Hati mana tak sedih, jiwa mana tak pilu bila tak dapat peluang meraikan hari bahagia bersama orang yang tersayang. Saban tahun, kepulangan nak di hari raya adalah cukup dinantikan oleh ibu bapa di kampung.
Tahun ini merupakan tahun kedua semua umat Islam menyambut raya tanpa dapat pulang beraya di kampung.
Bagi yang tinggal bersama ibu bapa pasti tiada masalah, namun bagi anak-anak yang tinggal diperantauan, sekali lagi emosi cukup meruntun jiwa. Semuanya dek perintah pihak kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi angkasawan negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar, situasi ini turut dirasi. Namun dia dan keluarga mengambil langkah awal dengan pulang ke rumah ibunya lebih awal untuk bertemu dan bermaaf-maafan sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi.
Ads
Beraya tanpa Ibu. Malam terakhir bersama Ibu. Sebak di dada hanya Allah yang tahu. Tanpa Ibu tiada hala tuju. Walaupun rumah hanya berbatu, namun terasa sukar buat diriku.
Tabahlah wahai Ibu. Ia hanya untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan dirimu. Ku panjat doa buatmu. InsyaAllah akan ketemu. Amiinn Ya Rabb.
Ads
Dalam perkongsiannya, beliau akui rasa sebak kerana tidak dapat beraya bersama ibu tercinta meskipun rumah mereka tidak jauh.
Sebagai anak, dia berharap semua ibu di luar sana tabah dengan apa yang berlaku.
Ads
Di samping itu, Dr Sheikh Muszaphar turut mengucapkan salam Ramadan buat keluarga mentuanya yang dipercayai menetap di Seremban.
Jelas Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sudah setahun tidak pulang ke sana. Justeru, hanya doa dititipkan supaya keluarga di sana berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan usia.
Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego? Anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Lebih Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Mengawal Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Poligami menjadi isu panas yang tiada kesudahan. Sesuatu yang dihalalkan agama dan mengharamkan poligami barangkali menafikan hukum Tuhan.
Namun, jarang ditekankan soal bahayanya poligami yang mampu memperjudikan nasib dan masa depan diri, isteri dan anak jika sang suami tidak mampu berlaku adil.
Aku pernah dah tulis sebelum ni. Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka.
Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.” (Dia merujuk kepada isteri)
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau.
Baik, dia begini;
1. Iya, Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun. Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumahtangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah! Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu.
Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Bukan siapa-siapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Inilah yang dikatakan biar gambar yang berbicara! Meruntun jiwa melihat, seorang wanita duduk merenung jauh nasib diri dan keluarga dengan berlatarkan pandangan rumah yang musnah akibat banjir, baru-baru ini.
Sedih pasti menerpa dalam dirinya melihat kediaman untuk keluarga berteduh selama ini, musnah sekelip mata. Benar kata perpatah, berat mata memandang berat lagi bahu yanga memikul.
Setelah tular gambar ini menerusi laporan sebuah akhbar telah menarik perhatian ramai warganet.
“Penduduk Kampung Ajai Rafiah Jamaludin, 69, termenung mengenangkan nasib selepas rumahnya hanya tinggal tapak ekoran banjir besar. Menurut Rafiah, dia terkejut selepas mendapati rumahnya dibawa arus banjir dan tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.”
Foto: Bernama
Kisah ini juga telah mendapat perhatian, Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebagaimana yang dipaparkan menerusi facebooknya.
Sayu hati
Sayu hati tadi tengok rumah makcik Rafiah di kg Ajai Ulu Dong Pahang. Ramai tag saya di Metro dan media lain. Rumah di bawa arus banjir dan rumah tersangkut di pokok besar.Ujian makcik yer. Berat rasanya. Masa sampai makcik ini sedang mencari barang boleh pakai bersama anak-anak.
Makcik teringin nak bina rumah di kawasan lain di kebunnya. Mereka nak ambil kayu yang masih elok. Saya beri sedikit sumbangan duit tadi dan nanti akan belikan barang-barang kayu dan lain-lain untuk membina rumah semula. Selesai musim banjir ini.
Makcik Rafeah kata, jika tiada musibah ini tak dapat jumpa ustaz. Rezeki dapat jumpa ustaz. Sempat berbual semuanya ini ujian kasih sayang Allah pada kita semua. Berat ujian makcik.
Besarnya dugaan mangsa banjir.
Dalam pada itu, rata-rata komen turut mengakui sebak dan terharu melihat kejadian yang menimpa keluarga itu.
“Besarnya dugaan mangsa-mangsa banjir. Namun yg pasti ada hikmah disebalik musibah.
“Alhamdulillah..rezeki makcik ni dapat berjumpa ustaz..tq ustaz terus turun utk membantu menyediakan kelengkapan makcik ni.
“Bru smlm terbaca kisah mak cik ni. Hari ini UEL dtg bg bantuan. Semoga dipermudahkan urusan Ustaz Ebit Liew & mak cik.
“Tabah makcik ni..walaupon ditimpa musibah tp still positif Ade hikmah tersembunyi yang Allah nak bagi.terima kasih ustaz,” tulis beberapa netizen
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...