“Assalamualaikum..mohon sahabat-sahabat semua mendoakan anak sulung saya Muhammad Fawwaz Adli yang kini sedang ditahan di wad Icu Hospital Seremban kerana dihempap peti ais besar kat rumah..tadi dr cakap ada pendarahan kat kepala dan ada tulang-tulang dalam kepala yang patah..semoga dengan doa sahabat-sahabat semua anak saya kembali sembuh seperti biasa..Amin2”
Malang tidak berbau, tentunya sesiapa pun yang terbaca status seperti ini di fb akan tumpang berasa simpati kepada keluarga ini. Apatah lagi, mangsa yang juga merupakan anak sulung keluarga ini masih kecil usianya. Seakan begitu sukar dibayangkan untuk sesiapa pun berdepan dengan situasi ini.
Kisah ini juga mendapat liputan akhbar Sinar Harian dan ini laporan penuh yang dipaparkan.
NILAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.
“Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak,” katanya.
Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.
Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.
Dan, perkembangan awal pagi tadi yang dikongsikan di akaun fb Mohd Bukhari Zainal Anuar, alhamdulillah menampakkan perkembangan positif.
Ini statusnya:
“Baru lepas tngok fawwaz..doktor dah start tutup ubat tido pukul 10 tadi..tangan dah mula gerak-gerak cuma mata ja belum buka lagi..pkul 2 nanti baru dr akan explain keadaan terkini fawwaZ.”
Didoakan agar adik Fawwaz terus kuat untuk kembali sihat seperti sedia kala. Amin…
sumber : Sinar Harian dan fb Mohd Bukhari Zainal Anuar