Keibubapaan

“Malam Rasa Sukar Sebab Tak Ada Di Sisi” Fattah Amin Luah Rasa Rindu Pada Anak!

Share

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mengakui kehidupannya kini sukar kerana terlalu rindukan cahaya matanya, Nur Fatima Aisya sepanjang hari.

Malah kata Fattah menerusi perkongsiannya di Insta Story, malamnya terasa agak sukar lebih-lebih lagi kerana mengingatkan yang Fatima tidak sentiasa berada di sisinya.

Menerusi perkongsian itu juga, Fattah turut memuat naik sekeping gambar Fatima dengan busana masyarakat India pemberian kenalan.

“Saya memikirkan tentang Fatima sepanjang hari, dan malam terasa sangat sukar sebab kamu tiada bersama disini.

“Buat anakku, daddy sangat merindui kamu,” tulisnya ringkas.

Kali terakhir pelakon yang kini semakin mendapat tempat dihati ramai itu berkongsi momen bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu sambil meluahkan rasa gembiranya dapat meluangkan masa bersama.

Dalam hantaran itu, kedua beranak itu dilihat sangat akrab apabila bergurau dengan merakam raut wajah bersama sambil tersenyum.

Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas kemelut rumahtangga mereka.