Banyak hal membuatkan kita sebagai ibu ayah kurang sabar melayan ragam anak-anak. Kadang-kadang membuatkan tanpa sedar kita meninggikan suara dan menengking anak-anak jika berbuat silap.
Pun begitu, tahukah anda tindakan tengking, herdik dan meninggikan suara ini bukannya membawa kebaikan kepada anak untuk mendengar kata dan arahan kita. Malah lebih menyedihkan boleh menyebabkan anak tidak mendengar kata dan menjadi lebih agrasif.
Hal ini sebagaimana yang diterangkan ini.
Bahaya Tengking Anak
Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.
Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.
Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.
Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.
Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.
Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.
Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :
– lebih berisiko kena penyakit jantung
– lebih mudah kena depression dan anxiety
– kacau sistem pencernaan kita
– kacau tidur kita
– badan makin cepat gemuk
– lebih cepat lupa
– mudah sakit kepala dan migrain
Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.
Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.
Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’
sumber : Taufiq Razif
Seram dah nak tengking anak