak-mak boleh cuba buat cara ni. Ada juga petua, nak tahan lama seminggu boleh letak garam sikit dalam ekstrak cili kering ni. Selamat mencuba!
Kredit: Noorhaslizaliza Liza